Seorang Setiausaha adalah duta kepada majikannya, jenama kepada organisasinya dan ketua kepada dirinya. Pengetahuan dan kemahiran mengenai tugas-tugas seorang setiausaha masa kini bukan sahaja melibatkan tugas mengurus pejabat dan majikan, lebih daripada itu adalah cabaran dalam kemahiran interpersonal seperti kemahiran komunikasi, etika dan ketrampilan diri dalam setiap majlis, masa dan tempat.
Dalam dunia profesional, mempunyai kemahiran dalam mengurus tugasan di pejabat dan kemahiran interpersonal merupakan pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang setiausaha di mana ia menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Penganjuran kursus ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dan teknik bagaimana menjadi seorang setiausaha yang berkredibiliti dan cemerlang, seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.
Matlamat akhirnya ialah dapat melengkapkan seorang setiausaha dengan ilmu dan teknik untuk menjalankan tugas-tugas dengan lancar, kemas dan tersusun di samping memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.
Objektif utama Kursus Setiausaha Pejabat ini adalah untuk:
- Mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini
- Mengenal personaliti yang tepat serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha
- Bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat
- Mahir dalam 10 etika asas di tempat kerja
- Mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran
- Mengaplikasikan teknik-teknik komunikasi, pengurusan konflik dan pengurusan stress di tempat kerja
Berikut adalah modul yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Setiausaha Pejabat selama 2 hari 1 malam ini ialah:
- Modul 1: Pemantapan Imej dan Ketrampilan Diri Setiausaha
- Modul 2: Berkredibiliti Dengan Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi Berkesan
- Kemahiran Mengaplikasikan Keutamaan Kerja dan Pengurusan Stres
- Modul 3: Tugas dan Tanggungjawab Seorang Setiausaha
- Modul 4: Protokol Mesyuarat dan Pengendalian Minit Mesyuarat
- Modul 5: Pengurusan emosi dan stres
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Setiausaha Pejabat ini:
- Penceramah sangat cemerlang dan terbaik! – Rodiah binti Abdul Mokti @ Mohamad Sallleh, Pegawai Bomba Kanan.
- Menarik & Profesional – Hang Mei Kim, Setiausaha Pejabat.
- Penceramah awesome dan wow! – Nur Izzati binti Ibrahim, Setiausaha Pejabat.
- Penyampaian padat, tepat dan menarik – Sharifah Fazilah binti Syed Rozali, Pembantu Setiausaha Pejabat.
- Penceramah berinteraksi dengan baik – Mohd Saiful Rizan bin Zakaria, Setiausaha Pejabat.
- Pengisian berguna dan tips yang membantu dalam pengurusan kerja – Sharifah Balkhis binti Syed Mahadzir, Setiausaha.
- Kualiti penceramah adalah sangat baik – Mohamad Hanif bin Said, Setiausaha Pejabat.
- Sangat awesome – Zulira binti Zulcapli, Setiausaha Pejabat.
- Sangat bagus – Siti Mariam binti Muhammad, Setiausaha Pejabat.
- Sangat berguna ilmu yang dikongsikan – Nur Afuwa binti Salim, Setiausaha Pejabat N29.
- Menarik, gaya penyampaian yang bersahaja – Norliza binti Mohd Fadzil, Setiausaha Pejabat.
- Komunikasi yang baik – Ilyana Filzah binti Yusof – Setiausaha Pejabat
- Terbaik – Nor Asdayanti binti Kodim, Setiausaha Pejabat.
- Terbaik – Nor Hasrawati Md Rohsidi, PSP.
- Bagus dan terbaik – Norafidah binti Zulkifle, Pembantu Setiausaha Pejabat.
- Sangat baik – Rahayu Aziz, Setiausaha Pejabat N29.
- Baik – Cheria Anjie, Setiausaha Pejabat.
- Baik – Azlymawaty binti Ahmad, Setiausaha Pejabat.
- Sangat baik – Rohiza binti Mohamad Isa – Setiausaha Pejabat.
- Terbaik – Shuhada binti Omar, Setiausaha Pejabat.
- Sangat memuaskan – Syamsinar binti Md. Nor, Setiausaha Pejabat
- Mencapai piawaian – Tiada nama & jawatan
- Bagus, info yang baik – Ain Hanini bin Hasin, Setiausaha Pejabat.