Bengkel Pemantapan Imej Korporat Kementerian Kerja Raya | 26 Oktober 2018

Bengkel Pemantapan Imej Korporat : Pemantapan Kompetensi & Pengurusan Korporat Kementerian Kerja Raya – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Bahagian Perancangan Korporat Kementerian Kerja Raya untuk mengendalikan Bengkel : Pemantapan Imej Korporat : Pemantapan Kompetensi & Pengurusan Korporat pada 26 Oktober 2018, bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

 

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

Sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Kerja Raya atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikanBengkel Pemantapan Imej Korporat ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Bengkel Pemantapan Imej Korporat : Pemantapan Kompetensi & Pengurusan Korporat Kementerian Kerja Raya ini semoga bermanfaat agar kita terus berjaya dengan cemerlang dan bersyukur dengan kerjaya yang Allah kurniakan kepada kita.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

 

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Bengkel Pemantapan Imej Korporat

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej korporat dan profesional organisasi dengan membantu para peserta memahami konsep etiket profesional dengan baik ketika berurusan, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika berurusan dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil profesional dan memancarkan positive vibes ketika bekerja.

Di akhir program ini nanti, para peserta akan dapat:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Bengkel Pemantapan Imej Korporat : Pemantapan Kompetensi & Pengurusan Korporat Kementerian Kerja Raya ini :

  1. Pengisian yang disampaikan oleh penceramah sangat bagus (Nik Alyani Nazirah – Pembantu Tadbir N19)
  2. Kursus yang bagus! (Muhamad Sharul Nazmi – Personal Assistant)
  3. Penceramah mempunyai pengalaman luas tentang imej diri (Norsida Bt Osman – Penolong Pegawai Tadbir)
  4. Penceramah bijak mengaitkan isu-isu semasa dengan topik kursus yang disampaikan. (Mirsha Rijin – Penolong Setiausaha)
  5. Berpengalaman luas (Mohd Hazrin Bin Khalid – Pembantu Tadbir)
  6. Mahir dengan topik yang disampaikan. Penceramah kelakar dan cantik (Nur Iswani Binti Baharom – Penolong Pegawai Tadbir N29)
  7. Isi kandungan kursus yang jelas dan mudah difahami (Nordiyana Binti Kamaruddin – Penolong Setiausaha)
  8. Penceramah sangat berkebolehan dan profesional (Muhamad Aliff Akmal Bin Ahmad Lothfi – Pemandu)
  9. Overall kursus ini memang best! (Mazilah – Executive)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, October 27th, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments