Kursus Protokol Majlis, Etiket Sosial & Imej Profesional | LHDN | 10-12 Disember 2017

Pada 10 – 12 Disember 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Protokol Majlis, Etiket Sosial & Imej Profesional di Dewan Tingkat 8, LHDNM cawangan Kuala Terengganu.

Kursus Protokol Majlis

Pengetahuan dan kemahiran mengenai protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa menganjurkan majlis, program dan keramaian tetapi juga turut digunakan dalam kerja-kerja dan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

Kursus Protokol Majlis

Penganjuran  kursus  ini  adalah supaya setiap peserta yang hadir lebih memahami dan dapat mengaplikasikan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional semasa mengendalikan atau menghadiri majlis rasmi kerajaan serta ketika menjalankan tugas-tugas harian rasmi ketika berurusan dengan pelanggan dan pihak atasan.

Kursus Protokol Majlis

Matlamat akhirnya ialah dapat menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas-tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

Kursus Protokol Majlis

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

Thursday, December 14th, 2017December 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *