Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional | Kementerian Pendidikan Malaysia | 7 – 8 Oktober 2019

Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengendalikan Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional pada 7 hingga 8 Oktober 2019 di Prima Bunga Raya, Aras 7, Blok E14, Parcel E, Putrajaya.

Penampilan Dalam Imej Profesional

Sekalung penghargaan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional  ini kepada  para pegawai Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penampilan Dalam Imej Profesional

 

Penampilan Dalam Imej Profesional

 

 

Penampilan Dalam Imej Profesional

Penampilan Dalam Imej Profesional

Penampilan Dalam Imej Profesional

 

Penampilan Dalam Imej Profesional

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai Lembaga Peperiksaan memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

 

 

Selain daripada itu, objektif Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Transformasi Etiket Dan Penampilan Dalam Imej Profesional ini :

  1. Bagus dan membantu saya dalam membaiki profesionalisme dan personaliti diri  – Haryani – Penolong Pengarah
  2. Penceramah berpengalaman mengendalikan kursus dan mampu memantapkan suasana kursus – Sabariah – Pembantu Tadbir
  3. Bagus penyampaian isi kandungan jelas – Ramdan – Pemandu Kenderaan
  4. Sangat baik dan berpengetahuan luas dalam topik yang disampaikan – Anita – Penolong Pengarah
  5. Terbaik – Rohaya – Penolong Pengarah
  6. Sangat menarik dan berkesan – Asiana – Penolong Pengarah
  7. Program ini sangat baik dan menyebabkan kami tahu personaliti diri – Norfadillah – PPP
  8. Terbaik – Rosmariatolakma  – Pembantu Tadbir
  9. Terbaik dan memberi maklumat terkini – Zakaria
  10. Penyampaian jelas dan menarik – Marsinah – Pembantu makmal
  11. Baik – Ilies – Penolong Pengarah
  12. Baik dan cemerlang – Mohd Adil – Penjaga Jentera Elektrik

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, October 9th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments