Kursus Interpersonal SPRM : Accelerated Development Program For Senior Officer Grade P54 (ADEPT 54) Pada 21 Julai 2022

Kursus Interpersonal SPRM : Accelerated Development Program For Senior Officer Grade P54 (ADEPT 54) Pada 21 Julai 2022.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Interpersonal di bawah Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan pegawai SPRM pada 21 Julai 2022 bertempat di Dewan Tun Ismail, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada 64 orang pegawai Gred P54 dari SPRM seluruh Malaysia.

Kursus Interpersonal SPRM (Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan)

Kursus Interpersonal SPRM ini bertujuan untuk membentuk personaliti yang menarik dan imej diri sebagai pemimpin contoh kepada warga SPRM di samping komunikasi yang berkesan.

Objektif Kursus Interpersonal ini adalah seperti berikut:

  1. Peserta mampu membina personal branding sebagai pegawai SPRM yang disegani.
  2. Peserta dapat mengaitkan dan mengetahui kepentingan budaya kerja SPRM dan Kod Etika SPRM dalam personal branding.
  3. Memantapkan keterampilan eksekutif (Executive Presence) sebagai seorang pemimpin.
  4. Peserta dapat mengetahui kepentingan imej diri kepada diri dan organisasi luar dan dalam.
  5. Berkemampuan untuk berinteraksi, bersosial, berbincang dengan baik menggunakan komunikasi yang baik dan berkesan

Kursus Interpersonal SPRM (Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan) Kursus Interpersonal SPRM (Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan)

 

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka ketika melakukan pekerjaan yang diamanahkan kepada umum melalui cara penampilan mereka termasuk pemilihan pakaian, cara berkomunikasi, ton suara, pemilihan perkataan dan ayat dalam penyampaian, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Bagi seorang pemimpin, melihat dirinya sahaja sudah cukup mendatangkan inspirasi dan mampu mempengaruhi tingkah-laku ahli pasukannya. Imej menjadi perkara yang lebih kritikal bagi seorang pemimpin kerana peranannya untuk mempengaruhi dan memimpin orang lain. Apabila seorang pemimpin hadir ke pejabatnya, pastinya beliau akan diperhatikan dari segi penampilannya, pakaiannya, tingkah lakunya, cara komunikasinya, nada suaranya, caranya memberikan arahan dan mengendalikan mesyuarat dan apa sahaja yang dilakukannya. Adakah segala persembahan dirinya mampu menjadi ikutan yang betul dan memberi inspirasi kepada orang bawahannya.

‘People follow people’.

Ini konsep penting yang perlu difahami dalam diri manusia. Manusia akan mengikut dan meniru manusia lain. Lebih ramai pengikut, lebih banyak pengaruh seorang pemimpin. Apa sahaja pakaian yang dipakainya,  apa sahaja yang dipertuturkan dan apa sahaja tingkah-laku seorang pemimpin di hadapan umum , sama ada positif atau negatif pastinya akan diperhatikan dan diperkatakan.

Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang dinamik dan berkarisma dan mampu memberikan contoh yang baik, pemimpin perlulah sentiasa mencari ilmu untuk meningkatkan kualiti pemikirannya, kualiti moralnya, kecerdasan emosi dan kualiti spiritualnya. Ilmu dan kemahiran dalam ‘professional image branding’ dan ‘executive presence’ seorang pemimpin yang dikongsikan dalam Kursus Interpersonal ini pastinya akan melonjakkan pakej dirinya sebagai pemimpin yang mampu dicontohi, agar sentiasa kekal relevan dan berpengaruh dalam arus perdana.

 

Kursus Interpersonal SPRM (Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan) Kursus Interpersonal SPRM (Program Pembangunan Pelapis Kepimpinan) Kursus Interpersonal Kepimpinan SPRM SPRM

 

Kursus Interpersonal ini turut membongkar personaliti ideal seorang pemimpin. Pemimpin yang hebat perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinan dirinya kepada keperluan pekerjanya, dan bukan hanya mengharap pekerja dan orang bawahan menyesuaikan diri dengan gaya pimpinannya.

Knowing others is intelligence.
Knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength.
Mastering yourself is true power.
~Lao Tzu~

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Interpersonal ini:

  1. Penyampaian penceramah berkesan – Zainuddin bin Husin, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  2. They are awesome – Zakiah binti Hassan, Pegawai, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
  3. Penceramah berpengalaman dan mahir – Sudirman bin Aban, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  4. Marvellous – Wan Zulkifli bin Wan Jusoh, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  5. Program ini sesuai untuk penjawat awam dan perlu diteruskan – Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Pahang.
  6. Cemerlang – Soock Wee A/L Ei Tem, Pegawai SPRM Bahagian Operasi Khas
  7. Cemerlang! Bagus! Program yang baik – Arafat bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  8. Keseluruhan, penceramah adalah baik dan mudah difahami – Ramli bin Ismail, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  9. Berpengalaman – Jamaluddin bin Puteh, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP)
  10. Keseluruhan baik – Mohd Nor bin Ali, Pengarah Bahagian Rekod
  11. Berpengalaman – Rosli bin Husain, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, SPRM Kelantan
  12. Sangat baik – Hasbilah bin Mohamad Salleh, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  13. Good Work – Zetty Juzianty binti Zainoddin, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  14. Sangat Baik – Mohd Faizal bin Sadri, Timbalan Pengarah
  15. Baik, Jelas dan mudah difahami – Hairul Ilham bin  Hamzah, Pegawai Siasatan
  16. Baik dan pratikal – Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah Bee, Penasihat Integriti
  17. Memuaskan – Zuridah binti Mamat, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  18. Baik – Shahrul Nizar bin Mohd Shariff, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  19. Bagus dan dapat menambahkan pengetahuan – Ab Muneim bin Ibrahim, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  20. Menarik – Siti Zakiah binti Che Man, Pegawai SPRM (P54)
  21. Baik – Mohd Anuar bin Ismail, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya
  22. Bagus – Mustafa Kamil bin Ahmad, Timbalan Pengarah BPMP, SPRM Negeri Kedah
  23. Sangat Baik – Nadiah binti Azis, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

 

Terima kasih kepada SPRM di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Interpersonal ini. Tahniah kepada semua peserta dan penganjur kursus. Semoga bermanfaat kepada kesemua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Interpersonal  ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Saturday, July 23rd, 2022
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments