Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Pusat Latihan KEMAS Melaka Pada 16-17 Oktober 2021

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Pusat Latihan KEMAS Melaka Pada 16-17 Oktober 2021.

Terima kasih kepada Pusat Latihan KEMAS Melaka diatas   peluang dan kepercayaan kepada Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial yang telah berlangsung secara maya dengan menggunakan platform online conferencing  iaitu aplikasi Zoom Meetingdan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming  . Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh 53 orang peserta yang merupakan kakitangan Pusat Latihan KEMAS dari seluruh Malaysia .

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Terima kasih kepada para penganjur. Program sangat berinformatif.”- Hanim Nur Dalilah Binti Yahaya-Personel Mystep Pendidik Masyarakat Tabika

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Penyampaian penceramah mudah difahami, jelas dan menarik dan program ini sangat bermanfaat dan perlu diadakan lagi.”-Amirah Binti Roslan-Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

 

Penjenamaan imej yang bersesuaian dan tepat adalah mudah apabila kita memahami dan jelas mengenai keperluan jawatan dan hala tuju karier serta organisasi kita, serta keupayaan kita untuk memadankan imej personal kita  dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Seterusnya, persepsi individu lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kepercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Penceramah yang sangat bersemangat dan berilmu, sentiasa memberikan jawapan yang bernas.”- Zakiah Binti Lamat- Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Sangat berpotensi dan bersesuaian dengan tajuk program”-Zaliha Binti Sahri-Pendidik Taska

 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik adalah aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan bertambah baik dan berkembang apabila memiliki personaliti yang profesional dari aspek penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional adalah amat penting bagi seorang pekerja kerana ia akan memberi impak langsung terhadap kepuasan pelanggan, justeru menyumbang kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi, dalam konteks dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Sebaliknya bukan hanya didefinisikan sebagai tatacara berpakaian, paras rupa atau pun fizikal seseorang individu.

Kursus Negotiation: Winning Strategies Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Pada 25-27 Oktober 2021
“Perkongsian yang baik”-Marzulfidah Binti Omar -Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Penceramah yang hebat serta penganjur dan urusetia yang terbaik”-Noor Zailawati Binti Mohamad Suandi.-Ppmk Pkem

Etiket sosial dapat didefinisikan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang amat signifikan terutama aspek penampilan diri. Pemerhatian menghasilkan tanggapan, tanggapan yang wujud hasil dari pemerhatian pertama mencetuskan persepsi pertama. Perlakuan yang ditonton menghasilkan tanggapan pertama yang akan menggambarkan kepribadian seseorang. Pada amnya, etiket terbahagi kepada etiket dalam pergaulan, etiket berpakaian dan etiket makan. Dalam dunia professional, etiket berpakaian dan etiket pergaulan adalah sangat penting. Pemerhatian terhadap pakaian, warna dan gaya akan memberi kesan kepada seseorang. Maka etika berpakaian seperti pakaian rasmi dan tidak rasmi, warna dan hias dandan perlu dipelajari oleh setiap individu yang berkerjaya .

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Terima kasih kepada para penganjur. Program sangat berinformatif,”- Hanim Nur Dalilah Binti Yahaya-Personel Mystep Pendidik Masyarakat Tabika

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Awesome”-Samsiah Binti Ramthan-Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak

 

Objektif Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini diadakan bagi meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya.

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam  Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini ialah:

Modul 1: Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan

Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri

Modul 3: Memahami Gaya Personaliti Diri

Modul 4: Pengaruh Warna Dalam Imej Dan Penampilan

Modul 5: Teknik Dan Tip Berpakaian

Modu 6: Etiket Komunikasi Profesional

Modul 7: Etiket Sosial Dan Profesional

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
“Sangat bermanfaat”-Noor Anim Amilia Binti Ramli-Pendidik Masyarakat Taska

 

Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pada 16-17 Oktober 2021
Terbaik kedua-dua penceramah”-Nurlaila Izwin Binti Jumiran -Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

 

Alhamdulillah kami bersyukur di atas sambutan serta maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami sepanjang dua berlangsungnya Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini.

Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitment yang hebat sepanjang Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini berlangsung. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial anjuran Pusat Latihan KEMAS Melaka ini:

 

  1. Penyampaian penceramah mudah difahami, jelas dan menarik dan program ini sangat bermanfaat dan perlu diadakan lagi.-Amirah Binti Roslan-Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  2. Penceramah yang sangat bersemangat dan berilmu, sentiasa memberikan jawapan yang bernas.-Zakiah Binti Lamat- Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan
  3. Terbaik kedua-dua penceramah-Nurlaila Izwin Binti Jumiran -Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  4. Sangat berpotensi dan bersesuaian dengan tajuk program-Zaliha Binti Sahri-Pendidik Taska
  5. Penceramah yang hebat serta penganjur dan urusetia yang terbaik-Noor Zailawati Binti Mohamad Suandi-Ppmk Pkem
  6. Perkongsian yang baik-Marzulfidah Binti Omar -Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  7. Terima kasih kepada para penganjur. Program sangat berinformatif- Hanim Nur Dalilah Binti Yahaya-Personel Mystep Pendidik Masyarakat Tabika
  8. Saya dapat manfaat dan ilmu pengetahuan – Azera Binti Zanibar-Pembantu Penyediaan Makanan
  9. Sangat berpotensi dan sesuai dengan tajuk-Zaliha Binti Sahri-Pendidik Taska
  10. Sangat bermanfaat-Noor Anim Amilia Binti Ramli-Pendidik Masyarakat Taska
  11. Sangat okey -Nurhidayah Binti Kasmin-Pendidik Masyarakat Taska
  12. Sangat baik.-Suzy Binti Amat @ Adnin -Pendidik Masyarakat
  13. Sangat baik-Norhyati Binti Yatim -Pembantu Pembangunan Masyarakat
  14. Awesome-Samsiah Binti Ramthan-Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  15. Terbaik -Norfaedayu Binti Sulaiman -Penolong Pegawai Pak
  16. Terbaik -Rosani Binti Ham- Pendidik Masyarakat Tabika
  17. Terbaik-Zaimah Binti Hairan-Penolong  Pegawai Pembangunan Masyarakat
  18. Terbaik-Muhammad Nurhisham Bin Zali-Penolong Pegawai Pak
  19. Terbaik -Fatimah Musliha Binti Mislan-Penolong Pegawai Pembanggunan Masyarakat Tabika
  20. Bagus-Junaidah Binti Mohamad-Pembantu Pemaju Masyarakat Pendidikan Jahitan
  21. Baik.-Nur Faezah Binti Mohd Idris-Pendidik Masyarakat Tabika
  22. Baik-Sazwana Binti Sazali-Pendidik Masyarakat

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga.

 

Monday, October 18th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments