Kursus Keterampilan Diri & Imej anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2 November 2022.
Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Keterampilan Diri & Imej bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di The Everly Hotel, Putrajaya. Tim Perunding Imej Malaysia amat berbesar hati apabila telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan kursus selama 1 hari ini.
Gaya penampilan dan cara kita berpakaian memberitahu dunia bagaiamana kita mahu dilayan, gaya penampilan dan cara kita berpakaian juga memberitahu dunia bagaimana orgnisasi, jawatan, profesion dan mesej kita mahu dilayan.
Penampilan diri dan pemilihan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej jawatan, profesion dan organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.
Keterampilan diri dan personaliti seseorang yang menarik merupakan aset bernilai kepada organisasi tempat dia bekerja. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap urusan bersama pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri dan imej seseorang bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi profesion dan organisasinya.
Kursus Keterampilan Diri & Imej ini telah memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Semoga bermanfaat kepada kesemua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Kami kongsikan maklumbalas peserta berkaitan penyampaian Kursus Keterampilan Diri & Imej ini:
Terima kasih kepada Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini bersama barisan pegawai perubatan (Dr.) dan staf Bahagian Perancangan, KKM. Terima kasih dan tahniah kepada para peserta di atas komitmen luar biasa dan penyertaan aktif sepanjang kursus ini.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.