Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif – Sepasang kasut formal yang berkualiti bukan sahaja akan memaparkan gaya, tetapi akan memberi seorang lelaki keyakinan yang tinggi dan rasa percaya dan meyakinkan bagi orang lain yang berurusan dengannya. Sepasang kasut formal semestinya mampu merubah penampilan anda. Anda akan kelihatan agak pelik apabila mengenakan sepasang baju dan seluar yang kemas dan formal tetapi kasut anda tidak menepati tema pakaian formal yang sepatutnya.

Sepasang kasut formal adalah sesuatu yang harus dimiliki dalam koleksi pemakaian bagi  lelaki yang bekerjaya. Apabila disebut ‘kasut formal’, ada sesetengah lelaki yang masih keliru dengan gaya rekaan kasut yang bagaimana harus dipilih untuk masih kelihatan menarik dan bergaya, namun dalam masa yang sama tidak mahu dilihat sebagai mangsa fesyen. Sebenarnya kasut formal juga mempunyai pelbagai gaya reka dan corak yang menarik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian stail yang anda inginkan.

Kasut formal bukannya hanya terhad kepada satu jenis rekaan dan warna sahaja. Bagi anda yang inginkan gaya berbeza dan sukakan kelainan, anda masih boleh kelihatan ‘trendy’  dan bergaya dengan sepasang kasut formal.

Jom, Perunding Imej Malaysia akan bantu anda dengan pilihan lima jenis kasut formal lelaki dengan gaya Eksklusif  boleh anda gayakan ke tempat kerja atau sebarang majlis dan urusan rasmi.

Bluchers –Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Bagi anda yang ingin mencari gaya formal dengan sentuhan memukau, kasut jenis Blucher boleh menjadi pilihan anda. Walaupun kasut jenis Blucher dan Oxford mempunyai sedikit persamaan terutamanya daripada segi bentuk, namun rekaan bentuk pada Blucher ini lebih bulat dan berlekuk berbanding dengan gaya rekaan pada Oxford yang kelihatan lebih bersifat minimalis. Walau bagaimanapun, kasut jenis Oxford kelihatan lebih elegan kerana mempunyai perincian yang lebih halus dan runcing. Namun begitu kasut Blucher mempunyai keunikan perinciannya yang lebih bertekstur. Tekstur yang ada pada Blucher ini akan menambahkan lagi gaya formal anda untuk kelihatan lebih eksklusif.

Kebiasaannya, lubang tali kasut jenis Blucher ini mempunyai tidak lebih daripada 5 lubang. Ini disebabkan tali kasutnya yang agak halus, dan akan menampakkan kasut Blucher kelihatan kemas. Gaya rekaan kasut Blucher yang bertekstur ini sangat sesuai jika dipadankan dengan sut lembut, seperti suede suits. 

Balmoral – Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Balmoral merupakan kasut formal yang mempunyai perincian jahitan pada bahagian atas kasut. Balmoral dan Blucher berbeza pada bahagian tali kasut. Balmoral kebiasaannya disebut sebagai ‘Oxford‘. Mungkin ramai yang akan keliru dengan sebutan kedua-dua jenis kasut ini. Walau bagaimanapun, Balmoral dan Oxford adalah sejenis kasut yang sama, cuma sesetengah negara mempunyai perbezaan dalam mengklasifikasikan sebutannya sahaja.

Kasut Balmoral juga menggunakan lacing yang tertutup namun yang membezakannya  rekaannya lebih ringkas daripada Bluchers. Balmoral ini lebih sesuai dipadankan dengan pakaian yang formal, terutamanya bila dipadankan dengan sepasang sut yang lengkap. Jangan sesekali menyarungkan kasut Balmoral dengan seluar jeans! 

Perunding Imej Malaysia amat menyarankan lelaki bekerjaya di luar sana agar memiliki sepasang kasut Balmoral ini. Meskipun harganya agak mahal, tetapi anggaplah bahawa iainya sebagai sebahagian daripada pelaburan dalam kerjaya atau perniagaan anda. Orang kata menang membeli, menang memakai.

Oxford Wholecut – Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Bagi mereka yang menginginkan gaya formal yang sangat classy, anda boleh mencuba kasut Oxford Wholecut. Ada tiga ciri penting untuk mengenal pasti Oxford Wholecut : Pertama – potongan kasut ini berada di bawah buku lali. Kedua – mempunyai tumit kasut yang rendah, dan ketiga – sistem lacing yang dijahit dan disembunyikan di bahagian bawah. Tiga perkara penting ini membuatkan kasut Oxford Whole-cut kelihatan kemas dan rapi. Selain itu, terdapat juga satu jahitan yang ketara dibahagian tumit. Oleh itu, Oxford Whole-cut ini sangat kemas dan amat sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis formal.

Pada mulanya, Oxford dijumpai di Scotland dan Ireland, kemudiannya dipanggil Balmoral sempena nama Istana Balmoral. Namun, sebagai tanda penghormatan kepada tempat kemunculan awal kasut tersebut iaitu di Oxford, England , kasut itu dinamakan Oxford.  Kasut ini juga dikenali sebagai Oxonian yang menunjukkan ada celahan yang sempit disisi kasut tersebut yang membolehkan si pemakai menyarung dan menanggalkannya dengan mudah. Oxonian diubah rekaannya tahun demi tahun, termasuklah dengan penambahan tali dan merendahkan ketinggian kasut tersebut sehingga ke paras pergelangan kaki. Pada hari ini, kita dapat melihat perubahan Oxford yang sedia ada.

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya EksklusifDouble monk strap juga adalah kasut yang sesuai  dipakai untuk kegunaan formal, seperti menghadiri mesyuarat perniagaan, atau apa jua jenis majlis dan urusan yang formal namun mampu kelihatan luar biasa. Jika anda bercadang untuk memadankan kasut ini dengan sepasang sut, ianya adalah pilihan yang hebat.

Sekiranya anda ingin mengenakan sut hitam, sepasang kasut double monk strap yang berwarna hitam merupakan padanan yang secocok. Jika anda memakai sut berwarna kelabu arang, kasut double monk strap berwarna coklat gelap adalah gabungan yang agak klasik. Sut navy blue, apabila dikenakan dengan kasut monk strap coklat gelap akan membuatkan imej anda lebih menonjol dan berbeza.

Derby – Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Variasi Kasut Formal Lelaki Dengan Gaya Eksklusif

Sekiranya andaadalah lelaki yang baru ingin memulakan misi untuk mencari kasut formal, dan tidak pasti gaya kasut yang bagaimana harus anda pilih untuk imej formal, kami cadangkan anda mencuba Derby. Kasut Derby sering menjadi pilihan yang klasik dan neutral untuk kebanyakan lelaki terutamanya untuk ke pejabat. Derby biasanya menjadi pilihan kerana ianya lebih selesa dipakai apabila kasut ini memberikan ruang yang agak luas untuk kaki bernafas.

Kasut Derby berwarna hitam menjadikan penampilan anda kelihatan amat formal. Derby boleh dipakai dengan pelbagai jenis sut dan ianya merupakan kegemaran dan pilihan ramai lelaki di luar sana. Reka bentuknya yang kemas dan gaya rekaan yang menonjol membuatkan kasut Derby ini kelihatan eklusif.

Kami daripaa Tim Perunding Imej Malaysia amat menyarankan anda yang bekerjaya untuk mempunyai beberapa koleksi kasut formal yang berbeza untuk ke majlis-majlis formal atau acara-acara tertentu yang memberikan kesan besar kepada reputasi imej diri dan kerjaya anda. Pastikan anda sentiasa kelihatan hebat dan meyakinkan dengan kasut formal anda, tanpa rasa ragu. Jika anda agak keliru untuk memilih padana warna kasut formal dengan warna suit, sila klik di sini untuk dapatkan tips mudah padanan  warna kasut dan suit.

Apapun jenis kasut formal yang anda pilih, sekiranya ianya kelihatan kotor dan tidak terjaga, pastinya tetap akan merosakkan penampilan dan kredibiliti diri anda.  Pastikan anda sentiasa menjaga dan dan mengekalkan kualiti kasut dengan baik. Apa yang anda perlu buat adalah menjaganya dengan perlindung kasut. Jika kasut tersebut kasut kulit, anda perlu menggilapnya. Jika anda terlalu sibuk dan tiada masa untuk membersihkan kasut tersebut, cukup sekadar mengelap kasut dengan menggunakan tisu basah atau berus lembut sahaja. Dapatkan tips mudah menjaga kasut formal anda dengan klik di sini.

Thursday, January 25th, 2018January 25, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *