Kursus Keterampilan Diri & Imej Anjuran Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia Pada 2 November 2022

Kursus Keterampilan Diri & Imej anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2 November 2022.

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di The Everly Hotel, Putrajaya. Tim Perunding Imej Malaysia amat berbesar hati apabila telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan kursus selama 1 hari ini.

Gaya penampilan dan cara kita berpakaian memberitahu dunia bagaiamana kita mahu dilayan, gaya penampilan dan cara kita berpakaian juga memberitahu dunia bagaimana orgnisasi, jawatan, profesion dan mesej kita mahu dilayan.

Penampilan diri dan pemilihan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej jawatan, profesion dan organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

 

Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di The Everly Hotel, Putrajaya.
“Penceramah berpengalaman dan memberikan contoh yang mudah difahami,” – Dr. Tanty Darwinna binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.

 

Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia
“Penceramah presentable, program ini perlu diterapkan kepada kakitangan awam,” – Dr. Siti Aula binyi Turmidi, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD56.

 

Keterampilan diri dan personaliti seseorang  yang menarik merupakan aset bernilai kepada  organisasi tempat dia bekerja. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap urusan bersama pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri dan imej seseorang bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi profesion dan organisasinya.

Kursus Keterampilan Diri & Imej ini telah memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Semoga bermanfaat kepada kesemua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia
“Terbaik!” – Dr. Ali bin Munawar, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia
“Sangat profesional”, – Dr. Rohaizan binti Abd Kadir Jailani, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD56.
Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf  Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia
“Secara keseluruhan isi kandungan kursus sangat bagus dan informalise. Cara penyampaian penceramah adalah jelas dan to the point. Good job!” – Puan Siti Zulaikha binti Zamni, Pembantu Tadbir (P/O) N19.

Kami kongsikan maklumbalas peserta berkaitan penyampaian Kursus Keterampilan Diri & Imej ini:

1. Penceramah berpengalaman dan memberikan contoh yang mudah difahami – Dr. Tanty Darwinna binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
2. Sangat profesional – Dr. Rohaizan binti Abd Kadir Jailani, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD56.
3. Penceramah presentable, program ini perlu diterapkan kepada kakitangan awam – Dr. Siti Aula binyi Turmidi, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD56.
4. Terbaik ! – Dr. Ali bin Munawar, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
5. Bagus dan cemerlang dalam penyampaian setiap tajuk dan funny – Dr. Siti Nurul Ain binti Mohd Safari, Penolong Pengarah Kanan UD44.
6. Very lively and exciting, not enough time for practical – Puan Ainul Salhani binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
7. Baik – Dr. Nors’adah binti Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan UG54.
8. Bagus – Dr. Khairani binti Halid @ Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
9. Sangat baik – Dr. Enna binti Mohd Hanafiah, Timbalan Pengarah.
10. Bagus – Dr. Mohd Johari bin Mohd Jalil, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD52.
11. Sangat baik – Dr. Zulkarnain bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah UD48.
12. Penceramah beri tunjuk ajar secara details. Best – Puan Erna Edura binti Mohd Radzali, Pembantu Tadbir (P/O) N22 KUP.
13. Secara keseluruhan isi kandungan kursus sangat bagus dan informalise. Cara penyampaian penceramah adalah jelas dan to the point. Good job ! – Puan Siti Zulaikha binti Zamni, Pembantu Tadbir (P/O) N19.
14. Bagus – Puan Rosanizah binti Rasmin, Penyelia Jururawat U42.
15. Interesting – En. Azlie bin Ismail, Penolong Pegawai Perubatan U32.
16. Terbaik – Puan Rosmina binti Adam, Ketua Jururawat U32.
17. Best – Puan Noor Razila binti Zakaria, Ketua Jururawat U32.
18. Sangat bagus dan berpengalaman – Puan Suriani binti Mat Saad, Ketua Jururawat U32.
19. Terbaik – En Mohd Shahrin bin Ilias, Pembantu Tadbir (P/O) N22 KUP.
20. Baik – Dr. Siti Noraida binti Jamal, Ketua Penolong Pengarah Kanan UD54.
21. Penceramah sampaikan maklumat yang berguna – Puan Wan Nor Hamizah binti Wan Abdul Rahman, Pembantu Tadbir (P/O) N19.
22. Bagus – Cik Fatin Hazwanis binti Hashim, Pembantu Tadbir (P/O) N19.

Terima kasih kepada Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf Bahagian Perancangan, KKM. Terima kasih dan tahniah kepada para peserta di atas komitmen luar biasa dan penyertaan aktif sepanjang kursus ini.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Friday, November 4th, 2022
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments