Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani Pada 17 Oktober 2022

Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani (IKMSP) pada 17 Oktober 2022.

Alhamdulillah berjalan lancar Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani IKMSP bersama 100 orang pelajar semester akhir Institut Kemahiran Mara Sungai Petani yang bertempat di Dewan Theatrette IKMSP Institut Kemahiran Mara Sungai Petani. Tim Perunding Imej Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Kemahiran Mara Sungai Petani di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan Program Finishing School ini.

Objektif Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani ini antaranya adalah memberi pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan semasa terkini agar pelajar mampu bersaing secara kompetitif setelah tamat pengajian. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberikan teknik dan ilmu imej dan keterampilan khususnya sebagai persediaan untuk menghadapi dunia pekerjaan selaras dengan hasrat sistem TVET Mara.

Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani
Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani

 

Program ini telah memberikan pendedahan, pengetahuan dan mencungkil potensi peserta dalam membina nilai profesional diri, serta mengenali hala tuju membina ‘personal branding’ yang unggul dalam pasaran. Ini termasuklah membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan ilmu komunikasi profesional dan kecerdasan emosi (EQ).

Program ini juga telah memberikan pendedahan mengenai penampilan diri secara terperinci kepada pelajar sebelum menceburi alam kerjaya iaitu penerangan berkaitan jenis pakaian kerja lelaki dan wanita yang memenuhi kriteria penampilan yang diinginkan oleh majikan.

Para peserta juga telah diberikan pendedahan bagaimana untuk menjenamakan diri bagi memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan sekaligus membolehkan mereka memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian serta memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan.

Para graduan perlu  bersedia sejak dari awal alam kampus lagi bagaimana untuk sentiasa menambah nilai profesional diri agar relevan dalam pasaran. Kita mungkin mempunyai bakat dan kemampuan yang pelbagai, namun adakah bakat dan kemampuan itu bersesuaian, relevan dan diperlukan dalam bidang atau jawatan yang kita ingin ceburi kelak. Rancang strategi anda dengan mengenal pasti perkara-perkara yang dapat kita lakukan untuk memberi nilai tambah kepada nilai profesional pekerjaan dan bakal majikan kelak. Sentiasa fikirkan bagaimana kita mampu menjadi orang yang paling tepat dan terbaik untuk pekerjaan itu atau syarikat yang saya masuk itu kelak. Satu daripada solan penting yang kita perlu fikirkan setiap hari adalah, “Bagaimanakah saya dapat meningkatkan nilai kepada pekerjaan ataupun jawatan dan syarikat itu?

Kemampuan kita dalam melaksanakan tugas-tugas khusus dengan lebih baik daripada calon lain sudah pastinya akan memudahkan kita mendapat pekerjaan yang diidamkan dengan lebih cepat. Semakin banyak yang dapat kita sumbangkan daripada segi kepakaran dan nilai profesional kapada majikan, lebih cepat mereka akan mengupah kita dan memberikan jawatan yang kita idamkan.

 

Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani

Kami mengucapkan tahniah kepada semua peserta dia atas kesungguhan dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Selamat maju jaya dan cemerlang dan terus terbang tinggi dalam mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan dunia dan akhirat, in sha Allah amin.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Program Finishing School ini:

  1. Berpengalaman, profesional dan mahir memberi ceramah – Muhammad Danial bin Sharif, Pelajar.
  2. Penceramah yang bagus kerana dapat mengendalikan kursus dengan baik serta dapat memberi ilmu dan pengetahuan yang baik kepada pelajar – Mohamad Fauzi bin Rosli, Pelajar.
  3. Penceramah menguasai apa yang disampaikan dan mudah untuk difahami – Nur Hakim Zulkarnaen, Pelajar.
  4. Berpengalaman, profesional dan mahir dalam bidang – Muhammad Aliff Danial bin Ahmad Zaini, Pelajar.
  5. Sporting, mudah faham dan sangat profesional – Mohamad Faiz Nazmi bin Azhar, Pelajar.
  6. Sangat teliti dan mudah difahami – Mohamad Firdaus bin Mohd Nadzir, Pelajar.
  7. Sangat terbaik – Muhammad Imran bin Mohd Nadzri, Pelajar.
  8. Sangat ramah 5★ – Muhammad Syahmi bin Mat Sharif, Pelajar.
  9. Sangat terbaik dan senang difahami – Muhammad Faris bin Zaifa, Pelajar.
  10. Sangat baik – Muhammad Ammar Qayyum bin Hassan, Pelajar.
  11. Bagus – Muhammad Aizan bin Bukhari, Pelajar.
  12. Sangat menarik dan berhemah – Ku Muhammad Nasri bin Ku Mohd Nasir, Pelajar.
  13. Sangat baik. Make me happy – Muhammad Saiful Omar bin Saidi, Pelajar.
  14. Alhamdulillah sangat bagus – Muhd A’tiqullah bin Rusli, Pelajar.
  15. Sangat menarik – Muhammad Emir hafizal bin Fadzil, Pelajar.
  16. Sangat menarik – Muneir bin Kamaruzaman, Pelajar.
  17. Sangat ramah mesra dan bijak – Muhammad Soffi bin Zahari, Pelajar.
  18. Sangat ramah – Muhd Aidil Akmal bin Rashidi, Pelajar.
  19. Sangat mudah difahami apa yang disampaikan – Faris Danish bin Muhd Fazmi, Pelajar.

Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani Program Finishing School Institut Kemahiran Mara Sungai Petani

 

Anda berminat untuk mengadakan Program Finishing School ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

Tuesday, October 18th, 2022
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments