Kursus Pemandu : Nilai Etika Dan Protokol
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengendalikan Program Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol pada 12 hingga 13 Oktober 2019 di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Program Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol ini.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Program Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta di mana majoriti peserta merupakan para pemandu memahami konsep dan mengaplikasikan etiket kerja dan etiket sosial dengan baik. Antaranya ialah peserta perlu memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bekerja, mengamalkan adab komunikasi profesional merangkumi postur tubuh dan body language yang sesuai, nada suara dan pemilihan perkataan dan skrip yang tepat dan profesional mengikut urusan kerja dan dengan siapa mereka berurusan.
Selain daripada itu, objektif Kursus Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol ini adalah seperti berikut:
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana mereka bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian yang sesuai dalam penampilan mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial, komunikasi profesional dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Program Pemandu: Nilai Etika Dan Protokol ini :
- Program yang sangat baik – Irwan Shah – Pemandu
- Sempoi dan terbaik – Yazri Jamir – Pembantu Tadbir
- Keseluruhannya boleh diterima untuk dipraktikkan – Azhari – Pembantu Operasi
- Penceramah sangat ok dan berpengetahuan dalam bidang yang disampaikan – Syed Iswandee – Pembantu Tadbir
- Mesra dan seorang yang berpengalaman – Norzilawati – Pembantu Awam
- Bagus dan patut diteruskan – Nik Abdul – Pembantu Operasi
- Terbaik – Shahril – Pemandu
- Terbaik – Jamiah – Pembantu Tadbir
- Terbaik – Rosmime Aziz – Pembantu Tadbir
- Bagus – Mohd Rizar – Pemandu
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemandu : Nilai Etika Dan Protokol ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!