Bengkel Ketrampilan Bertutur Profesional| KVKS | 14 September 2017

Bagi seorang pelajar pemasaran, mempunyai pakej diri yang menarik dan profesional adalah perkara yang menjadi satu keperluan, untuk kekal relevan dan kompetitif di pasaran. Sebelum kita dapat meyakinkan pelanggan dengan produk dan servis yang kita pasarkan, pelanggan perlu yakin dengan diri kita dahulu.

Pelanggan hanya akan membeli dengan orang yang dia yakini dan percaya. Secara profesional, pelanggan yakin dan suka dengan seorang penjual yang berkeyakinan dari segi penampilan, tingkah-laku dan ketrampilan komunikasi. Ketrampilan komunikasi adalah berkaitan ciri-ciri visual, vokal dan verbal seseorang yang dapat meyakinkan dan mengagumkan bakal pelanggan sehingga tertarik untuk menerima idea atau produk kita seterusnya menjadi pelanggan kita.

bengkel ketrampilan bertutur
Dalam program ini Setiap peserta dinilai tahap keyakinan diri dan ketrampilan bertutur mereka di khalayak.

Idea, produk atau servis yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan dibeli oleh pelanggan sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan dan meyakinkan. Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik untuk membeli idea atau produk kita, atau tertarik mengikuti penyampaian kita, faham seterusnya dapat mengamalkan perkara-perkara yang kita sampaikan, maka amat penting bagi seorang pelajar pemasaran mempelajari teknik untuk lebih berketrampilan ketika bertutur secara profesional.

Mempunyai kemahiran ketrampilan bertutur dan teknik penyampaian secara profesional merupakan satu kelebihan dan aset diri yang pastinya akan mampu melonjakkan pakej diri untuk lebih berjaya dalam masa hadapan kerjaya kita sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri.

bengkel ketrampilan bertutur
Setiap peserta akan dinilai ketrampilan bertutur mereka daripada segi verbal, non-verbal dan vokal.

Pada 14 September 2017, sekali lagi Tim Perunding Imej Malaysia dijemput mengendalikan Bengkel Ketrampilan Bertutur Profesional Pelajar Pemasaran, Kolej Vokasional Kuala Selangor. Peserta bengkel kali ini adalah terdiri daripada 59 orang pelajar pemasaran tahun 1 dan 2, di mana Bengkel yang dianjurkan pada Mei 2017 yang lepas adalah khusus untuk Pelajar Diploma Pemasaran tahun akhir.

Para peserta ini sangat bertuah apabila pihak KVKS mengambil inisiatif menganjurkan kursus ini untuk meningkatkan dan memantapkan keyakinan diri dan ketrampilan bertutur mereka dari segi visual, vokal dan verbal sebagai persediaan diri mereka membuat presentasi dalam kelas, dan juga persediaan untuk mereka menjalankan projek-projek dan kempen marketing semasa tahun 3 dan seterusnya menjalani latihan industri semasa tahun empat nanti. 

bengkel ketrampilan bertutur
Bagi seorang pelajar pemasaran, mempunyai pakej diri yang menarik dan profesional adalah perkara yang menjadi satu keperluan, untuk menjadi relevan dan kompetitif di pasaran

 

Kursus Ketrampilan Bertutur ini diadakan untuk memindahkan teknik-teknik dan kemahiran dalam ketrampilan bertutur dan penyampaian berkesan agar para peserta terus dapat memperhebatkan teknik penyampaian mereka selepas tamat kursus ini.

Alhamdulillah para peserta yang hadir kelihatan sungguh bersemangat dan teruja dalam aktiviti-aktiviti semasa sesi pembelajaran. Para peserta aktif mengambil bahagian dan mengemukakan soalan-soalan dan kemusykilan mereka berkaitan teknik penyampaian yang profesional dan terkini.

bengkel ketrampilan bertutur

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. Cara penyampaian penceramah di dalam kursus ketrampilan bertutur ini sangat bagus, mudah difahami, jelas dan penceramah sangat memberi perhatian dan komitmen kepada setiap peserta. – Intan Syamilah Binti Anuar 
  2. “Cara penyampaian penceramah sangat bagus dan bengkel ini banyak membantu saya untuk memperbaiki cara komunikasi saya.” – Rizshalini Aqeela Bt Muhd Mukhriz
  3. “Penceramah kursus ketrampilan bertutur ini sangat bagus. Profesionalisme beliau ketika menyampaikan kursus sangat terserlah dan boleh dicontohi.” – Aina Annisa Bt Yusri
  4. Penjelasan penceramah di dalam bengkel ini jelas dan mudah difahami.” – Nurdania Afrina Binti Jamal
  5. “Kursus ketrampilan bertutur ini bagus!” – Nur Ain Farisya Bt Shamsul Anuar
  6. “Penyampaian penceramah dalam kursus ini sangat jelas.” – Nur Balqis Fathina Binti Hassan Hadfli
  7. “Kursus ketrampilan bertutur ini sangat bagus dan dapat menarik perhatian kami.” – Muhammad Shafiq B Abdullah
  8. “Penceramah sangat profesional, berkeyakinan dan kursus ini telah memberi banyak ilmu komunikasi untuk dimanfaatkan.” – Nur Alliyana Fahani Bt Noorisham
  9. “Kursus ketrampilan bertutur ini sangat bagus dan menarik.” – Raja Hafizul Bin Raja Umar
  10. “Kursus yang dijalankan ini sangat memuaskan dan padat dengan info-info menarik.” – Muhammad Hidayat B Mohd Hasbullah
  11. “Penceramah kursus ketrampilan bertutur ini menyampaikan maklumat dengan jelas.” – Norfaezah Bt Yunus
  12. “Penceramah sangat peramah dan secara keseluruhannya kursus ini sangat bagus.” – Nur Ain Natsilah Bt M. Halim
  13. “Penyampaian penceramah dalam kursus ketrampilan bertutur ini amat mudah difahami.” – Najmi Zaim Bin Mohamad Azhar
  14. “Pada pendapat saya, penceramah kursus ini seorang yang berkredibiliti tinggi dalam menyampaikan kursus.” – Muhammad Hatta Haqim B. Mohd Nadzari
  15. “Kursus ketrampilan bertutur ini amat bagus!” – Mohammad Qayyum Bin Sanusi
  16. Pada pendapat saya, cara penyampaian penceramah sangat bagus.” – Nabil Aidil B. Mohd Noor Adzidy
  17. “Suara penceramah kursus ketrampilan bertutur ini jelas dan terang.” – Nur Farah Amirah Binti Zainor Rasidin
  18. “Penceramah kursus ini bersifat peramah dan cara penyampaian beliau sangat berkesan.” – Aina Athiran Bt Mudasir
  19. “Kursus ketrampilan bertutur ini terbaik!” – Intan Syahirah Bt Faidzul
  20. “Sangat seronak dan banyak aktiviti yang dijalankan di dalam kursus ini.” – Ainur Sahira Bt Suhaizard
  21. “Cara percakapan penceramah kursus ketrampilan bertutur ini jelas dan sangat menarik minat kami untuk terus mendengar.” – Nur Azyan Nadhirah Bt Noorazham
  22. “Apa yang disampaikan oleh penceramah dalam kursus ini mudah difahami.” – Nur Hanis Syafiqah Bt Hamidi
  23. “Pada pendapat saya, kursus ketrampilan bertutur ini dapat membantu saya memperbaiki cara bercakap dan membuat pembentangan dengan lebih menarik.” – Mahfuz B. Muhadzir
  24. “Pada pendapat saya, penceramah kursus ini menyampaikan maklumat dengan jelas dan penuh bergaya. Dia akan menjadi idola saya.” – Nur Azreen Najwa Noor Azmi
  25. “Penceramah kursus ketrampilan bertutur ini seorang yang berkeyakinan tinggi, bijak bertutur, dan seorang yang menjaga penampilan diri.” – Siti Nur Izzana
  26. “Penceramah sangat bersemangat dan yakin!” – Nurul Farah Syahirah Bt Md Azmi

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, September 18th, 2017September 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *