Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial Dalam Talian Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik | 1 November 2020

 

 

Institut Kemahiran Belia Negara

Kursus Imej Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik Secara Dalam Talian – Perunding Imej Malaysia

Kepesatan kemajuan teknologi internet dan gelombang metodologi penyebaran informasi dan komunikasi dalam talian telah memberi impak dalam pelbagai sudut yang mana ianya adalah sesuatu di luar batasan jangkaan kita. Ianya menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk kursus dan latihan berlaku merentasi sempadan jarak.

Alhamdulillah, pada 1 November 2020 yang lalu Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial Dalam Talian (Virtual Learning) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN. Kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengendalikan kursus ini secara dalam talian kepada hampir 60 orang kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik ini menggunakan platform Zoom Meeting dan Xsplit Broadcaster.

 

Para peserta mengikuti kursus ini dengan sebahagiannya berada di dalam Dewan dan Bilik Mesyuarat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, manakala selebihnya berada di dalam pejabat masing-masing dan Trainer bersiaran langsung dari pejabat Awaken Training & Consultancy di Kelana Jaya. Kursus ini dihadiri secara dalam talian oleh seramai hampir 60 orang yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Akauntan, Penolong Teknologi Maklumat, Pembantu Operasi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Penyelia Asrama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.

 

Setinggi penghargaan kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial virtual ini. Alhamdulillah terima kasih di atas pengalaman ini.

 

Institut Kemahiran Belia Negara
Imej visual dan dan audio penyampai dapat diintergrasi bersama bahan-bahan penyampaian seperti slide powerpoint, video dan grafik di dalam satu paparan yang menarik dan interaktif.

 

 

Institut Kemahiran Belia Negara

 

 

 

 

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

 

Institut Kemahiran Belia Negara
Untuk menyertai kursus online, para perserta tidaklah perlu dilengkapi dengan peralatan teknologi atau perisian yang canggih kerana semua ini disediakan dan diselanggara oleh pihak pemberi latihan yang bertindak sebagai ‘Host’. Apa yang perlu ada  adalah capaian gelombang internet yang baik serta pautan aplikasi konferen maya seperti Zoom Meeting, Webex dan sebagainya.

 

Institut Kemahiran Belia Negara

Institut Kemahiran Belia Negara

Institut Kemahiran Belia Negara
Teknologi ‘Live Streaming’ ini turut dibantu dengan kepesatan penghasilan platform kursus dan latihan seperti aplikasi Zoom Meeting yang memungkinkan berlakunya proses komunikasi interaktif di kalangan perserta kursus biarpun melalui medium ‘streaming’.

 

Objektif kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

 

Institut Kemahiran Belia Negara
Perisian-perisian canggih dan terkini begitu banyak dihasilkan sehingga memungkinkan siaran melalui medium ‘Live Streaming’ dalam talian ini menjadi suatu persembahan pembentangan bahan latihan yang jauh lebih hidup dan menarik.

Kursus Imej Institut Kemahiran Belia Negara

 

Institut Kemahiran Belia Negara

Kursus Imej Institut Kemahiran Belia Negara

 

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan setiap peserta yang hadir akan semakin mantap dan cemerlang dalam mendaki tangga kejayaan kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial secara dalam talian (Virtual Learning) ini :

  1. Penceramah menyampaikan maklumat dengan baik & mudah difahami dan kursus ini sangat berguna sebagai panduan kepada semua kakitangan awam amnya – Heryanti Binti Samuri – Penolong Pegawai Latihan
  2. Program ini sangat baik dan bermanfaat kepada penjawat awam. Disamping, cara penyampaian dari penceramah yang mudah difahami dan pandai menarik minat peserta untuk terus mendengar setiap topik-topik yang dikongsikan. – Ailen Gee binti Yuwitin – Penolong Pegawai Latihan
  3. Sangat bagus dan dapat informasi tentang penampilan diri ditempat kerja secara professional – Khairunnisa binti Ismail – Penolong Pegawai Latihan.
  4. Kursus ini sangat bagus untuk memantapkan imej saya – Nur Adzimah binti Abu Hanif – Pembantu Belia dan Sukan
  5. Penerangan dan Topik yang baik, tutur dan sebutan yang jelas dan mudah difahami – Raja Azlan bin Raja Alias – Penolong Pegawai Latihan
  6. Cemerlang – Wan Nor Afidah Binti Wan Salleh – Penyelia Asrama
  7. Baik – Zulbahari Bin Ahmad – Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar
  8. Bagus – Nurkhairul ikhwan bin amran – Pegawai Latihan
  9. Menarik – Nik Deliana binti Nik Mat – Pembantu Tadbir
  10. Mudah difahami dan tidak bosan – Mohd. Khirulnizam bin Musa – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  11. Terbaik – Che Nor Dina M. Sabri – Pembantu Tadbir
  12. Sangat Memuaskan – Wan Nor Azila bt Wan Min – Pembantu Tadbir
  13. Good – Ratha Vitiveloo – Pegawai Latihan
  14. Bagus untuk peningkatan pengetahuan – Nur Silawati binti Hasanuddin – Pegawai Latihan
  15. Penyampaian kursus yang jelas – Nur Haifatul Akmal binti Harun – Penolong Pegawai latihan.

 

 

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional & Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, November 2nd, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments