Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Pada 3-4 Ogos 2021

Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Pada 3-4 Ogos 2021

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Perunding Imej Malaysia berjaya mengendalikan Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat selama dua hari pada 03 – 04 ogos 2021. Terima kasih kepada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di atas kepercayaan dan peluyang kepada kami bagi mengendalikan kursus ini.

Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom Meeting, dan Xsplit Broadcater. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh 30 orang setiausaha pejabat dari 28 bahagian iaitu pejabat TKSU (D), Pejabat TKSU (P), Pejabat SUBK (P), Bahagian Industri Padi dan Beras, Bahagian Latihan KemahiranPertanian, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Bahagian Industri Makanan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Akaun, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Eksport, Bahagian Industri Padi dan Beras Caw Dasar, Bahagian Antarabangsa, Unit Audit Dalam, Unit Integriti, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, Iada Keria, Iada ketara, manakala terdapat 3 wakil peserta dari Bahagian Pembangunan dan 2 orang wakil peserta dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Industri Tanaman, Bahagian Ternakan & Perikanan dan Lada Pulau Pinang.

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21 Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21 Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21 Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran mengurus masa dan tugasan, diari bos, meningkatkan ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket bisnes. Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja, sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Antara pengisian dalam kursus ini adalah untuk menerokai dan mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, cara mengenali personaliti serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, berpengetahuan dan mahir dalam etiket asas di tempat kerja, bagaimana mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, teknik mengenalpasti potensi diri, kekuatan, kelemahan dan konsep keterbukaan minda serta kemahiran memahami profail diri dan bos serta cara mengendalikannya.

Di era pandemik yang sedang melanda dunia sekarang ini pula, para Setiausaha perlu mempelajari dan memantapkan kemahiran dan pengurusan bekerja dari rumah, serta kemahiran interpersonal dalam membina serta mengekalkan profesionalisme diri. Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran seorang setiausaha dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21 Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:

  • Modul 1: Peningkatan Peribadi Dan Personaliti Setiausaha Cemerlang
  • Modul 2: Pemantapan Imej Dan Ketrampilan Diri Setiausaha
  • Modul 3: Pengurusan Masa, Tugasan Dan Prioriti
  • Modul 4: Berkredibiliti Dengan Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Berkesan
  • Modul 5: Mengenalpasti Profil Diri Bos
  • Modul 6: Etiket Dalam Membina Perhubungan Profesional

Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam membantu meningkatkan kualiti diri seterusnya menyumbang kepada kualiti kerja. Semoga semua peserta akan konsisten dalam kesungguhan dan semangat yang tinggi melaksanakan tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Semoga para peserta terus komited dengan tugasan yang telah diamanahkan dan memperoleh sebaik-baik keberkatan dariNya, in sha Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Setiausaha

 

Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21Kursus Setiausaha Cemerlang MAFI Awaken Training 21

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat ini:

  1. Kursus menarik dan terbaik, walaupun secara online namun penceramah dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada peserta – Norhidayah Binti Ibrahim – Setiausaha Pejabat Bahagian Pengurusan Maklumat 
  2. Program ini sangat menarik dan menambah ilmu pengetahuan,  penceramah sangat memberi perhatian kepada hampir setiap peserta – Nurulhuda Bt Abd Hamid – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tbk Iada Kerian
  3. Penceramah sangat membantu dari segi memberi penerangan dan menambah pengetahuan  bagi mempamerkan kecekapan,  keyakinan, gaya yang sesuai dan sepadan dengan tugas serta  tanggungjawab yang diberikan di tempat kerja – S. Maryani Binti S. Muhammad Rum – Setiausaha Pejabat Bahagian Atarabangsa, Mafi
  4. Penceramah yang sangat bagus dan program yang bagus – Norkhairani Binti Abd Jamal – Setiausaha Pejabat  Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (Iada Ketara)
  5. Sangat bersemangat memberi info2 yang sangat bermanfaat dan akan digunakan ilmu ini untuk masa hadapan – Hanisah Binti Mohd Munapil – Setiausaha Pejabat Bahagian Akaun Penceramah
  6. Berilmu dan bagus dalam memberi ceramah – Nuriza Binti Mohd Noor Azmi – Pembantu Setiausaha Pejabat Dps
  7. Kursus ynag baik dan memenuhi keperluan pengetahuan saya – Rosmiza Binti Abdullah – Setiausaha Pejabat Cawangan Perikanan/ Bahagian Industri Tanaman, Ternakan Dan Perikanan
  8. Secara keseluruhan penyampaian penceramah jelas dan mudah faham – Siti Nor Ain Binti Sh Abd Hamid – Setiausaha Pejabat Bahagian Pentadbiran
  9. Ada komunikasi dengan peserta – Hasnani – Pembantu S/U Pejabat Pembangunan 
  10. Mempunyai ilmu meluas berkenaan topik yang diberi dan komunikasi dua hala yang baik – Mai Nur Azrinda Binti Asri – Setiausaha Pejabat Bahagian Pembangunan
  11. Sangat baik – Muhammad Syafiq Bin Md Zolkiplee – Setiausaha Ipb Mafi 
  12. Terbaik – Nur Fatihah Binti Md Suhor – Setiausaha Pejabat Bahagian Pembangunan Padi Beras
  13. Sangat baik dan memuaskan – Norhidayah Binti Bahri – Setiausaha Pejabat Bhg Imat, Mafi
  14. Sangat bagus – Nurshaida Fatiha Binti Zakaria – Pembantu Setiausaha Pejabat Bdi
  15. Penceramah bagus – Nik Nor Affizaiwany Binti Nik Ariffin – Pembantu Setiausaha Pejabat N22 Bpsp
  16. Bagus – Sumayyah Nadhirah Bt Abdullah – Setiausaha Pejabat Bahagian Kanan (Pengurusan)
  17. Penceramah ramah mesra – Siti Juliatika Binti Mohd Jais – Pembantu Setiausaha Pejabat Ittp Mafi Cawangan Tanaman
  18. Bagus – Siti Hanina Binti Mat Jusoh  – Pembantu Setiausaha Pejabat Iada

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat ini di tempat anda?  Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Saturday, August 7th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments