Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya Pada 23 November 2021

Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya Pada 23 November 2021

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Pemantapan Imej Profesional anjuran Universiti Malaya bersama warga kerja dari pelbagai bahagian dan unit Universiti Malaya, secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Terima kasih kepada Syarikat Jitu Padu Engineering dan Universiti Malaya di atas jemputan dan peluang untuk Perunding Imej Malaysia berkongsi ilmu berkenaan Pemantapan Imej Profesional ini.

Kursus yang berlangsung selama satu hari ini telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan lapisan peserta, antaranya ialah Pegawai Penyelidik, Ketua Penolong Pendaftar, Penolong Jurutera, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pegawai Penyelidik Sosial, Pembantu Tadbir (Kewangan) dan Pegawai Dietetik, Setiausaha Pejabat, Juruteknologi Makmal Perubatan Pembantu Pustakawan, Pembantu Operasi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pembantu Awam, Pengawal Keselamatan, , Pemandu Kenderaan,  Pembantu AM Pejabat dan Pembantu Tadbir.

Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya
“Kursus yang paling best pernah saya sertai dan sangat bermanfaat. Banyak ilmu yang telah dikongsikan. Kursus tak membosankan. Keep it up. Good speaker dan presentation sangat tersusun dan menarik,” – SITI Nurul Nazira Binti Muhammad Yusof – Pembantu Tadbir (Kewangan), Bahagian Pengurusan Insan, Jabatan Pendaftar

 

Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya Pada 24 November 2021
“Sangat memuaskan. Maklumat yang disampaikan adalah sangat membantu untuk kita memperbaiki imej dan ketrampilan diri untuk memantapkan imej seorang yang profesional terutama di pejabat,” – Noorfaizah Binti Silin – Pembantu Tadbir P/O, Fakulti Pergigian

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka. Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.

Walaubagaimana pun, personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

 

Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya Pada 24 November 2021
“Penceramah memang pakar dalam bidang beliau dan program ini amat sesuai bagi hampir semua profesion,” – Ayu Monyra Binti Mokhtar – Setiausaha Pejabat, Fakulti Seni Kreatif

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pemantapan Imej Profesional selama satu hari ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Dan Penjenamaan
  • Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
  • Modul 3: Membina Penampilan Yang Rapi Dan Profesional
  • Modul 4: Etiket Sosial Dan Profesional

Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen yang hebat dan penglibatan aktif sepanjang webinar ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam kursus ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya oleh setiap yang hadir dalam membantu meningkatkan keterampilan diri dan kualiti kerja serta dapat dikongsikan dengan warga kerja yang lain.

Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya Pada 24 November 2021
“Sangat memuaskan. Maklumat yang disampaikan adalah sangat membantu untuk kita memperbaiki imej dan ketrampilan diri untuk memantapkan imej seorang yang profesional terutama di pejabat,” – Noorfaizah Binti Silin – Pembantu Tadbir P/O, Fakulti Pergigian

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Imej Profesional Universiti Malaya ini:

1. Kursus yang paling best pernah saya sertai dan sangat bermanfaat. Banyak ilmu yang telah dikongsikan. Kursus tak membosankan. Keep it up. Good speaker dan presentation sangat tersusun dan menarik – SITI Nurul Nazira Binti Muhammad Yusof – Pembantu Tadbir (Kewangan), Bahagian Pengurusan Insan, Jabatan Pendaftar
2. Penceramah nampak tegas tetapi kelakar dan penyampaian sampai dan mudah difahami, banyak info dan tip yang baru diketahui melalui kursus ini. Sangat bermanfaat dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Raihan – Suhaili Binti Suboh – Pegawai Dietetik, Fakulti Perubatan
3.Penceramah memang pakar dalam bidang beliau dan program ini amat sesuai bagi hampir semua profesion – Ayu Monyra Binti Mokhtar – Setiausaha Pejabat, Fakulti Seni Kreatif
4.Keseluruhan program ini sangat memberi kebaikan dan pendidikan yang berguna kepada semua staff dan penceramah juga menyampaikan dengan sangat baik serta ada komunikasi dua hala – Norasyida Omar – Penolong Pendaftar / ADEC .
5.Sangat memuaskan. Maklumat yang disampaikan adalah sangat membantu untuk kita memperbaiki imej dan ketrampilan diri untuk memantapkan imej seorang yang profesional terutama di pejabat – Noorfaizah Binti Silin – Pembantu Tadbir P/O, Fakulti Pergigian
6.Penceramah yang cerdas dan program yang mudah difahami – Nurrul Jannah Binti Md Yahaya – Penolong Pendaftar / ADEC
7.Penceramah memberi penyampaian maklumat sangat baik – Mohd Tarmidi Bin Ma’at – Pemandu Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
8.Penceramah amat berpengetahuan dalam topik yang diberi dan sangat interaktif – Noreena Bt Nordin – Pegawai Penyelidik Sosial / UM Halal Research Centre
9.Secara keseluruhan adalah baik dan senang difahami – Asinah Binti Abdul Rafar @ Arshad – Pembantu Am Pejabat, Kolej Kediaman Kesepuluh
10.Bagus dan memberi ilmu pengetahuan – Faris @ Mohamad Faiz Bin Mesnun – Pembantu Operasi,Klinik Kesihatan Universiti Malaya
11.Mesra dan mudah difahami – Mohd Noor Hizam B Wahid – Bahagian Hal Ehwal Pelajar
12.Bagus cara penyampaian dan interaktif seta menarik – Haryati Masilan – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Pejabat Dekan /FSKTM
13.Sangat berpengetahuan – Mohd Zahari Bin Mohd Rasidi – Penolong Jurutera, JPPHB
14.Bagus dan sangat memberi pengetahuan – Bunita Kumari A/P Hari Chand – Juruteknologi Makmal Perubatan, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan
15.Sangat menarik – Nor Asiah Bt Ahmad – Juruteknologi makmal, Pengimejan Bio Perubatan
16.Terbaik dan sangat bermanfaat – Noremi Mahusin – Pembantu Tadbir, Fakulti Perubatan

17.Terbaikkk – Nurulasyikin Abd Majid – Pembantu Tadbir, Pusat Asasi Sains

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Imej Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Saturday, November 27th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments