Kursus Komunikasi Berkesan

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya.

 

OBJEKTIF

  • Menyedari kesilapan-kesilpan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan organisasinya
  • Memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan
  • Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional
  • Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi berkesan
  • Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pekerja, rakan dan juga pihak media
  • Mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif
  • Memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta teknik berkomunikasi dengan mereka
  • Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi diri dan organisasi.
  • Mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam kerjaya

 

 KAEDAH PENYAMPAIAN
  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Latihan praktikal
  • Persembahan video
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Berkesan
  • Modul 2 : Nada Dan Gaya Suara Dalam Meningkatkan Reputasi Individu
  • Modul 3: Laras Bahasa Dan Skrip Dalam Komunikasi Berkesan
  • Modul 4 : Mengenal 4 Gaya Komunikasi
  • Modul 5 : Teknik NLP Dalam Berkomunikasi – Teknik Yang Mampu Melonjakkan Kredibiliti Diri
  • Modul 6 : Kemahiran Bahasa Tubuh (Komunikasi Bukan Lisan)
  • Modul 7 : Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan
  • Modul 8 : Asas Pengucapan Awam

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Kursus Komunikasi Berkesan | IDR | 19 – 20 November 2016

 

Kursus Komunikasi Berkesan | Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor | 21 April 2016

.

Seminar Komunikasi, Etiket Sosial, Penampilan Diri & Protokol | KPKT | 25 Ogos 2015

 

Kursus Ketrampilan Diri & Komunikasi Berkesan | Persatuan Taska Negeri Sembilan | 20 Jun 2015

 

Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan | Kolej Poly-Tech Mara | 5-6 Julai 2014

 

kursus komunikasi berkesan
Kursus Protokol & Komunikasi Dalam Hubungan Manusia |Kementerian Luar Negeri Malaysia | 16-18 Mei 2014

 

.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification