Bengkel Komunikasi Berkesan | Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) | 19-20 Sept 2019

Bengkel Komunikasi Berkesan.

Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Bengkel Komunikasi Berkesan pada 19 & 20 September 2019, bertempat di Bilik Mesyuarat Avira bersama para peserta yang hadir dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dari seluruh Malaysia.

Bengkel Komunikasi Berkesan

Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut.

 

 

Bengkel Komunikasi Berkesan

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dan reputasi organisasinya.

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

 

 

Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Komunikasi yang berkesan dan harmoni dalam sesebuah organisasi sangat penting kerana ia mampu melancarkan proses kerja seterusnya sesuatu urusan akan menjadi efisien dan mencapai objektif organisasi.

 

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Kursus ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja. Kaedah penyampaian dalam kursus ini lebih kepada aktiviti-aktiviti latihan dan ‘role play’ malalui ‘study case’ yang diberi agar para peserta lebih memahami dan dapat terus mengaplikasikan segala teknik komunikasi yang disampaikan oleh penceramah.

 

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

 

Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.

Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej.  Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang.

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Bengkel Komunikasi Berkesan

Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, personaliti dan profesionalisme adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.

 

 

 

 

Setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang memberi kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Bengkel Komunikasi Berkesan ini. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen anda yang hebat dan luar biasa. Kami mendoakan agar setiap peserta yang hadir mampu mengaplikasikan segala ilmu dan teknik yang dikongsikan dengan konsisten agar mampu menyumbang dan memantapkan produktiviti syarikat serta melonjakkan reputasi serta keuntungan syarikat.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Bengkel Komunikasi Berkesan ini :

  1. Penceramah memberikan teknik-teknik serta contoh-contoh kes yang sangat membantu dan menarik  – Noorafizatulakhma – Pembantu Tadbir
  2. Pendekatan penceramah dengan peserta sangat baik dan interaksi yang berkesan, aktiviti yang dilakukan adalah tepat dengan situasi yang biasa dihadapi di jabatan – Norsarida – Pembantu Tadbir
  3. Penceramah sangat cemerlang penyampaiannya. Mudah faham dan sangat berkesan kepada saya – Halbiah – Pembantu Tadbir
  4. Sangat membantu dalam urusan kerja harian saya yang memang berhadapan dengan pelanggan di kaunter – Noradzlin – Pembantu Tadbir
  5. Penyampaian yang sangat jelas dan mudah difahami. Sangat baik keseluruhanya – Mohamad Azary – Pembantu Tadbir
  6. Penceramah adalah terbaik, program penuh dengan pengsisian dan bermanfaat – Radzwan – Pemandu
  7. Secara keseluruhan penceramah dan progam ini amat berkesan dan sangat bagus dalam proses komunikasi – Nik Rosni – Pembantu Tadbir
  8. Memang terbaik dan boleh diteruskan di jabatan/agensi yang lain – Rosmayuzi – Pembantu Tadbir
  9. Penceramah dan program keseluruhannya amat memuaskan – Siti Rahmah – Pembantu Tadbir
  10. Amat memuaskan dan banyak tips-tips untuk menghadapi situasi dengan pelanggan dan jalan penyelesaian dihuraikan – Fazilah – Pembantu Tadbir
  11. Sangat bagus dan berkesan – Mustafa Kamal  – Pembantu Operasi
  12. Berkesan dan mudah difahami – Nazuha – Pembantu Tadbir
  13. Penceramah menyampaikan maklumat dengan jelas dan menarik – Monica – N19
  14. Sangat baik dan ramah – Sujaiha – N19
  15. Baik dan memberangsangkan – Md. Nasri – Pemandu Kenderaan
  16. Terbaik – Muhammad Reezaimy – Pembantu Operasi
  17. Terbaik – Mohd Asri – Pembantu Tadbir
  18. Keseluruhan kursus bagus – Lorenia – N19
  19. Cara penyampaian yang tidak membosankan – Noorasmaliza – Pembantu Tadbir
  20. Bagus – Maznah – JPPM
  21. Bagus – Mohd Faiz – Pemandu
  22. Sangat baik dan jelas – Nordin – Pembantu Operasi
  23. Faham dan jelas – Abdul Jalil – Pemandu
  24. Baik – Elsie – Setiausaha Pejabat

 

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, September 21st, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments