Kursus Enhancing Your Professional Image Suruhanjaya Tenaga Pada 27 September 2021

Kursus Enhancing Your Professional Image Suruhanjaya Tenaga Pada 27 September 2021

Bersyukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Tenaga kerana sudi melantik Perunding Imej Malaysia  bagi mengendalikan Kursus Enhancing Your Professional Image pada 27 September 2021.

Kursus ini berlangsung secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom Meeting. Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 80 orang pegawai-pegawai Suruhanjaya Tenaga iaitu Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Timbalan Pengarah, Pengarah, Eksekutif, Pegawai Khas, Pengarah Kawasan, Penolong Pentadbiran, Timbalan Pengarah Kanan, Setiausaha Kanan, Juruteknik Kanan, Pembantu Khidmat Pelanggan, Penolong Pentadbiran Kanan dan Juruteknik Suruhanjaya Tenaga dari seluruh Malaysia.

Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Penceramah sangat profesional, sangat berpengetahuan dan mesra yang mana menyebabkan kami rasa selesa untuk bertanya apa sahaja. Sharing yang sangat menarik, terima kasih Puan dan team”, – Siti Muna Liza Hassanushi – Penolong Pentadbiran Unit Latihan & Pembangunan, JPK

 

Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Sangat bangus dan membantu dalam membaiki penampilan,” – Nor Hafizah Mat Jamil – Juruteknik Unit Pengurusan Maklumat dan Teknologi

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap imej organisasi. Profesionalisme dapat dilihat semasa kerja dilakukan dan cara tugas dijalankan. Profesionalisme adalah lebih luas daripada kelayakan, pengetahuan dan pengalaman yang ada. Profesionalisme termasuklah juga imej keseluruhan yang kita tampilkan. Profesionalisme kelihatan bukan sahaja daripada segi intelektualiti, malah dari segi visual. Melalui penampilan yang profesional, kita dapat memaparkan imej korporat yang positif dan ia memberi mesej yang tepat tentang diri kita, profesion dan organisasi yang kita wakili. Sama ada kita masih lagi memanjat tangga korporat atau sudah berada di puncak, cara kita berpakaian dan imej organisasi yang kita wakili sangat berkait rapat, dan ia adalah salah satu faktor yang penting yang akan menentukan reputasi diri kita dan organisasi kita.

Objektif utama kursus enhancing your professional image adalah untuk meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Selain itu, melalui kursus ini para pegawai akan dapat mempertingkatkan lagi imej mereka secara profesional yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi. Di akhir kursus ini, para peserta akan menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi, serta memahami perubahan dan transformasi dalam imej profesional terutamanya di era pandemik dan norma baharu serta mengetahui kesan langsung imej dan jenama diri terhadap reputasi organisasi.

Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Sangat baik, interaktif, bersahaja dan tidak membosankan peserta kursus”, – Mohd Erwan Bin Mohd Lizan – Penolong Pengarah Unit Kekompetenan Elektrik, JKSK
Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Sangat bagus dan membantu dalam membaiki penampilan,” – Nor Hafizah Mat Jamil – Juruteknik Unit Pengurusan Maklumat dan Teknologi

 

Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Penceramah mempunyai pengetahuan luas berkenaan bidang dan etika penampilan imej,” – Muhamad Ifwan Bin Mohd Rais – Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Dan Pembangunan Industri

 

Para peserta juga dapat mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis/acara dan tempat. Para peserta juga dapat mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional. Para peserta juga dapat mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama satu hari ini ialah:

  • Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan
  • Memahami Gaya Personaliti Diri
  • Tips Bagaimana Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional

Besar harapan kami agar ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu meningkatkan imej profesional setiap peserta yang menyertai kusus ini. Sambutan baik yang diberikan oleh para peserta membuatkan kami yakin bahawa setiap peserta mempunyai kesungguhan dan semangat yang tinggi dalam menambahbaik keterampilan dan imej diri bagi melaksanakan tugasan dengan amanah dan sempurna.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Penceramah menyampaikan ceramah dengan menarik, suara jelas dan mudah difahami”, – Nor Shamssaturnnaha Binti Ariffin – Penolong Pengarah St Negeri Pahang
Kursus Enhancing Your Professional Image Perunding Imej
“Bagus dan memberi pengetahuan gaya penjawat awam – Nazlin Bte Ab Alim Sidiki,” – Pengarah Kawasan St Negeri Johor, JPOK
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Enhancing Your Professional Image ini:
1. Penceramah sangat profesional, sangat berpengetahuan dan mesra yang mana menyebabkan kami rasa selesa untuk bertanya apa sahaja. Sharing yang sangat menarik, terima kasih Puan dan teams – Siti Muna Liza Hassanushi – Penolong Pentadbiran Unit Latihan & Pembangunan, JPK
2. Penceramah interaktif dan menjawab soalan – soalan yang diajukan dengan baik –
Nurul Faridza bt Hamdan – Penolong Pengarah Unit Pembangunan Rangka Kerja
Undang-Undang
3.Penyampaian dan contoh yang jelas – Shaliza Binti Ibrahim – Penolong Pentadbiran/
NE2 Unit Pengurusan Maklumat & Teknologi
4.Sangat baik, interaktif, bersahaja dan tidak membosankan peserta kursus – Mohd
Erwan Bin Mohd Lizan – Penolong Pengarah Unit Kekompetenan Elektrik, JKSK
5.Sangat bagus dan membantu dalam membaiki penampilan – Nor Hafizah Mat Jamil – Juruteknik Unit Pengurusan Maklumat dan Teknologi
7.Penyampaian ceramah yang menarik dan mudah difahami – Adi Azlinda Binti Ramlee
@ Mustafa – Penolong Pengarah Jabatan Undang-Undang/Unit Pendakwaan
8.Penceramah mempunyai pengetahuan luas berkenaan bidang dan etika penampilan imej – Muhamad Ifwan Bin Mohd Rais – Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Dan Pembangunan Industri
9.Penceramah menyampaikan ceramah dengan menarik, suara jelas dan mudah
difahami – Nor Shamssaturnnaha Binti Ariffin – Penolong Pengarah St Negeri Pahang
10.Penceramah informative – Ir. Joanna Lenta Samana – Penolong Pengara Jabatan Perancangan & Pembangunan Industri
11.Terbaik – Muhamad Hilman Bin Roselan – Penolong Pengarah Unit Pembangunan
Keselamatan Elektrik/Gas
12.Penyampaian yang jelas dan tidak membosankan – Hazliyana Binti Mohd Tanzizi – E6 JPPI/URE
13.Hebat – Imaduddin Bin Mohd Firdaus – Juruteknik Jabatan Penguatkuasaan Operasi
Dan Kawasan
14.Penyampaian yang baik – Ir Ahmad Nornadzmi Dzulkarnain – Timbalan Pengarah
(KUP) JPKS/Unit Pengurusan Prestasi Korporat
15.Menarik – Najihah – Penolong Pengarah Jabatan Perancangan & Pembangunan Industri
16.Separuh hari agak singkat – Hajar Atikah Binti Abdul Rais – Penolong Pengarah/E7
Unit Perolehan Kapasiti Tenaga Boleh Baharu
17.Mohon untuk tambahkan lagi masa kursus – Muhamad Zamri Bin Roslan – Penolong
Pentadbiran / NE2 Jabatan Penguatkuasaan Dan Operasi
18.Terbaik – Mohd Yusrul Bin Yusof – Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan dan
Komunikasi Strategik
19.Bagus – Noor Hazwani Ghazali – Penolong Pengarah Unit Penerbitan
20.Bagus dan memberi pengetahuan gaya penjawat awam – Nazlin Bte Ab Alim Sidiki – Pengarah Kawasan St Negeri Johor, JPOK
21.Bagus – Muhammad Hasanol Bin Mustafa – Penolong Pengarah / E6 JPOK (Pej. Kaw. Negeri Perak)
22.Professional – Eda Sofia Binti Othman – Penolong Pengarah Pej Kaw ST Pahang
23.Baik. Penjelasan yang jelas – Nur Waheeda Binti Wahab – Penolong Pengarah / E6
Unit Data Dan Penyelidikan Tenaga / Jabatan Perancangan Dan Komunikasi
Strategik
24.Sangat bagus, penceramah terbaik – Sumayyah Binti Fauzi- Penolong Pengarah
Pejabat Setiausaha
25.Info yang diberikan bermanfaat untuk diri – Wan Muhammad Fahmi Bin Ahmad
Saburi – E7 Pejabat Kawasan Pantai Timur Sabah
26.Jelas dan baik – Che Wan Mohd Allariff Bin Che Wan Abdul Raffar – E8 Pantai Timur
27.Baik – Khairul Anwar Bin A Razak – Pen. Pengarah Kanan / E5 Jab. Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan Suruhanjaya Tenaga
28.Baik – Nur Azam Bin Kamarudin – Penolong Pengarah E6 Jabatan Undang-Undang /
Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta di atas maklumbalas yang amat positif terhadap pengendalian kursus ini. Semoga segala ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada semua peserta dan pihak Suruhanjaya Tenaga secara keseluruhannya, dan kami daripada Tim Perunding Imej Malaysia mendoakan kejayaan yang cemerlang buat semua, in sha Allah amin.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Enhancing Your Professional Image ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Tuesday, September 28th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments