Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial.
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Pengurusan Veterinar (IPV) Cheras untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial pada 27 hingga 29 Ogos 2019, Bilik Kuliah B, Institut Pengurusan Veterinar (IPV) Cheras.
Sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial ini kepada para pegawai dan penolong pegawai veterinar daripada seluruh Malaysia.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial oleh Institut Pengurusan Veterinar (IPV) Cheras ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pengajar dan pegawai tadbir diplomatik memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.
Selain daripada itu, objektif Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial ini adalah seperti berikut:
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Pemantapan Imej Profesional dan Etiket Sosial ini :
- Best speaker, interaktif – Hazira Filza – VO
- Penceramah menerangkan dengan cara yang berkesan dan jelas – Nor Asmawi bin Yusof – Penolong Pegawai Veterinar
- Menarik dan interaktif – Ketty Goh Siew Lin – Pegawai Veterinar
- AWESOME! – Norzulaiha binti Mohd Razali – Pembantu Setiausaha Pejabat
- Seorang yang ceria bekerjasama, sopan, elegant, profesional – Azahar Husain – Penolong Pegawai Veterinar
- Seorang yang berpengetahuan dalam bidang yang diajar dan pembelajaran senang difahami – Dr Melia Abd Salam – Pegawai Veterinar
- Penceramah dapat menyampaikan mesej dengan baik dan mudah difahami oleh peserta – Nor Nabilah bt Arif
- Penceramah yang berpengalaman – Mohd Afzan bin Biyamay – Pemandu
- Penceramah yang terbaik dan senang untuk difaham – Faeza Anuar – Pembantu Awam (H11)
- Cara penyampaian sampai kepada peserta -Muhammad Hussin bin Ismail – Pembantu Tadbir
- Senyum dan pemahaman yang bagus – Mohd Ariffin Jaafar – AVO
- Sempurna – Ahmad Azwan bin Ahamad – AVO G29
- Baik – Nazmeen Naziah bt Zakaria – Penolong Pegawai Veterinar
- Bagus, mantap – Mohs Asraf bin Asmat – Pegawai Veterinar
- Bagus – Efandi bin Jamel – Pembantu Operasi
- Good – Vikneswaran Anbu Alagan – Pembantu Operasi N11
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!