4 Jenis Jam Tangan Wanita : Keperluan Mengikut Urusan Dan Acara – Jam tangan merupakan salah satu aksesori penampilan yang biasa digunakan untuk melengkapi penampilan diri seseorang selain sebagai penunjuk waktu. Selain daripada tingkah laku yang ditonjolkan dan cara seseorang itu berkomunikasi, aksesori yang dipakai seperti jam tangan juga mampu merungkai personaliti dan imej seseorang individu. Tanpa disedari, aksesori seperti jam tangan mampu melambangkan keperibadian seseorang.
Pemilihan jam tangan bagi seorang wanita sangat berkaitrapat dengan gaya personaliti dirinya. Malah seperti kaum lelaki juga, jenis jam tangan wanita juga boleh menunjukkan prestij dan kewibawaan dirinya. Jam tangan sememangnya mempunyai pelbagai fungsi unik bukan sahaja untuk kegunaan harian, malah turut memberikan keyakinan buat pemiliknya. Seiring dengan perkembangan dan arus permodenan semasa, jam tangan turut berubah dari segi rekaan dan saiz bagi memenuhi citarasa seseorang.
Jam tangan merupakan suatu inovasi dari jam saku yang sudah ada terlebih dahulu. Teknologi jam tangan mulai diperkenalkan oleh seorang lelaki yang bernama Peter Henlein yang berasal dari Jerman. Beliau merupakan seorang tukang kayu yang telah menghasilkan sebuah alat bernama Taschenuhr. Taschenuhr merupakan sebuah teknologi penunjuk waktu versi portable yang dengan mudah untuk dibawa kemana-mana. Penemuannya ini menjadi titik permulaan perciptaan jam tangan yang kini menjadi aksesori wajib bagi ramai orang selain daripada fungsi utamanya.
Peter Henlein yang lahir pada tahun 1485, adalah seorang tokoh yang dikenali di sebalik penemuan teknologi jam tangan pertama. Beliau dikenang melalui monumen berbentuk patung sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau. Selain daripada sebagai seorang tokoh yang menemui teknologi jam tangan, Peter Henlein juga merupakan salah seorang penggiat pembangunan sebuah menara dengan jam berukuran besar pada tahun 1541 sekaligus membuatnya dikenali masyarakat sebagai seorang tokoh utama penemuan dan penghasilan jam tangan.
Teknologi jam tangan tidak berhenti berkembang sampai di situ sahaja, daripada segi ukuran mahupun bentuk jam tangan. Hingga tahun 1972, Hamilton Watch Company, berpusat di Amerika yang merupakan sebuah perusahaan yang aktif dalam bidang jam tangan telah melakukan perubahan dengan menambahbaik teknologi canggih pada jam tangan. Mereka berhasil membuat jam tangan dengan menyematkan teknologi digital di dalamnya. Bukan itu sahaja, perusahaan ini menggunakan rangka yang tersusun dari 18 karat logam emas. Jam tangan versi digital dari Hamilton Watch Company ini dinamai Pulsar.
Tidak hanya di Amerika, negara Jepun juga mulai ikut perkembangan teknologi jam tangan yang dipimpin oleh Tadao Kashio pada tahun 1980-an. Beliau merupakan seorang pemimpin sekaligus beliau juga pemilik perusahaan bernama Casio. Kashio menyematkan fungsi tambahan seperti kalender, zon waktu, dan pelbagai fungsi pengaturan tambahan dalam inovasi teknologi jam tangan.
Jam tangan buatannya kemudian diberi nama Casio dengan perkataan yang sama pengejaan dengan nama belakang beliau, iaitu Kashio. Jam tersebut berhasil meraih perhatian masyarakat dengan sambutan yang positif dan memberangsangkan. Sejak dari itu, Tadao Kashio terus menerus meningkatkan kecanggihan jam tangan buatannya hinggalah pada tahun 1983, ia melancarkan kembali jam tangan berteknologi digital tahan lasak dan diberi nama dengan G-Shock.
Tentunya pada era sekarang, jam tangan memiliki fungsi-fungsi canggih dan juga menjadi sebuah item fesyen yang mencerminkan imej dan kewibawaan seseorang. Dengan lahirnya ratusan jenis dan bentuk, fesyen jam tangan mulai mendapat tempat di setiap sudut benua dengan berbagai fungsi daripada teknologi terkini. Keunikan dalam rekaan dan penghasilan sesebuah jam tangan mampu mencecah jutaan ringgit. Jadi jangan terkejut apabila wujudnya jam tangan mewah dengan harga yang ‘tidak masuk akal’.
Walaupun pada masa kini, jam tangan untuk wanita sudah banyak pilihan di pasaran, namun pasti ramai wanita yang masih keliru dalam memilih jam tangan yang sesuai buat diri mereka. Terdapat pelbagai gaya reka dan corak yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian gaya dan personaliti yang anda inginkan. Tetapi bagaimana untuk anda memilih gaya perinciannya untuk disesuaikan dengan diri anda? Bagaimana pula dengan warna? Adakah anda akan selesa apabila memakainya?
Terlalu banyak fesyen jam tangan di pasaran ini mungkin akan membuatkan anda gusar dan keliru yang mana satukah perlu anda miliki. Jom, Perunding Imej Malaysia akan bantu anda untuk memilih jenis jam tangan yang mana perlu dipilih mengikut acara, urusan dan masa!
Jam Tangan Wanita – Classic Watches
Jam tangan dengan gaya klasik mempunyai peminat fanatiknya yang tersendiri. Gaya yang evergreen dan elegan ini sentiasa kekal menarik dan diminati oleh kaum wanita. Jam jenis ini direka khas dengan rekabentuk yang eksklusif dan ianya akan menampakkan si pemakai kelihatan menawan tanpa mengira sesiapa sahaja yang memakainya terutama wanita yang menginginkan imej profesional dalam kerjaya.
Bagi gadis yang mula mencecah usia dalam lingkungan 20 an sudah pasti anda sudah mula menampakkan diri anda bergaya dan elegan. Mengapa? Kerana usia ini adalah usia dimana anda ingin membuktikan anda mulai masuk ke peringkat yang lebih matang dan bertanggungjawab. Oleh itu, jam ini amat bersesuaian sekali buat diri anda yang menginginkan penampilan diri yang kelihatan seperti wanita dewasa.
Selain itu, dengan reka bentuk yang ekslusif, jam ini juga sesuai dipakai di acara-acara formal. Namun, pemilihan warna buat diri anda juga memainkan peranan penting dalam pemilihan jam yang dipakai. Anda tidak perlu risau jika kulit warna anda sedikit gelap. Hal ini kerana, jam Classy amat bersesuaian sekali dengan semua jenis kulit dan pakaian yang dipakai.
Jam Tangan Wanita – Sport Watches
Jangan disangkal zaman yang serba moden kini, pencinta sport watches bukan hanya lelaki sahaja malah kaum wanita juga sudah mula meminati jam jenis ini. Sport Watches merupakan jam yang direka khas untuk anda yang meminati aktiviti lasak malah jam ini juga sesuai untuk kegunaan aktiviti seharian anda.
Adakah anda merupakan seorang traveller dan sering melakukan aktiviti sukan? Tidak pasti untuk dipadankan dengan jam bersesuaian? Sport watches adalah jawapannya. Namun, jam jenis ini mempunyai kepelbagaian fungsinya walaupun anda ingin melakukan aktiviti lasak. Sebagai contoh, jam tangan diver iaitu jam tangan yang khusus untuk si kaki diver adalah CX Swiss Military 20.000 Feet Diver atau jam tangan untuk juruterbang yang memiliki penunjuk waktu untuk banyak negara.
Jika anda mempunyai lengan yang sedikit besar, usar gusar dan risau kerana sport watches merupakan jam yang sesuai buat anda. Walaupun anda mempunyai warna kulit yang sedikit gelap dan menginginkan warna jam yang terang seperti warna hijau, oren dan merah ia tetap sepadan dengan penampilan diri anda terutama ketika melakukan aktiviti outdoor . Namun harus diingat! Bagi perempuan anda tidak berapa sesuai memilih tali jam yang sedikit lebar kerana akan mendatangkan ketidak selasaan pada diri anda sendiri walaupun untuk anda beragaya.
Jam Tangan Wanita – Jewelry Watches
Seterusnya, pasti ada sesetengah wanita pada masa kini yang menginginkan penampilan yang menawan dan berkredibiliti. Jewelry watches adalah antara salah satu jam yang harus dimiliki oleh setiap wanita tanpa mengira peringkat umur. Hal ini kerana, wanita akan sentiasa up to date fesyen penampilan dirinya seiring dengan perubahan zaman semasa.
Jika ada yang ingin membeli dan mencuba cita rasa yang baru, Jewelry Watches adalah pilihan yang betul buat anda. Tapi mengapa jewelry watches merupakan jawapan yang tepat? Ini kerana, jam jewelry watches dapat di pakai dengan bentuk pergelangan tangan yang pelbagai saiz, malah ia juga boleh digayakan dengan pelbagai acara, majlis dan urusan. Selain itu, sesetengah wanita memakai jam ini kerana mereka suka memperhiasi dan memperlihatkan pergelangan tangan mereka dengan rekaan jam yang seolah-olah meyerupai gelang tangan wanita.
Menurut Denis Boulle, CEO De Boulle Diamond & Jewelry iaitu yang berpusat di Texas telah membuka kedai keduanya di Houston dan 50% inventori kedainya adalah jam tangan wanita. Beliau mempunyai seorang pelanggan wanita yang memiliki 30 paten jenis jam dari butik tersebut. Ini membuktikan wanita sememangnya mempunyai minat yang tinggi terhadap aksesori wanita yang mahal hingga kan jam tangan seakan-akan menyerupai barang kemas.
Kita sedia maklum bahawa, jewelry watchs kebiasaanya diperbuat daripada mutiara-mutiara tiram yang dan juga perincian batu – batu berlian yang berkualiti dengan kepelbagaian warnanya. Bagi wanita di luar sana, kami sarankan agar anda jangan teragak-agak untuk mencuba kerana ia pasti menampakkan lagi imej kewanitaan buat diri anda.
Jam Tangan Wanita – Fashion Watches
Menurut tokoh atau pemilik kedai jam tangan di Patek Philippe iaitu Sandrine Stern, apabila dia bertanyakan kepada pelanggan yang datang ke kedainya untuk memilih jam seperti mana, pasti wanita – wanita tersebut menyatakan keutamaan pertama mereka adalah bagaimana ia kelihatan. Namun terdapat juga wanita yang menyukai jenis jam tangan yang turut menyediakan petunjuk tarikh.
Jam tangan versi fashion watches semakin mudah didapati di pasaran malah turut menyediakan dengan pelbagai jenis pilihan seperti corak, bentuk dan nilai estetika mengikut citarasa diri anda. Malah yang lebih menarik sekali, jam jenis ini mempunyai corak vintage dan kontemporari pada penghasilannya. Apabila anda memakai corak yang bermotifkan alam ketika anda sedang bercuti atau bersantai pasti membuatkan pernampilan diri anda lagi menarik. Namun anda tidak perlu risau, fashion watches pasti mempunyai kepelbagaian jenis dan bentuknya yang tersendiri yang membolehkan anda memakainya mengikut situasi yang bersesuaian.
Setakat ini sahaja dulu perkongsian kami berkaitan jenis-jenis jam tangan untuk wanita. Teruskan mengikuti blog ini untuk perkongsian kami seterusnya berkaitan tips memilih jam tangan wanita pada artikel akan datang. Selamat mencuba!
Anda masih mahukan tips penampilan diri? Klik di sini untuk lebih lagi!