Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Pada 16 November 2021

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021.

Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis yang berlangsung selama satu hari iaitu pada 16 November 2021 bertempat di Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah ALam. Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini telah disertai oleh seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan LKIM Negeri Selangor, Penegor, Pejabat LKIM Daerah Selangor Utara, PNK Sungai Besat, PNK Kuala Selangor, PNK Pelabuhan Klang, PNK Kuala Langat dan PNK Sepang.

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Penceramah sangat bagus dan berkongsi pengalaman,”– Nur Syahida Binti Mohd Khalid – Pembantu Akauntan LKIM “Terbaik,”– Amran Bin Musa – Pembantu Ehwal Ekonomi

 

Program ini dianjurkan khusus untuk Pegawai Penyelaras, Laison Officer, Pegawai Projek, Pegawai Protokol serta petugas majlis yang lain untuk merancang, melaksana, menganjurkan dan menjalankan tugas semasa majlis-majlis di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dengan sukses. Program yang merangkumi 24 komponen penting yang MESTI diketahui, difahami serta diikuti berdasarkan ‘best practice’ dalam protokol majlis rasmi. Kursus ini merangkumi A to Z berkaitan dengan aspek protokol majlis, aspek pengurusan majlis, aspek penganjuran majlis serta aspek pengendalian majlis peringkat kebangsaan. Pengisian kursus diadunkan melalui 3 modul (6 jam) yang disusun khusus untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kemahiran mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi.

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Padat dengan pengisian yang bermanfaat,”– Sapilah Binti Saijan – Pembantu Akauntan. “Sangat bagus dan berinformasi,”– Norhazwani Binti Che Hussin – Pembantu Ehwal Ekonomi

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Terbaik dan jelas dari segi makluman,” – Mohd Rauzi Bin Abdul Jalal – Penolong Jurutera LKIM Selangor Utara

 

Selain itu peserta diberi tugasan untuk mengurus dan menganjurkan sendiri majlis peringkat Antarabangsa dan kebangsaan yang dipilih. Dalam kursus ini para peserta program akan terlibat secara langsung sebagai VVIP, memainkan peranan sebagai VVIP dan petugas – petugas majlis untuk menyelami dan mempraktikkan pengetahuan yang telah didedahkan.

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Efektif dan mudah difahami,” – Raja Mohd Farizal – Pembantu Ehwal Ekonomi

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Terbaik dan jelas dari segi makluman,”– Mohd Rauzi Bin Abdul Jalal – Penolong Jurutera LKIM Selangor Utara

 

Objektif utama Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis adalah untuk memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol, melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai pengiring untuk menjalankan tugas dan mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis peringkat Antarabangsa. Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab setiap penganjur, pengurus acara dan urus setia majlis, meningkatkan keyakinan dalam menjalankan tugas semasa mengendalikan majlis rasmi dan memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran social dalam urusan pengendalian majlis. Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat dan menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021
“Sangat bagus dan berinformasi,” – Norhazwani Binti Che Hussin – Pembantu Ehwal Ekonomi

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis ini ialah:
• Modul 1: Pengenalan Protokol, Majlis dan Sumber Amalan
• Modul 2: Heirarki, Format dan Susunan Tempat Duduk
• Modul 3: Pengurusan Jemputan dan Persiapan Venue

 

Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor Pada 16 November 2021

 

Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini.

Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini:

  1. Penceramah sangat bagus dan berkongsi pengalaman – Nur Syahida Binti Mohd Khalid – Pembantu Akauntan LKIM
  2. Padat dengan pengisian yang bermanfaat – Sapilah Binti Saijan – Pembantu Akauntan
  3. Sangat bagus dan berinformasi – Norhazwani Binti Che Hussin – Pembantu Ehwal Ekonomi
  4. Mudah difahami – Muhammad Imran Najwa – Pembantu Ehwal Ekonomi LKIM
  5. Terbaik dan jelas dari segi makluman – Mohd Rauzi Bin Abdul Jalal – Penolong Jurutera LKIM Selangor Utara
  6. Efektif dan mudah difahami – Raja Mohd Farizal – Pembantu Ehwal Ekonomi
  7. Best – Noor Azila Bt Tahir – Penolong Akauntan
  8. Boleh diterima – Ramidah Binti Rahmat – Pembantu Ehwal Ekonomi
  9. Bagus – Muhammad Nur Izzat Bin Ramlan – Pembantu Ehwal Ekonomi
  10. Baik, jelas – Salehudin Bin Munawir – Pembantu Ehwal Ekonomi
  11. Baik punya – Yang Juana Bin Yuhaniz – Pembantu Tadbir
  12. Baik – Zarinah Abdul Manan – Pembantu Juruaudit
  13. Baik – Siti Zulkhaidaton Binti Muhamad Sayit – Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi PNK Sepang
  14. Baik – Azman Zakaria – Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  15. Terbaik – Amran Bin Musa – Pembantu Ehwal Ekonomi

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Pengurusan Majlis ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Wednesday, November 17th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments