Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Profesional | ANGKASA | 27 – 28 September 2017

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita. 

Penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kemahiran dan teknik pengurusan majlis rasmi supaya lebih ramai pegawai dan kakitangan kementerian/ jabatan/agensi kerajaan, swasta, GLC, NGO dan sebagainya lebih yakin dalam pengurusan majlis rasmi kerajaan. Matlamat akhirnya ialah dapat menyediakan pegawai dan kakitangan yang berilmu dan berpengetahuan untuk menjalankan tugas tugas di setiap majlis rasmi yang dianjurkan dengan lancar, kemas dan tersusun.

kursus pengurusan majlis dan penampilan

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka kepada umum melalui cara penampilan termasuk pakaian, komunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

kursus pengurusan majlis dan penampilan

Imej dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Ada yang mengatakan bahawa penampilan diri seseorang kakitangan itu tidak penting dan tidak harus dijadikan ukuran untuk menilai kebolehan, pengalaman, kredibiliti dan kompentensinya dalam melakukan pekerjaannya, seperti pepatah yang mengatakan “Never judge a book by its cover”. Ini merupakan satu tanggapan yang tidak benar. Kita tahu kebolehan, bakat, kompetensi, nilai-nilai yang baik serta niat mulia kita. Namun bagaimana dengan orang lain yang berurusan dengan kita, yang mungkin baru mengenali diri kita untuk kali pertama, dan pertemuan itu hanya berlangsung dalam masa yang singkat?

kursus pengurusan majlis dan penampilan

Dalam kita berurusan dengan dunia yang mengelilingi diri kita, kita terpaksa berurusan dengan puluhan dan kadang-kala ratusan manusia setiap hari. Adakah mereka semua mampu menyelami kedudukan diri kita yang sebenar? Manusia-manusia inilah yang akan membuat tanggapan terhadap diri kita dalam tempoh pertemuan yang singkat itu. Jarang ada manusia yang terkecuali untuk tidak perlu memperdulikan apa tanggapan orang terhadap dirinya.

kursus pengurusan majlis dan penampilan

Pada 27-28 September 2017 yang lalu telah berlangsung Kursus Pengurusan Majlis Dan Penampilan Dalam Imej Profesional bersama warga ANGKASA. Selama dua hari Tim Perunding Imej Malaysia berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan Imej Profesional dan Pengurusan Majlis Rasmi. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang menjemput kami untuk berkongsi ilmu dan kepakaran, dan tahniah diucapkan kepada warga ANGKASA yang hadir dan komitmen yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu yang disampaikan menjadi satu titik tolak untuk para peserta yang hadir memantapkan penampilan profesional mereka seterusnya meletuskan potensi yang ada dalam diri untuk melonjakkan reputasi diri dan organisasi.

Antara perkara yang telah dipelajari oleh para peserta ialah teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis, panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat, nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk, mengetahui kesan langsung imej diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi, kesilapan-kesilapan dalam imej yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi, mengenalpasti kod pakaian (korporat, formal, separuh formal dan santai), mengikut masa, majlis dan tempat, serta mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.

kursus pengurusan majlis dan penampilan

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. “Penceramah kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej profesional ini amat berilmu.” – Azizul Zam Mohd Mokhtar
  2. “Pada pendapat saya kursus ini sangat terbaik!” – Nor Fatmahwati Hj Yaman
  3. “Penerangan yang diberikan oleh penceramah mudah difahami dan kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej profesional ini sememangnya sangat bermanfaat”. – Norreshida Mohd Kori
  4. “Penceramah kursus ini sangat baik dan mesra.” – Izan Faizin M. Hashim
  5. “Cara penyampaian penceramah di dalam kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej profesional adalah mudah dan jelas”.  – Darmiyanti Daud
  6. “Secara keseluruhannya, kursus ini sangat memuaskan.” – Maimunah Said
  7. “Pada pendapat saya, penceramah kursus pengurusan majlis dan penampilan dalam imej profesional ini peramah, bagus, dan berdedikasi.” – Marlia Rosli
  8. “Penceramah sangat berpengalaman dan mempunyai banyak pengetahuan”. – Ira Farhana

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, October 4th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments