Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

 

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia berjaya mengendalikan Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri anjuran Hospital Orang Asli Gombak  pada 14 Oktober 2021 yang lalu. Terima kasih kepada pihak Hospital Orang Asli Gombak di atas jemputan dan peluang untuk kami menegndalikan Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri ini.

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri inidilaksanakan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan Xsplit Broadcaster. Kursus ini telah disertai oleh 64 orang warga kerja Hospital Orang Asli Gombak dari pelbagai unit dan jawatan. Antaranya ialah staf daripada Unit Pesakit Luar, Wad Paediatrik, Unit Kejururawatan, Unit Kesihatan Awam, Unit Kecemasan, Unit Makmal, Unit Kesihatan Ibu & Anak, Wad Umum Perempuan, Wad Umum Lelaki, Unit Radiologi, Unit Farmasi, Unit Pengurusan, Wad Obstetik, Unit Kenderaan, Unit Rekod, Unit Pergigian dan Unit Sucihama.

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

 

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

Selain itu, keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Walaubagaimana pun, keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Objektif utama kursus budaya korporat dan keterampilan diri adalah untuk meningkatkan imej dan jenama professional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri selama satu hari ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Dan Penjenamaan
  • Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
  • Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
  • Modul 4: Etiket Sosial Dan Profesional

Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021 Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021 Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri Hospital Orang Asli Gombak Pada 14 Oktober 2021

 

Terima kasih kepada Hospital Orang Asli Gombak di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kami doakan semoga semua peseeta semakin berjaya dan cemerlang dalam melaksankan tugasan yang diamanahkan, in sha Allah. Perunding Imej Malaysia mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri ini:

  1. Penceramah secara keseluruhannya sangat informatif – Mohd Hanif Bin Senafi – Penolong PegawaiKesihatan Persekitaran /U32, Unit Kesihatan Awam
  2. Penceramah dan peserta berkomunikasi dengan baik dan memberi tips-tips yang berguna untukdiamalkan – Rosnita Binti Abd Majid – Pembantu Tadbir Kanan N22, Sumber Manusia & Latihan
  3. Ceramah yang jelas dan penuh dengan maklumat – Winson Kong Su Kim – Pembantu Kesihatan Awam/ U19, Unit Kpas
  4. Penyampaian yang sangat bertenaga dan penyampaian mudah difahami – Anisa Binti Ripah – Jururawat U29 Unit Pesakit Luar
  5. Penceramah berpengalaman dalam bidang yang disampaikan – Ajlaa Binti A Rasid – Pegawai SainsPemakanan Unit Pemakanan.
  6. Penyampaian yang mudah difahami dan penceramah yang kelakar – Wan Noor Aisyah Binti Meor Sharzaman – Pembantu Tadbir N22 (TBK) Kewangan.
  7. Baik Dan Penerangan Yang Jelas – Roszita Binti Mohd Salleh – Jururawat Terlatih U29, Wad Tiga
  8. Bagus – Nor Diana Binti Abd Halim – Jururawat Terlatih U29, Wad Tiga
  9. Peramah dan ceria – Farra’aiina Binti Mohd Fauzi – Juruterapi Pergigian / U32 (TBK), Seksyen Pergigian
  10. Cemerlang – Zalina Binti Udin – Jururawat U36, Seksyen Pengurusan Kesihatan Awam Komuniti OrangAsli Hospital Orang Asli Gombak HOAG.
  11. Terbaik – Clark Kent Anak Setel – Pembantu Pembedahan Pergigian U19 Pergigian
  12. Terbaik – Azlin A/P Bah Katil – Pembantu Awam H11, Unit Pengurusan
  13. Terbaik – Siti Nor Hasliza Binti Asah – Jururawat U32 TBK Kawalan Infeksi
  14. Terbaik – Samsinar Hanim – Ketua Jururawat/ U32 Unit Kesihatan Ibu Dan Anak
  15. Terbaik – Nur Salehah Binti Ibrahim – Juruterapi Pergigian U29 Unit Pergigian
  16. Terbaik – Noraizam Bin Kardi – Pemandu H11, Unit Pergigian
  17. Terbaik – Nurfauzani Binti Riffin – Pembantu Tadbir (P/O) N22 (TBK1), Unit Sumber Manusia
  18. Terbaik Dan Mudah Difahami – Nor Hazlina Binti Mohamad – Pembantu Tadbir N19, Unit Pentadbiran
  19. Sangat Baik – Misufinah A/P Said – Jururawat U29, Unit Kesihatan Ibu Dan Anak

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Budaya Korporat Dan Keterampilan Diri  ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Saturday, October 16th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments