Kursus Protocol And Etiquette For Leaders
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) Universiti Teknologi Mara (UITM) untuk mengendalikan Kursus Protocol And Etiquette For Leaders pada 16 dan 17 Januari 2019 yang lalu, bertempat di Bilik Sarana 1, Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD), Nilai, Negeri Sembilan.
Jutaan penghargaan kepada pihak Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini kepada para pegawai UITM dari seluruh Malaysia.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Kursus Protocol & Etiquette For Leaders ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Protocol & Etiquette For Leaders ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai dan eksekutif kanan UITM memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.
Selain daripada itu, objektif Kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini adalah seperti berikut :
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini :
- The Speaker is well-experienced in the topic/area. Example given are relevant to the situation that might be faced by the government servent – Nur Zahirah binti Samsu Zaman -Penolong Pendaftar
- Penceramah yang sangat berpengalaman dan mampu memberi penerangan dengan jelas – Mohd Arsyam bin Jafar – Penolong Pendaftar
- Bagus dan pandai membuat peserta memahami modul yang di ajar – Nik Darwina binti Ibrahim – Pegawai Teknologi Maklumat
- Interasting & Valueable – Zuraini binti Mohamed Idris – Penolong Pendaftar
- Terbaik dan pakar – Muhamad Zekry bin Mohamad Zaki – Juruukur Bangunan
- Very good person with her experience – Intan syazlina binti Mohd Ali – Penolong Pendaftar
- Happening & very interactive – Nurul Izwani binti Azaheri – Penolong Pendaftar
- Interaksi bersama peserta memberangsangkan – Siti Ainun Mardiah binti Jamaludin – Penolong Pendaftar Kanan
- Terbaik – Mohd Zulkhairi Ibrahim – Pegawai Psikologi
- Penceramah menyampaikan maklumat & informasi dengan jelas, padat & menarik – Nadiah Nur Shairah binti Muhammad – Pegawai Hal Ehwal Islam
- Cemerlang – Norfaridah binti A. Aziz- Pegawai Optometri
- Good – Muhammad Hakim bin Abdul Jalil – Pegawai Dietetik
- Maklumat yang sangat berguna – Jaz Norfazuna binti Jaafar – Pustakawan
- Baik dan cemerlang – Rafiuddin bin mohd Yusof –Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
- Ceramah yang bagus dan sangat berguna – Muhammad Zaidie bin bardan – Pustakawan
- Sangat berilmu dan infomatik – Abdul Qaiyum bin Abdul Razak – Penolong Pendaftar
- Menarik dan penuh informasi – Norsyamin bin Zulkarnain – Pengurus Asrama Kanan
- Banyak ilmu yang dikongsi bersama – Khairolizwan bin Harry – Penolong Pendaftar
- Sangat cemerlang dan menyampaikan ceramah dengan baik – Nur farhana binti Abd Karim – Penolong Pendahari
- Sangat Bagus – Muhamad Naim bin Haji Jamaludin- Pegawai Psikologi
- Penceramah mahir dalam topik dan program ini amat berguna kepada saya – Nasrullah bin Zainal Abidin – Pegawai Psikologi
- Baik dan cemerlang – Mohd fairol bin Ismangil – Penolong Bendahari
- Sangat baik dan tidak menyebabkan mengantuk – Nurul Afidah binti Awang – Pegawai Hal Ehwal Islam
- Sangat baik – Hairulnizam binGhazali – Pegawai Teknologi Maklumat
- Terbaik – Nor Azelea binti Mohd Azahar – Pustakawan Kanan
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!