Jenis Kasut Dan Mesej Anda

Terdapat sebuah kisah mengenai seorang guru sekolah rendah di England. Sekolah itu menerima kehadiran seorang guru lelaki baru. Beliau ditugaskan menjadi guru kelas murid-murid yang dianggap sederhana dan lemah. Semenjak beliau menjadi guru kelas itu, prestasi murid-muridnya naik mendadak dan tingkah laku mereka juga bertambah baik.

Perkara itu membingungkan guru besar sekolah tersebut. Beliau memerhatikan cara guru itu mengajar dan didapati caranya serupa sahaja dengan cara-cara yang biasa digunakan oleh guru-guru lain. Lama-kelamaan, barulah guru besar itu sedar bahawa kasut guru itu berbeza daripada kasut guru-guru lain.

Rupa-rupanya, murid-murid dalam kelas itu bertindak balas kepada kasut guru mereka! Kasut si guru membuat mereka lebih rajin belajar dan berperangai lebih baik. (Sumber cerita ini dari buku Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh-Ainon Mohd).

Bagaimana sepasang kasut yang dipakai boleh memberikan mesej dan mengakibatkan tindak balas yang berbeza daripada orang lain.

Seorang wanita boleh memakai baju kurung untuk pergi ke pejabat, dan boleh juga memakai baju kurung untuk ke pasar atau ke majlis perkahwinan. Apakah bezanya baju kurung ke pejabat dan baju kurung ke pasar dan ke majlis perkahwinan. (Saya akan menulis rencana berkenaan dengan Baju Kurung Dan Mesej Anda pada artikel akan datang).

Sudah tentu salah satu perkara yang membezakan mesej wanita itu sama ada formal atau tidak dan samaada beliau bersedia berurusan atau tidak adalah melalui jenis kasut yang dipakainya.

Screen Shot 2014-03-01 at 12.08.34 PM

Ciri-ciri kasut yang dipakai pada waktu formal adalah bertutup di bahagian hadapan dan belakang, berwarna gelap dan bertumit antara 1.5 inchi sehingga 2 inchi. Baju kurung yang boleh dikategorikan sebagai pakaian formal adalah baju kurung yang dipakai bersama kasut yang mengandungi ciri-ciri ini. Kasut ini dipanggil Pump Shoes. Di sesetengah organisasi, kasut jenis ‘Open Toe’ juga boleh dikategorikan sebagai formal.

Screen Shot 2014-03-01 at 12.09.00 PM

Selain daripada kasut ‘Pump’ dan ‘Open Toe’, jenis-jenis kasut yang lain dalam gambar di atas adalah kasut yang dipakai pada waktu santai (casual). Maka baju kurung yang dipakai bersama kasut-kasut selain daripada kasut Pump dan Open Toe dikategorikan sebagai santai (casual).

Jenis Kasut Dan Mesej Anda

Monday, February 10th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments