Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Pada 7-9 Disember 2021.
Terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 sehingga 9 Disember 2021 bertempat di Bilik Hijrah Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini telah disertai oleh seramai 32 orang peserta yang merupakan kakitangan mewakili pelbagai jabatan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran protokol serta pengaplikasiannya amat penting untuk dipelajari oleh semua lapisan pekerja. Pengaplikasian ilmu protokol dan pengurusan majlis tidak semestinya berlaku semasa mengendalikan majlis, program dan perayaan tetapi turut digunapakai dalam melaksanakan tugasan harian. Pekerja yang memahami dan mempraktikkan ilmu protokol dan pengurusan majlis akan dapat menjalankan tugasan berkaitan pengurusan majlis dengan cemerlang. Pengalaman dan pendedahan mengenai protokol dan pengurusan majlis rasmi akan bermanfaat bukan sahaja pada pekerja maha turut memberi manfaat dan keuntungan kepada organisasi. Seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.
Program ini adalah khusus untuk Pegawai Penyelaras, Liaison officer, Pegawai Projek, Pegawai Protokol serta petugas majlis yang lain bagi membantu mereka merancang, melaksana, menganjurkan dan menjalankan tugas serta peranan semasa majlis- majlis di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dengan berkesan. Program yang merangkumi 24 komponen penting yang MESTI diketahui, difahami serta diikuti berdasarkan ‘best practice’ dalam protokol majlis rasmi kerajaan. Kursus Protokol Dan Pengursan Majlis ini merangkumi aspek protokol majlis, aspek pengurusan majlis, aspek penganjuran majlis serta aspek pengendalian majlis peringkat kebangsaan.
Objektif utama Kursus Protokol Dan Pengursan Majlis ini diadakan adalah untuk:
- Memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol.
- Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai pengiring untuk menjalankan tugas dan mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis peringkat antarabangsa.
- Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab setiap penganjur, pengurus acara dan urus setia majlis.
- Meningkatkan keyakinan dalam menjalankan tugas semasa mengendalikan majlis rasmi.
- Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis.
- Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat; dan
- Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.
Pengisian Kursus Protokol Dan Pengursan Majlis memberi pendedahan, kefahaman dan kemahiran mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi kerajaan. Selain itu peserta diberi tugasan untuk mengurus dan menganjurkan sendiri majlis peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang dipilih.
Melalui kursus tiga hari ini para peserta akan berpeluang mempelajari perkara berikut:
Modul 1: Pengenalan Kepada Protokol Dan Pengurusan Majlis
Modul 2: Pengurusan Jemputan, Sambutan Dan Persiapan Protokol Majlis
Modul 3: Pengurusan Majlis Dan Panggilan Hormat
Modul 4: Hierarki Vvip Majlis
Modul 5: Susunan Tempat Duduk Vvip Dalam Majlis
Modul 6: Pegawai Protokol Dan Penyambut Tetamu
Modul 7: Adab Dan Etiket Di Alam Maya
Modul 8: Tatacara Berpakaian Dalam Majlis Rasmi
Modul 9: Etiket Sosial Dalam Majlis Dan Tugas Rasmi
Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap kontern dan penyampaain kami sepanjang tiga hari berlangsungnya Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmennt yang hebat sepnajang Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini berlangsung. Kami ucapkan selamat maju jaya dan dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah:
- Penceramah adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menyampaikan ceramah dan mempunyai kemahiran – Dayang Maslylah Awang Kachee
- Penceramah program kali ini sangat cemerlang dengan penyampaian ilmu yang sangat berguna dan baik, pengucapan yang padu – Mohd Raffly bin Samsudin – Pembantu Hal Ehwal Islam
- Awesome! Penyampaian topik yang jelas dan bermanfaat untuk peserta – peserta program – Sarimah Binti Lan – Pembantu Awam
- Cemerlang, penjelasan dan pendekatan yang sangat baik – Tasha Wahida Abd Wahid
- Keseluruhan terbaik dan mudah difahami – Roszawati sohasto – Pembantu Hal Ehwal Islam
- Penceramah sangat mesra, aktif, lawak dan cantik – Norfarhana Lee
- Berpuas hati, sangat memuaskan – Nur Idilah Jamirin – Pembantu Hal Ehwak Islam
- Cara penyampaian yang jelas – Zarina Emran – PPT
- Penyampaian yang terbaik – Norlela – PT
- Cemerlang – Firdaus Faizal Bin Karim – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
- Sangat cemerlang – Nurhuda Binti Ahmad – Pembantu Awam
- Sangat cemerlang – Anita Binti Musli
- Memuaskan – Nor Sharidah Kamal – Pembantu Hal Ehwal Islam
- Terbaik dan Memuaskan – Shazlina Abdul Rashid – Penolong Pengarah
- Sangat Cemerlang – Noralizawati Iskandar – Pembantu Awam
- Terbaik -Fazhul Abdul Asik – Pendaftar
- Terbaik – fatin Adillah – Penceramah bahagian Dakwah
- Terbaik , mantul – Zulfadhli Awang besar – Pembantu Hal Ehwal Islam
- Baik – Jadmin Bin Mohamed – Penolong Pengarah Kanan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protokol Dan Pengurusan Majlis ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga.