Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan | Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor | 9 Mac 2020

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor

Alhamdulillah, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor untuk mengendalikan Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan pada 9 Mac 2020, bertempat di Bilik Taklimat MAQIS.

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Sekalung penghargaan kepada pihak Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor  di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan ini kepada  Pegawai Pengurusan Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor. Kami sangat berbesar hati apabila pihak Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor sudi melantik Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini kepada pegawai-pegawai Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor di mana para peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pegawai Perikanan, Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Perikanan, Penolong Pegawai Penyelidik, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Sains, Pembantu Makmal, Pembantu Perikanan, Pembantu Tadbir, Pembantu Operasi, Pembantu Awam dan Pemandu.

 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Imej seorang yang berkarisma, yang dilihat mampu membuat keputusan dan mempengaruhi atau imej ‘First Class’.

Ianya bukan dimiliki secara semulajadi, ianya dipelajari dan dibentuk.

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu terutamanya kakitangan barisan hadapan mempersembahkan diri melalui perkhidmatan mereka kepada umum. Penilaian umum kepada meeka termasuklah melalui cara penampilan termasuk etika pemakaian, cara berkomunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan adab individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan ini :

  1. Kursus gempak dan sangat bagus! – Muhammad Amirul Bin Razak – Penolong Pegawai Perikanan
  2. Berkesan dan menarik – Siti Norjannah Johari – Penolong Pegawai Perikanan
  3. Program secara keseluruhan sangat menarik – Ahmad Fauzan Bin Lamjad – Pembantu Perikanan
  4. Penceramah yang berkaliber – Siti Sutina Binti Omar – Penolong Pegawai Sains
  5. Terbaik – Siti Aishah Binti Ismail – Pembantu Makmal
  6. Cara penyampaian tidak membosankan – Zeti Hafiza Binti Zakaria – Pegawai Perikanan
  7. Keseluruhannya amat baik dan penceramah bagus – Zaihani Binti Abdullah – Penolong Pegawai Perikanan
  8. Sangat baik – Siti Norlaily Binti Muhamad Nor – Penolong Akauntan
  9. Seronok, tidak bosan – Rashidah Binti Ahmad Buhari – Pembantu Tadbir
  10. Terbaik – Izzul Haziq Bin Ismail – Pembantu Awam
  11. Berpengalaman dan berpengetahuan – Shifak Binti Paharuddin – Pembantu Makmal
  12. 90% dapat ilmu daripada kursus ini – Mazlan Bin Kadir – Pembantu Perikanan
  13. Keseluruhannya adalah terbaik – Mazlan Bin Ismail – Pembantu Penyelidik

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Penampilan Diri Dan Etiket Barisan Hadapan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

 

Monday, March 9th, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments