Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° Ke Arah Pengantarabangsaan | Pusat Islam Universiti Sains Malaysia | 21 September 2019

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pusat Islam Universiti Sains Malaysia untuk mengendalikan Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° Ke Arah Pengantarabangsaan pada 21 September 2019, Hotel Equatorial, Penang.

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Sekalung penghargaan kepada pihak Pusat Islam USM atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° Ke Arah Pengantarabangsaan ini kepada  para pegawai dan pembantu pegawai Pusat Islam Universiti Sains Malaysia.

 

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

 

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Seminar Perancangan Strategik & Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° Ke Arah Pengantarabangsaan ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

 

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

 

 

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

 

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° oleh Pusat Islam Universiti Sains Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pengajar dan pegawai tadbir diplomatik memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°  ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Pembangunan Imej Profesional 360° ini :

  1. Penyampaian kursus sangat berkesan – Mohd Mohsin Bin Sirun – Pegawai Hal Ehwal Islam
  2. Penceramah memang menguasai ilmu dalam pembangunan imej dan topik-topik yang dibicangkan – Jamaludin Bin Nayan – Penolong Pegawai Tadbir
  3. Berkebolehan, banyak ilmu – Hasliza Binti Jamaludin – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  4. Keseluruhanya sangat baik – Normah Binti Zainal Abidin –  Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  5. Penceramah terbaik, pandai bergurau dan berinteraksi dengan audience – Mohd Safre Bin Talib – Pembantu Hal Ehwal Islam
  6. Tempo yang baik. Tenang, suara yang lemak – Jumizah Binti Samsudin – Setiausaha Pejabat
  7. Berpengalaman dalam penyampaian tajuk – Khairul Azam Bin Nan@Adnan – Pembantu Hal Ehwal Islam
  8. Sangat baik melalui pengalaman yang luas – Mohd Razin Bin Rosely – Pembantu Hal Ehwal Islam
  9. Pendapat saya program ini amat sesuai – Samsul Amri Bin Ahmad – Pembantu Awam
  10. Memuaskan, jelas dan faham – Normiza Binti Daud – Pembantu Hal Ehwal Kanan
  11. Banyak manfaat yang diperolehi daripada kursus ini – Wan Noraynie Binti Wan Mokhtar – Pembantu Hal Ehwal Islam
  12. Terbaik – Muhammad Adli Bin Rozak – Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  13. Terbaik dan jelas – Ahmad Yazid Bin Yahya – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  14. Menarik – Nor Fakhry Syahir Bin Norzilan – Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  15. Great! – Rohayati Binti Daud – Pegawai Hal Ehwal Islam
  16. Program yang baik – Nukman Bin Ahmad Zakir – Pegawai Hal Ehwal Islam
  17. Sangat baik – Iswandi Bin Abdul Mokmin@Mohd Amin – Pegawai Hal Ehwal Islam
  18. Terbaik, senang memahami – Mohd Yusof Bin Bakar – Pembantu Operasi

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pembangunan Imej Profesional 360°  ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, September 22nd, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments