Kursus Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial Felda – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Diri & Etiket Sosial bersama para pegawai Felda Wilayah Alor Setar pada 25 Julai 2018, bertempat di The Jerai Hotel Alor Setar.
Sekalung penghargaan kepada pihak Felda Wilayah Alor Setar atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial Felda ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Kursus Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial Felda memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial Felda ini dikendalikan menggunakan teknologi metodologi latihan terkini di mana hampir 70% pengisian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Kesemua aktiviti yang dijalankan telah dirangka dengan teliti bagi memastikan peserta dapat memahami semua modul dengan mudah dan berkesan.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Kursus Keterampilan Diri Dan Etiket Sosial Felda ini.
- Kursus sangat baik, 5 Bintang! – Mohd Akmal bin Abdul Rahman – Penyelia
- Program ini sangat bagus – Mohd Farhan Fitri bin Abdul Rahim – Penyelia
- Penyampaian yang sangat memuaskan! – Nur Izzati binti Ghazali – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Good Explanation and example in very detailed way – Siti Aishah binti Mohd Talib – Setiausaha
- Well Done! – Auni Nadzirah binti Mohd Ariff – Akauntan
- Pengendalian kursus amat baik dan jelas – Mohd Fitri bin Mohd Zuki – Penyelia
- Informasi baik/bersesuaian cuma masa tidak mencukupi – Azairi bin Abdul Kadir – Pembantu Tadbir
- Penceramah memberikan penerangan dengan terang dan mudah difahami – Amar Maaruf bin Ruslan -Pembantu Tadbir
- Kursus yang sangat baik! – Sharfiza Osman – Pembantu Tadbir
- Kursus ini amat baik – Nor Hafizah binti Abdul Halim – Pembantu Tadbir
- Best! – Siti Nur Atiqah binti Ramli – Pembantu Tadbir
- Amat baik- Mohd Fadli bin Saudi – Pembantu Tadbir
- Sangat Baik – Zulkifli bin Musa – Pembantu Tadbir
- Penerangan yang baik dan membina pengetahuan – Normawati binti Wah – Pembantu Tadbir
- Sangat baik – Mohd Nur Saiful Rahaizie bin Mohd Sarif – Pembantu Tadbir
- Kaedah penyampaian dalam kursus ini mudah difahami – Mohameh Sallehuddin bin Mohd Salleh
- Mudah difahami dalam memberikan penerangan – Nor Shahibah binti Shamsudin – Pembantu Tadbir
- Sangat jelas dan menghiburkan – Hisyamuddin bin Berihan – Pembantu Tadbir
- Keseluruhan semua bagus dan ilmu yang bermanfaat – Mohd Amir bin Saleh
- Program yang bagus. Disampaikan secara santai- Najihah binti Ahmad Khadri
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!