Seminar Wanita Profesional : Anggun dan Profesional – Penampilan Wanita Berkeyakinan Pusat Islam & Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah pada 6 Ogos 2026

Seminar Wanita Profesional : Anggun dan Profesional – Penampilan Wanita Berkeyakinan anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 6 Ogos 2026

 

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan slot Anggun dan Profesional – Penampilan Wanita Berkeyakinan dalam Seminar Wanita Profesional anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 6 Ogos 2026 bertempat di Dewan Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan, Pahang.

 

 

Program ini telah menghimpunkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja UMPSA, peserta daripada agensi luar sekitar Pekan dan Kuantan, pesara serta suri rumah.

Sepanjang seminar, peserta didedahkan kepadabeberapa  elemen yang menjadi asas kepada pembentukan imej profesional seorang wanita:

-Imej Profesional – bagaimana penampilan membentuk persepsi dan reputasi individu serta organisasi,

-First Impression – memahami bahawa beberapa saat pertama sering menjadi penentu bagaimana seseorang dinilai sebelum sebarang urusan bermula.

-‘Checklist First Impression’ 7 Saat.

-Formula memilih dress code yang sesuai.

-Kesilapan paling biasa ketika memilih cutting pakaian mengikut bentuk tubuh.

-Formula memilih kasut, aksesori dan beg wanita.

-‘The Professional Checklist’ sebelum keluar rumah.

 

 

Antara mesej paling penting yang dikongsikan sepanjang seminar ialah bahawa pemilihan pakaian, aksesori dan warna yang tepat bukan sekadar memenuhi etika berpakaian, tetapi membantu seseorang memasuki sesuatu ruang dengan mesej yang tepat.

Kita tidak perlu kelihatan paling mahal untuk dihormati. Sebaliknya, kita perlu kelihatan sesuai, kemas, meyakinkan dan boleh dipercayai. Inilah bezanya antara sekadar berpakaian dengan membina imej profesional secara strategik.Peserta turut memahami bahawa setiap pilihan pakaian, warna, postur, senyuman, bahasa badan dan cara berkomunikasi sebenarnya menghantar mesej yang membentuk persepsi orang lain terhadap kompetensi dan kredibiliti diri.

Seperti yang dikongsikan dalam Seminar Wanita Profesional : Anggun dan Profesional – Penampilan Wanita Berkeyakinan ini;

“Sebelum kita sempat memperkenalkan diri, penampilan telah memperkenalkan kita terlebih dahulu.”

Hakikatnya, masyarakat bukan sekadar melihat apa yang kita pakai, tetapi mereka turut membina persepsi terhadap tahap profesionalisme, keyakinan, disiplin dan kebolehpercayaan berdasarkan penampilan yang dipersembahkan. Atas sebab itulah, penampilan profesional tidak seharusnya dilihat sebagai soal fesyen semata-mata, sebaliknya merupakan satu bentuk komunikasi bukan lisan yang mampu membuka peluang, membina keyakinan dan mengukuhkan reputasi.

 

Lebih daripada itu, seminar ini turut mengubah perspektif peserta bahawa anggun bukan bermaksud menarik perhatian, tetapi mampu menyerlahkan kewibawaan, kesantunan dan keyakinan diri secara profesional.

Sesungguhnya, penampilan yang profesional bukan bertujuan untuk menarik perhatian, tetapi untuk membina keyakinan dan kepercayaan. Apabila keyakinan hadir, komunikasi menjadi lebih berkesan, hubungan lebih mudah dibina dan kredibiliti semakin kukuh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia  dan Awaken Training & Consultancy Sdn. Bhd untuk berkongsi ilmu dalam program yang begitu bermakna ini.

Terima kasih juga kepada seluruh peserta atas komitmen, keterbukaan serta penglibatan aktif sepanjang seminar. Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi amal yang bermanfaat, membantu membentuk wanita yang bukan sahaja anggun dari sudut penampilan, malah tinggi nilai profesionalisme, diyakini, dihormati dan menjadi inspirasi kepada organisasi serta masyarakat.

Imej yang hebat bukan sekadar membuatkan orang memandang kita. Imej yang hebat membuatkan orang yakin kepada kita.

“Elevating Professional Image. Empowering Human Potential.”

 

 

Anda berminat untuk mengadakan Seminar Wanita Profesional : Anggun dan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

 

 

#SeminarWanitaProfesional

#SeminarAnggundanProfesional

#PenampilanWanitaBerkeyakinan

#KursusPemantapanImejProfesional

#KursusKeterampilanDiri

#ImejKorporat

#ProfessionalImage

#CorporateBranding

#EtiketProfesional

#CustomerServiceExcellence

#LeadershipPresence

#BuildingProfessionalImage

#PerpustakaanNegaraMalaysia

#HRDCClaimable

#HRDCorpTrainingProvider

#AwakenTrainingConsultancy

 

 

 

Saturday, August 8th, 2026
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments