Kursus Keterampilan Untuk Kejayaan Unit Pembangunan Dan Kepakaran Institut Penilaian Negara (INSPEN) – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Penilaian Negara untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Untuk Kejayaan pada 8 hingga 10 April 2019, bertempat di Seroja Lounge, Aras Bawah, Institut Penilaian Negara (INSPEN) Kajang, Selangor.
Sekalung penghargaan kepada pihak Institut Penilaian Negara (INSPEN) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.
ampir 43 orang kakitangan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta dari seluruh Malaysia dan beberapa agensi lain berkampung selama 3 hari di sini untuk mempelajari ilmu imej dan ketrampilan diri dalam Kursus Keterampilan Untuk Kejayaan ini.
Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi sesebuah organiasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa berurusan.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan para peserta yang hadir dengan ilmu penjenamaan imej diri dan organisasi secara profesional, merangkumi teknik penampilan, gaya personaliti diri dan etiket dalam komunikasi profesional.
Kursus ini juga membantu para peserta mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi organisasi dan bagaimana imej profesional mampu melonjakkan nilai organisasi mereka, menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan iri yang boleh memusnahkan reputasi profesional, diri dan organisasi, mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan ketika berurusan dengan pelbagai pihak (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat, mengenalpasti gaya personaliti diri dan gaya personaliti pelanggan, bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional dan mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Kursus Keterampilan Untuk Kejayaan ini dikendalikan menggunakan teknologi pendekatan interaktif dan ‘experiental’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play dan demonstrasi.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Keterampilan Untuk Kejayaan ini.
- Kreatif dan dapat memberikan maklumat walaupun masa kelas sudah tamat – Rohayu Abdullah – Pembantu Operasi
- Sangat bagus dan sangat membantu peserta dalam mencari personaliti diri sendiri – Noor Liyanti Bt Mohd Said – Pembantu Pegawai Makanan
- Mesej yang disampaikan sangat bagus – Nurdahliya Haszwani Mohd Razali – Pembantu Tadbir
- Ceramah yang disampaikan sungguh jelas dan tepat bersesuaian dengan tajuk kursus – Hairani Binti Basran – Pembantu Operasi
- Sangat baik dan perlu diteruskan – Mohd Bunyamin Abas – Pembantu Tadbir
- Penceramah sangat bagus dan sangat berpengetahuan, mesra – Noorhasilawati Binti Nordin – Pembantu Tadbir
- Penceramah memang terbaik – Khairulnizam B. Khairudin – Pemandu
- Terbaik! – Muhammad Afiq B. Awaludin – Pembantu Operasi
- Good job. We support you – AG Rikree – Pembantu Operasi
- Best dan menarik! – Ros – Pembantu Tadbir
- Awesome – Mohammad Firdaus Bin Hamir – Pembantu Operasi
- Penceramah yang sangat sporting – Norazizi Abd Karim – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Kandungan kursus adalah senang untuk difahami – Helmi Khan Bin Khairuddin – Pembantu Operasi
- Penceramah dan program ini sangat bagus, bahasa yang jelas – Maizawani Abdullah – Pembantu Tadbir
- Penceramah amat dan sangat bagus dalam menyampaikan ceramah – Suriani Saade – Pembantu Tadbir
- Secara keseluruhan isi sangat padat – Mohd Hadzar B. Serat – Pembantu Operasi
- Penceramah berpengetahuan dalam kursus ini – Che Nor Aini Binti Awang – Pembantu Tadbir
- Bagus – Ummi Binti Rashid Ali – Pembantu Penyediaan Makanan
- Terbaik – Khairil – Pembantu Tadbir
- Sangat baik – Rafidah Bt Aziz – Pembantu Operasi
- Bagus – Aida Rohayu Bt Salim – Pembantu Penilaian
- Kursus yang best! – Zubaidah Mohamed – Pembantu Penilaian
- Bagus – Nor Haffizah Binti Ariffain – Pembantu Operasi
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!