Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021.

Terima kasih kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia kerana telah memberi peluang dan  kepercayaan kepada Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Etiket Sosial pada 3 hingga 5 Disember 2021 bertempat di Hotel Maluri, Kuala Lumpu. Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini telah dihadiri oleh seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dari seluruh Malaysia.

Kurusus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
Kurusus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021

Pengetahuan dan kemahiran mengenai ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional bukan sahaja melibatkan aplikasi semasa penganjuran majlis, program dan keramaian tetapi juga turut diaplikasikan dalam kerja-kerja dan ketika menjalankan tugasan seharian. Pekerja yang memahami dan dapat mempraktikkan ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional dalam profesion pekerjaan mereka akan lebih berketerampilan dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas seterusnya menaikkan reputasi organisasi.

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Pada 3-5 Disember 2021
“Penceramah mampu menyampaikan serta menerangkan sesuatu topik dengan jelas dan baik” – Nur Aliya Natasha – Kerani

 

Penganjuran Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Penampilan profesional yang disampaikan amat praktikal dan penceramah amat experience tetapi terlalu rush” – Chin Yew Cheng – Pentadbir

Penganjuran Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua  peserta yang hadir untuk lebih memahami dan mendalami ilmu protokol, etiket sosial dan imej profesional semasa mengendalikan atau menghadiri majlis rasmi, mahupun  ketika menjalankan tugas-tugas harian rasmi seperti berurusan dengan pelanggan dan pihak atasan.

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Bagus dan sangat jelas penyampaiannya” – Muhammad Azwan Ali Bin Rosli – Pembantu Tadbir

 

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Baik, mampu menyampaikan maklumat secara bersahaja” – Mohd Nazrol Bin Ibrahim – Pengerusi, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia cawangan Kedah.

 

Antara objektif utama penganjuran Kursus Protokol Dan Etiket Sosial  ini adalah seperti berikut:

  • Memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol.
  • Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan cara pengurusan pelbagai  majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat.
  • Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip dan kepentingan heirarki dalam majlis.
  • Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
  • Mempraktikkan etiket sosial di meja makan dan aplikasi penggunaan peralatan dimeja makan dengan tertib.
  • Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  • Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  • Mempraktikkan etiket sosial dalam menjalankan tugasan rasmi di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kehormat untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

 

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Sangat bagus dan penerangan sangat jelas”- Shereen Azura binti Abdul Rahim – Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia cawangan Pahang.

 

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Penyampaian jelas dan efektif” – Nur Hidayah BInti Muhd Hisham – Pembantu Tadbir

 

Melalui  Kursus Protokol Dan Etiket Sosial yang berlangsung selama tiga hari  ini para peserta akan berpeluang mempelajari perkara berikut:

Modul 1: Pengenalan Kepada Protokol Dan Pengurusan Majlis

Modul 2: Pengurusan Jemputan, Sambutan Dan Persiapan Protokol Majlis

Modul 3: Pengurusan Majlis Dan Panggilan Hormat

Modul 4: Hierarki VVIP Majlis

Modul 5: Susunan Tempat Duduk Vvip Dalam Majlis

Modul 6: Pegawai Protokol Dan Penyambut Tetamu

Modul 7 : Etiket Di Meja Makan

Modul 8: Tatacara Berpakaian Dalam Majlis Rasmi

Modul 9: Etiket Sosial Dalam Majlis Dan Tugas Rasmi

Kursus Protokol Dan Etiket Sosial Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Pada 3-5 Disember 2021
“Berkarisma dan profesional” – Roslina Binti Lah – Kewangan

 

Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami sepanjang tiga hari berlangsungnya Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini.

Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitment yang hebat sepanjang ini berlangsung. Kami ucapkan selamat maju jaya dan dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol dan Etiket Sosial anjuran Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia:

  1. Penceramah mampu menyampaikan serta menerangkan sesuatu topik dengan jelas dan baik – Nur Aliya Natasha – Kerani
  2. Penampilan profesional yang disampaikan amat praktikal dan penceramah amat berpengalaman  – Chin Yew Cheng – Pentadbir
  3. Bagus dan sangat jelas penyampaiannya – Muhammad Azwan Ali Bin Rosli – pembantu tadbir
  4. Baik, mampu menyampaikan maklumat secara bersahaja – Mohd Nazrol Bin Ibrahim – Pengerusi SBM Kedah.
  5. Sangat bagus dan penerangan sangat jelas – Shereen Azura binti Abdul Rahim – SBM Cawangan Pahang.
  6. Penyampaian jelas dan efektif – Nur Hidayah BInti Muhd Hisham – Pembantu Tadbir
  7. Berkarisma dan profesional – Roslina Binti Lah – Finance
  8. Penyampaian yang jelas – Nor Sagita – Penolong Tadbir
  9. Very good, nice information – Nur Ilmiah – Kerani
  10. Penyampaian yang jelas – Nurs Shuhaidah Binti Mohd Jailani – Pembantu Tadbir
  11. Baik dan mesra – Radziah binti Husain – Kerani AM
  12. Sangat jelas – Nur Shazwani Binti Jusoh – Staf Melaka
  13. Memukau – Bahar – Kerani SBM
  14. Memuaskan – Wong Yoon Long – Pemangku Pengarah
  15. Bagus – Pakhria binti Mohamed Daud – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Dan Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga.

Tuesday, December 7th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments