Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita ANGKASA Pada 2 November 2019

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita anjuran ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 pada 2 November 2019.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita pada 2 November 2019 di Bilik Kuliah 1 & 2, Institut Koperasi Malaysia.

Sekalung penghargaan kepada pihak ANGKASA di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami Perunding Imej Malaysia mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita  ini kepada  para koperator wanita. Mereka yang terpilih untuk hadir merupakan koperator wanita yang masing-masing merupakan pemimpin dalam koperasi yang diwakili.

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pemimpin wanita yang berkarisma dan profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Membentuk imej koperasi yang utuh dapat dilakukan juga melalui sifat keperibadian atau aset tidak nyata setiap pemimpin dan ahlinya. Bagi menampilkan imej yang positif dan hebat, seseorang pemimpin koperasi yang kerap berurusan dengan pelbagai pihak harus mampu menjenamakan dirinya dengan imej yang positif dan profesional melalui penampilan yang menarik dan komunikasi serta sikap yang sabar, tenang, jujur, tidak mudah melatah atau terganggu emosinya, sehingga mampu membentuk kepercayaan ahli dan orang ramai. Dengan cara ini, imej koperasi akan terjaga dan dihormati.

Reputasi koperasi akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti pemimpin wanita yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pemimpin sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan ahli koperasi, pelanggan dan orang awam seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah koperasi.  Personaliti dan imej yang profesional bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

 

Koperator wanita mewakili angka yang ramai dalam keahlian dan gerakan koperasi di Malaysia, maka mereka merupakan tonggak serta kekuatan dalam sesebuah koperasi. Jatuh dan bangun sesebuah koperator banyak bergantung kepada bagaimana sikap dan imej yang dibawa oleh mereka dalam menghidupkan kepimpinan koperasi.

Oleh kerana amat pentingnya pemimpin wanita dalam koperasi maka persediaan-persediaan yang mencukupi adalah amat perlu untuk mengetuai dan menerajui koperasi. Koperator wanita harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan bersikap terbuka terhadap sebarang isu demi meningkatkan lagi keberkesanan fungsi koperasi.

Dalam memastikan perjalanan koperasi yang cekap dengan mengambil kira penjana atau modal insan koperasi rata-ratanya merupakan wanita, maka koperator wanita memerlukan ilmu personaliti dan gaya membawa diri yang profesional. Koperator wanita perlu mempunyai imej dan personaliti yang profesional yang membolehkan mereka sentiasa relevan dalam industri, dihormati serta dipandang tinggi.

Keterampilan diri dan imej seorang kopeartor  wanita juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan ahli koperasi, agensi-agensi lain, pelanggan dan pasukannya seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri seorang kopearor wanita yang profesional bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi koperasinya. Program ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

 

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

Perunding Imej Malaysia Kursus Ketrampilan Diri

 

Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

 

 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Ketrampilan Diri Dan Imej Profesional Koperator Wanita ini :

  1. Bagus dan menarik minat semua peserta supaya menumpukan perhatian – Noraishah – Ahli Biasa
  2. Menyeronokkan dan bermanfaat -Nurkhalilah  – Guru
  3. Terbaik dan berjaya menarik minat peserta – Norazizah – Bendahari Koperasi
  4. Awesome, penceramah yang tidak membosankan dari segi intonasi. Syabas – Norhuda – Bendahari
  5. Sangat bagus – Anis Farhana – AHM Koperasi
  6. Penyampaian mudah difahami dan menarik – Norzaini – Juru Audit Dalaman
  7. Bagi pendapat saya jika ada penambahan masa lebih baik – Wan Nurul
  8. Hebat – Najidah – Staf
  9. Sangat bagus – Habsah -ALK
  10. Baik -Subaizah – Pegawai
  11. Bagus dan baik – Halimanton – Setiausaha Koperasi

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, November 3rd, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments