Kursus Keterampilan Usahawan Pertanian anjuran Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor telah berlangsung pada 11 November 2021 di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.
Alhamdulillah , pada 11 November 2021 yang lalu Perunding Imej Malaysia telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Usahawan Pertanian yang telah berlangsung di Bilik Kuliah, Pusat Latihan Pertanian Kalumpang. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan pengusaha sekitar daerah Hulu Selangor serta para pegawai Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Selangor.
Keterampilan diri dan personaliti seorang usahawan yang menarik merupakan aset bernilai dan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Reputasi perniagaan boleh meningkat dan berkembang apabila seseorang ahli perniagaan itu mempunyai personaliti yang positif dan profesional termasuklah daripada segi penampilan, etika dan komunikasinya. Personaliti yang menarik dan positif bagi seorang usahawan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah perniagaan.
Personaliti diri seseorang usahawan yang profesional dan hebat bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi perniagaannya. Program ini bertujuan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan para usahawan jahitan dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Modul yang dirangka merangkumi teknik penampilan, gaya personaliti diri, teknik pemilihan warna serta adab dan etiket dalam komunikasi profesional.
Kursus ini diadakan bagi meningkatkan imej dan jenama profesional usahawan dan pengusaha pertanian dengan membantu para peserta memantapkan keterampilan diri, personaliti, gaya komunikasi dan etiket sosial.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus ini ialah:
Modul 1: Pengenalan Kepada Imej dan Penjenamaan
Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
Semoga Kursus Keterampilan Usahawan Pertanian ini dapat memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi keterampilan diri para peserta yang terlibat. In sha Allah semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir dan ianya dapat dikongsikan kepada para pekerja mahupun rakan usahawan yang lain.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan berjaya dalam perniagaan yang diceburi, semakin mantap dan terus terbang tinggi dalam industri serta memberi impak kepada ekonomi dan sosial masyarakat, in sha Allah.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Keterampilan Usahawan Pertanian anjuran Jabatan Pertanian Hulu Selangor ini:
Terima kasih kepada Pejabat Pertanian Hulu Selangor di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan Kursus Keterampilan Diri ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen yang hebat dan penglibatan aktif sepanjang kursus.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Keterampilan Usahawan Pertanian ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!