Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional Anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pada 30 – 31 Mei 2022
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua hari bertempat di Dewan Kuliah Freesia, Pusat Latihan AADK Sungai Petani, Kedah. Kursus ini dihadiri oleh seramai 37 orang peserta daripada pelbagai jabatan seperti Puspen Bachok, Puspen Bukit Mertajam, Puspen Kota Bharu, AADK Daerah Mersing, Puspen Gambang, Puspen Jerantut, Puspen Dengkil, Puspen Batu Kurau, Puspen Muar, Puspen Serendah, AADK Daerah Putrajaya, AADK Negeri Kedah, AADK Negeri Pahang, AADK Negeri Perlis, AADK Daerah Besut, AADK Daerah Marang, AADK Daerah Dungun, AADK Daerah Hulu Terengganu, Puspen Tampin, Puspen Jeli, Puspen Serdang, Puspen Sepang, Puspen Raub, Puspen Tiang Dua, Puspen Karangan, Puspen Perlop, Puspen Kota Tinggi Dan Pusat Latihan AADK Sungai Petani.
Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Objektif utama Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan ini adalah untuk meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:
- Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Dan Penjenamaan
- Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
- Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
- Modul 4: Teknik Dan Tips Berpakaian
- Modul 5: Etiket Komunikasi Profesional
- Modul 6: Etiket Sosial
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Terima kasih kepada Anti Dadah Kebangsaan di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk Mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 30 – 31 Mei 2022 bertempat di Dewan Kuliah Freesia, Pusat Latihan AADK, Sungai Petani Kedah. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini:
- Terbaik 20890 bintang! – Mohd Rani Bin Mohd Nor – Aadk Daerah Besut
- Bagus, cara penyampaian sangat menusuk kalbu – Fazalina Binti Osman – Aadk Negeri Kedah
- Penceramah sangat mesra dan menyampaikan dengan jelas dan mudah difahami/program ini sangat membantu bagi saya membuat perubahan bagi imej saya – Siti Aminah Binti Hamdan – Puspen Raub
- Penceramah menyampaikan ceramah dengan baik dan santai dan dapat menarik minat audience – Norhaida Binti Hassan – Puspen Serdang
- Penceramah menyampaikan maklumat dengan jelas dan mudah difahami – Nur Shafiza Binti Mokhtar– Aadk Negeri Kedah
- Terbaik habis – Muhammad Amrie Firdaus Bin Shaari – AADK Dungun
- Penceramah sangat berpengalaman dan menerangkan keseluruhan tajuk dengan baik – Wan Zawiah Binti Wan Ali @ Wan Ariffin – Aadk Daerah Mersing
- Kandungan ceramah dan program amat baik – Mohd Asparehan Bin Sanat – Puspen Muar
- Secara kesulurahannya sangat memuaskan – Noraini Binti Azmi – Puspen Karangan
- Terbaik dan berpengatahuan luas serta penyampaian yang jelas – Noorhisyamudin Bin Ismail – Puspen Kota Bharu
- Penceramah sangat kreatif dalam menyampaikan ceramah – Hurul Ra’eina Binti Azizan – Puspen Jelebu
- Terbaik dan cukup memuaskan – Ravi Munusamy – Puspen Muar
- Cemerlang – Mohd Nizam Bin Musa – Aadk Dearah Kota Bharu
- Mantap – Norizwan Bin Sulaiman – Puspen Kota Tinggi
- Terbaik – Wan Hisyam Bin Wan Yusof – Aadk Daerah Hulu Terengganu
- Baik – Mohd Azri Bin Abd Rahman – Puspen Dengkil
- Sangat Baik – Haszihan Bin Adi Munir – Puspen Batu Kurau
- Amat efektif dan santai dalam penyampaian input-input di dalam kursus – Wan Mohd Kaswadi Bin Wan Talib – Aadk Daerah Besut
- Program yang sangat bagus – Nurul Ain Binti Abdul Ghani – Aadk Negeri Pahang
- Penceramah menyampaikan segala maklumat dengan lengkap – Nor Hayati Binti Mahiddin – Puspen Bachok
- Sangat terbaik! – Nur Mursieda Binti Idrus – Aadk Negeri Perlis
- Baik – Arimi Nusukin Bin Azman – Puspen Sepang
- Terbaik – Mohd Fairus Bin Isa – Puspen Jeli
- Baik – Hayati Binti Abu Hashim – Puspen Gambang
- Cemerlang – Rosmaedy Bin Rashid – Aadk Daerah Marang
- Penyampaian jelas dan mudah difahami – Ahmad Firzee Bin Mohammed – Puspen Tiang Dua
- Baik – Mohd Zaffry Bin Ab Ghafar – Puspen Serendah
- Baik – Ravichandran A/L Ramakrishna – Puspen Bukit Mertajam
- Menarik dan jelas – Suzilawati Binti Maudin – Puspen Serdang
- Baik, ceramah secara jelas, mudah faham – Azrin Rozaini Bin Md Sarip – PuspenKota Tinggi
- Sangat membantu – Azliana Binti Embong – Puspen Gambang
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Ketrampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.