Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Persatuan Pendidikan Perubatan Hospital Serdang untuk mengendalikan Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej pada 16 November 2019, Hotel Zenith, Putrajaya.
Sekalung penghargaan kepada pihak Persatuan Pendidikan Perubatan Hospital Serdang (PPPHS) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini kepada para pegawai dan penolong pegawai veterinar daripada Hospital Serdang.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pengajar dan pegawai tadbir diplomatik memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.
Selain daripada itu, objektifBengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini adalah seperti berikut:
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini :
- Very good and very relevant – Dr Faiza – Pegawai Perubatan
- Very informative – Siow Lain Kain – Juru X-Ray Kanan
- Best! – Dr. Siti Jusna – Radiologist
- Sangat efisyen – Dr. Zuhrah – Pakar Perunding Kanan Anestesiologi
- Awesome – Dr. Noorul – Pegawai Perubatan
- Amat baik. Syabas – Loqman – Juru X-Ray
- Bagus – Dr. Fazilah Mustapha – Radiologist
- Menarik dan baik – Dr. Cosmas – Pakar Anestesiologi
- Sangat membantu dalam proses memperbaiki diri – Sarah – Pembantu Perawatan Kesihatan
- Bagus, cemerlang, inspire – Noraini – Nurse
- Superb – Noor Hasyifah – Physicist
- Mempunyai pengetahuan luas. Mampu menjawab soalan dengan jelas dan difahami – Kamaruliza – Jururawat
- Penceramah baik, ramah, berpengalaman – Irnie – Pegawai Dietetik
- Mesra & berpengetahuan tinggi – Huril – Pembantu Tadbir
- Bagus dan berpenampilan menarik dan mempunyai keyakinan dalam menyampaikan isi ceramah – Nor Suriyati – Jururawat
- Semua – Siti Salmor – Penyelia Jururawat
- Terbaik – Nik Fazlinda
- Bagus – Azlina
- Sangat jelas dan mudah difahami – Mohd Norzaidi – U11
- Sangat bagus, perlu diteruskan – Nurul Ain – Jururawat
- Terbaik – Norlina – Juru X-Ray
Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Protokol, Etiket Sosial & Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!