Bengkel Inspirasi Graduan Berketrampilan

(Imej Diri, Teknik Penulisan Resume & Temuduga Kerja)

Kriteria penting yang perlu ada pada setiap graduan ialah kualiti komunikasi, etika dan ketrampilan diri yang membolehkan mereka memikat hati serta meyakinkan bakal majikan bahawa mereka berupaya bersaing dan sama-sama memajukan organisasi. Kesemua kriteria ini adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang graduan yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja nanti.

Bengkel ini memberikan pendedahan secara terperinci, beserta contoh-contoh pakaian temuduga bagi calon-calon lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh panel penemuduga. Antara pendedahan teknik berpakaian yang kami kongsikan dengan para peserta ialah  jenis, warna dan fabrik kemeja, seluar, baju kurung dan suit, jenis dan warna tali leher, jenis dan warna kasut, jenis dan warna stokin, jenis, saiz dan bilangan aksesori, jenis dan warna beg, gaya, warna dan jenis tudung (wanita) serta kombinasi ton warna yang tepat bagi calon lelaki dan wanita.

Selain daripada pengisian berkenaan pakaian lelaki dan wanita ke temuduga, para peserta juga ditunjukkan teknik dan contoh menyediakan resume dan cover letter yang berkesan dan berpengaruh untuk menawan hati majikan dan seterusnya akan dipanggil ke sesi temuduga.

Para peserta seterusnya diberikan dan ditunjukkan teknik dan tatacara menghadiri temuduga, beserta dengan pendedahan apakah soalan-soalan yang akan dan biasa ditanya dalam sesi temuduga dan bagaimana teknik menjawab soalan-soalan ini. Para peserta seterusnya ditunjukkan sesi simulasi temuduga di mana beberapa orang peserta dipanggil ke hadapan untuk menjalani sesi simulasi temuduga.

Bengkel ini akan memberi pendedahan dan kemahiran kepada graduan perkara-perkara berikut:

1. Bagaimana menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan.
2. Cara-cara untuk memohon pekerjaan, permohonan secara bertulis dan teknik menulis resume yang berkesan.
3. Teknik-teknik menghadapi temuduga, persiapan pada hari temuduga, perkara yang harus dilakukan semasa temuduga, soalan-soalan yang lazimnya ditanya dalam temuduga, soalan-soalan yang boleh diajukan kepada penemuduga dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gagal dalam temuduga.

 

Teknik Resume & Temuduga
Master Your Self Brand | ASWARA
Teknik Resume & Temuduga
Seminar ‘Fly High’ Pembentukan Imej Profesional Dan Kerjaya | UIAM Kuantan

 

Teknik Resume & Temuduga
Plan It Right – Ketrampilan Diri & Kemahiran Komunikasi | UITM Tapah

 

Teknik Resume & Temuduga
Dare To Impress ! Grooming Embraces Personality| UITM Puncak Alam

 

Teknik Resume & Temuduga
Bengkel Inspirasi Graduan Berketrampilan | Politeknik Ibrahim Sultan Johor

 

Teknik Resume & Temuduga
Bengkel Inspirasi Graduan Berketrampialn |Universiti Malaysia Pahang

 

Teknik Resume & Temuduga
Imej Hebat Pelajar Cemerlang | Universiti Putra Malaysia

 

 Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification