Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders Jakim 2022 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pada 26 Januari 2022.
Terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana di atas peluang dan kepercayaan kepada Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders Jakim 2022 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pada 26 Januari 2022.
Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders Jakim 2022 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini dilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan Xsplit Broadcaster. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 90 orang peserta yang terdiri daripada pimpinan JAKIM iaitu pegawai-pegawai gred 41-54 daripada pelbagai bahagian, iaitu daripada Bahagian Dakwah, Dasar Kemajuan Islam, Penyelidikan, Kewangan, Keurusetiaan & Hubungan Luar, Maqasid Syariah, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Halal, Pendidikan, Keluarga, Sosial dan Komuniti, Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Pengurusan Maklumat, Khidmat Pengurusan, Integriti, Masjid Negara, Masjid Putra, JAWHAR, Jakim Sabah, IPDAS dan IKMAS.
Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Objektif utama kursus pemantapan imej profesional dan etiket sosial for leaders JAKIM 2022 adalah untuk meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders JAKIM 2022 selama satu hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan kepada Imej dan Penjenamaan
- Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
- Modul 4: Etiket Sosial dan Profesional
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders JAKIM 2022 ini.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders JAKIM 2022 ini:
- Secara keseluruhannya penceramah dan program sangat menarik dan informatif – Mohd Arif Bin Sapee – Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM
- Sangat menarik dan tidak bosan. Cerita yang santai tapi sampai maksudnya – Wan Nadiah Binti Zulkhefli – Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian Pengurusan Halal
- Kursus adalah terbaik dan harus diadakan lagi sebagai refresher course – Awang Hasnan Bin Awang Mostapa – Ketua Penolong Pengarah, BPSM JAKIM
- Penceramah terbaik. Penerangan yang mendalam dan mudah difahami – Mohamed Nor Fandi Ahmad Zainal Bin Abdullah – Bahagian Penyiaran JAKIM
- Penceramah menyampaikan informasi dengan penuh keyakinan – Syuhada Binti Chek Hashim – Penolong Pengarah/Seksyen Berita Ehwal Semasa Bahagian Penyiaran JAKIM
- Tahniah dan banyak memberi input yang boleh dipraktikkan – Rosdam Hanabi bin Mohamed – Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam
- Alhamdulillah, baik dan menambahkan pengetahuan diri – Faizah Binti Mohd Abd Shukur – Penolong Pengarah/Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM
- Sangat bagus dan wajar diteruskan bagi siri-siri berikutnya – Nurul Hafizah binti Muhamad Mokhtar – Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
- Keseluruhan adalah sangat baik dan kalau bersemuka lagi baik – Hassan Alfadhli Bin Abdul Rahman – Pegawai Hal Ehwal Islam, Masjid Negara
- Baik dan penceramah menyampaikan info dengan jelas – Nurulhidayah Binti Zawawi – Akauntan, Kewangan
- Penceramah sangat berinformatif dan bertenaga – Mohamed Ismail Bin Mohamed Yusof – Penolong Pengarah Kanan, Darul Quran JAKIM
- Kursus ini harus dijadikan modul kursus asas pegawai – Mohd Naim Bin Mustafa – Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Syariah
- Sangat berpengalaman dan mencapai objektif – Naim Sidqi Bin Mustaffa – Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM
- Penyampaian yang jelas dan mudah difahami – Hazwani Binti Muhamed Hanafi – Penolong Pengarah, Masjid Putra
- Berpengetahuan dan berpengalaman luas – Mohammad Asri Bin Yushaidi – Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan
- Bijak mengendalikan program kursus – Rosmawati Binti Ab Rahman – Penerbit Rancangan, Jakim/ Penyiaran/ UMD
- Penceramah dan program yang hebat – Norhasni Binti Sariff – Akauntan/Bahagian Kewangan
- Sangat membantu penjawat awam – Kamarul Nizal Bin Idris – Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti
- Terbaik sangat jelas penerangan – Noor Farhana Binti Mohd Fadzil – Penerbit Rancangan/Bahagian Penyiatan JAKIM
- Sangat bermanfaat dan menarik – Nor Azamir Bin Hj Alias – Imam Besar MTMZA/Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
- Terbaik dan perlu diteruskan – Noor Haliza Ali – Ketua Penolong Pengarah, Bhg KSK
- Sangat baik dan memuaskan – Norhayati Zainudin – Penolong Pengarah JAKIM, BKHL
- Anda memang terbaik – Nor Shaidayani Binti Samah – Penolong Pengarah Kanan/Bahagian Maqasid Syariah
- Sangat berpengalaman – Dygku Ezharrinna Binti Awgku Matarsat – Pegawai Hal Ehwal Islam/(COS), Cawangan Akademik
- Sangat bagus – Azizatul Akma Binti Ahmad Yassin – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kewangan
- Cemerlang – Ahmad Termizi Bin Zainudin – Jakim, Dakwah, Masjid Putra Putrajaya
- Cemerlang – Mohammad Zaki Bin Yahpar – Penolong Pengarah Kanan, Dakwah
- Terbaik – Mohd Rizal Bin Kadis – Penolong Pengarah Kanan/BPM
- Terbaik! – Nik Hazama Bt Nik Abdullah – Penolong Pengarah/Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bagus – Husairy bin Sapiei – Pengarah, Bah Pengurusan Sumber Manusia
- Baik – Mohamad Shafiq Bin Abdullah – BPSM
- Baik – Ahlami Abdullah Akhili – KSK JAKIM
- Baik – Khairul Asyraf Bin Ahmad – Masjid Negara
- Baik – Radzi bin Kamaludin – BDKI, Jakim
- Baik – Rahimah Binti Kifli – Pen.Peg Hal Ehwal Islam Unit Penyelidikan JAKIM Sabah
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional Dan Etiket Sosial For Leaders ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.