Kursus Online Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh | 23 -24 November 2020

Kursus Online Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial : Perunding Imej Malaysia

Alhamdulillah, pada 23 hingga 24 November 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKBTN) Pagoh untuk mengendalikan Kursus Online Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial. Kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan kursus ini secara dalam talian kepada hampir 27 orang kakitangan Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKBTN) Pagoh ini menggunakan platform Zoom Meeting dan Xsplit Broadcaster.

Para peserta mengikuti kursus ini di dalam dewan perpustakaan IKTBN Pagoh, manakala Trainer bersiaran langsung dari pejabat Awaken Training & Consultancy di Kelana Jaya. Kursus ini dihadiri secara dalam talian oleh 27 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Latihan Vokasional, Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Jurutera, Pembantu Pustakawan, Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi), Pembantu Akauntan dan Pembantu Kesatria Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara Pagoh.

 

Penceramah kursus ini sangat bagus dari segi pengetahuan merujuk kepada setiap topik - Normaliza - DV 41

Semoga input daripada kursus ini mampu memberi panduan dan inspirasi yang jelas dalam memantapkan lagi imej dan keterampilan diri yang profesional buat kesemua warga kerja IKTBN Pagoh, in sha Allah.

 

Kepesatan kemajuan teknologi internet dan gelombang metodologi penyebaran informasi dan komunikasi dalam talian telah memberi impak dalam pelbagai sudut yang mana ianya adalah sesuatu di luar batasan jangkaan kita. Ianya menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk kursus dan latihan berlaku merentasi sempadan jarak.

Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan atas talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan atas talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.

Perisian-perisian canggih dan terkini begitu banyak dihasilkan sehingga memungkinkan siaran melalui medium ‘Live Streaming’ dalam talian ini menjadi suatu persembahan pembentangan bahan latihan yang jauh lebih hidup dan menarik.

Teknologi ‘Live Streaming’ ini turut dibantu dengan kepesatan penghasilan platform kursus dan latihan seperti aplikasi Zoom Meeting yang memungkinkan berlakunya proses komunikasi interaktif di kalangan perserta kursus biarpun melalui medium ‘streaming’.

Imej visual dan dan audio penyampai dapat diintergrasi bersama bahan-bahan penyampaian seperti slide powerpoint, video dan grafik di dalam satu paparan yang menarik dan interaktif.

Untuk menyertai kursus online, para perserta tidaklah perlu dilengkapi dengan peralatan teknologi atau perisian yang canggih kerana semua ini disediakan dan diselanggara oleh pihak pemberi latihan yang bertindak sebagai ‘Host’. 

Para peserta hanya perlu menyediakan capaian gelombang internet yang baik serta pautan aplikasi konferen maya seperti Zoom Meeting, Webex dan sebagainya.

 

 

Semoga input daripada kursus ini mampu memberi panduan dan inspirasi yang jelas dalam memantapkan lagi imej dan keterampilan diri yang profesional buat kesemua warga kerja IKTBN Pagoh, in sha Allah. Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga. Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga. Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Online Pemantapan Imej

Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Kursus Online Pemantapan Imej

Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami kepentingan ketrampilan imej para pengajar TVET di mata pelajar, memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil dengan imej yang profesional dan menyenangkan.

Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan semakin mantap dan cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Online Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini :

 

  1. Penceramah sangat bagus dari segi pengetahuan merujuk kepada setiap topik – Normaliza – DV 41
  2. Secara keseluruhan kursus ini sangat baik untuk penjawat awam dan boleh dipanjangkan tempoh kursus – Mohammad Faiz Shamsuddin – DV41
  3. Terbaik – SUHAINI BIN MUSA – Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV36
  4. Baik – Fairuz – Penolong peg belia & sukan S 32
  5. Baik – Shah Ramle Bin Sohop – DV44
  6. Baik dan kursus yang penuh informasi – Mohd Haikal bin Sani – Pen Pegawai Tadbir / N32

Anda berminat untuk mengadakan kursus ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Terima kasih IKTBN Pagoh di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan kursus online selama 2 hari ini. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk kesemua peserta yang hadir. Semoga kursus ini mampu memberi panduan dan inspirasi yang jelas dalam memantapkan lagi imej dan keterampilan diri yang profesional buat kesemua warga kerja IKTBN Pagoh, in sha Allah.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Online Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini  untuk organisasi anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 26th, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments