5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai Untuk Kaum Adam

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai Untuk Lelaki – Kita sering melihat bahawa gaya fesyen wanita itu penting, tetapi lelaki terutamanya yang bekerjaya perlu menitikberatkan soal gaya dalam diri mereka untuk dilihat berkredibiliti dan berjaya. Dengan adanya dunia fesyen yang meluas dan tidak terbatas dengan jantina, kaum adam semestinya boleh untuk kelihatan menarik dan bergaya.

Walau bagaimanapun, apa sahaja fesyen yang muncul, sangat penting bagi setiap lelaki untuk mengetahui gaya dan penampilan yang bersesuaian dengan personaliti diri, nilai profesionalisme kerjaya anda dan juga kesesuaian gaya mengikut urusan, masa dan tempat .

Setiap lelaki akan kelihatan segak dan berkarisma jika mereka menyarungkan sut yang bersesuaian. Potongan sut perlu diambil kira supaya sut tersebut tidak kelihatan lebih besar dari tuan badannya. Pemilihan warna sut juga amat penting terutamanya dalam memilih padanan dengan kasut supaya kelihatan harmoni dan bersesuaian. Pada artikel kali ini, Perunding Imej Malaysia ingin kongsikan 5 tips padanan warna sut dan kasut untuk panduan kaum lelaki agar tampak lebih bergaya dan meyakinkan.

Brown Suits

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai

Brown suits amat terkenal di bahagian Eropah. Sut berwarna coklat ini akan menampakkan ciri-ciri lelaki Pan-Asia. Namun, bagi yang ingin mengenakan sut berwarna coklat ini perlu berhati-hati kerana hanya warna kasut tertentu sahaja yang  kelihatan harmoni untuk dipadankan dengannya. Ada ramai lelaki di luar sana yang sering mengenakan sut berwarna coklat dengan kasut yang berwarna hitam. Berhati-hati, kerana pemilihan warna yang salah juga boleh menjejaskan imej anda.

Jika sut berwarna coklat ini dipadankan dengan kasut berwarna hitam, imej seseorang itu akan ‘tenggelam’ dan akan disalahertikan sebagai seseorang yang kurang serius. Oleh itu, warna yang sesuai dengan sut berwarna coklat ini adalah dengan padanan warna daripada tona keluarga coklat juga seperti nude, ataupun oak. Jika risaukan kasut tersebut akan kelihatan suram, cubalah padankan dengan kasut yang mempunyai gaya perincian yang tertentu.

Light Grey Suits

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai

Sut berwarna kelabu boleh dikatakan sebagai sut asas yang perlu ada di dalam koleksi anda. Selain itu, sut warna ini juga akan memberikan sentuhan yang berbeza selain daripada sut hitam tipikal yang pernah anda miliki. Kadangkala anda sendiri hampir bosan dengan sut hitam bukan? Sut hitam kelihatan sangat formal dan terhad untuk upacara tertentu.

Maka inilah masanya untuk anda mencuba warna sut yang berbeza. Sut kelabu ini juga mempunyai warna keluarganya sendiri seperti kelabu terang, sederhana terang, dan juga kelabu gelap. Walau bagaimanapun, anda harus bijak untuk memadankan sut dengan pakaian di dalam sut. Sut kelabu cerah amat sesuai digunakan untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan. Kebiasaannya, sut kelabu gelap memberi maksud ‘perniagaan’. Warna kasut yang sesuai dengan sut kelabu ini adalah warna coklat. Walaubagaimanapun anda masih boleh menggayakan sut kelabu dengan kasut berwarna hitam, cuma anda akan kelihatan sangat classy namun ianya amat sesuai dipakai untuk majlis formal.

Charcoal Grey Suits

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai

Beralih kepada sut berwarna kelabu arang pula, warnanya sendiri sudah menunjukkan maksud disebaliknya yang membawa maksud ‘tegas’. Mengapa ‘tegas’? Ini disebabkan warnanya yang agak gelap akan menonjolkan lagi gaya serius si pemakai. Ada juga yang menyatakan bahawa sut berwarna ini menyampaikan maksud ‘perniagaan’. Sejak dari dahulu sudah diakui dan terbukti bahawa sut berwarna kelabu arang ini mempunyai identitinya sendiri.

Sut ini sesuai dipakai untuk menghadiri urusan khusus dan ‘high profile’ seperti mesyuarat. Warna kasut yang sesuai dengan suit ini adalah hitam, kerana warna hitam akan menambahkan lagi kekuatan ‘statement’ atau mesej serius dan profesional daripada warna sut kelabu arang tadi. Warna oxblood dan burgundy juga adalah padanan yang harmoni dan boleh dikenakan dengan sut kelabu arang ini, namun hanya untuk urusan atau tema semi-casual atau business-casual. Warna kasut yang perlu dielakkan dengan sut berwarna kelabu arang ini adalah warna coklat.

Navy Blue Suits

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai

Sut hitam, dan sut hitam lagi! Bosannya! Ok, apa kata kita bereksperimen dengan warna. Apa kata kalau kita mencuba sut berwarna navy blue pula? Ya atau tidak? Jawapannya, ya!

Sut berwarna navy blue akan memberikan gaya yang lebih ekslusif. Material yang digunakan juga akan menambahkan lagi keserian sut itu sendiri. Sut berwarna navy blue ini agak fleksibel, boleh digunakan untuk majlis sosial, boleh juga digunakan untuk menghadiri sesuatu majlis yang formal.

Sut warna ini juga akan menonjolkan diri anda sebagai seorang yang up to date dengan fesyen terkini. Warna kasut yang sepadan dengan sut warna navy blue ini adalah seperti warna oak yang akan memberikan sentuhan klasik yang menarik. Boleh juga dipadankan dengan warna-warna seperti burgundy, oxblood, tan, dan juga hitam. Ini lah masanya untuk nampak segak dengan gaya menawan apabila bergaya dengan sut navy blue ini.

Black Suits

5 Tips Padanan Warna Sut dan Kasut Yang Sesuai

Kita teruskan dengan sut paling dominan, iaitu sut hitam. Mungkin kita sering melihat bahawa sut hitam adalah warna yang membosankan dan langsung tidak menarik. Ada juga yang beranggapan bahawa sut hitam juga seperti ingin menghadiri upacara pengkebumian seperti yang kita lihat dalam filem-filem Barat.

Sut hitam juga mampu membuatkan anda kelihatan sangat menarik dan up to date, sekiranya si pemakai bijak menggayakannya dengan corak motif di tali leher dan baju di sebaik sut hitam. Diingatkan sekali lagi, hitam dan coklat bukanlah warna yang serasi atau harmoni bersama. Oleh itu, pemilihan warna kasut yang sesuai dan paling tepat untuk sut hitam ini adalah warna hitam saja. Jangan sesekali mencubanya dengan warna coklat dan burgundy!

 

Walaupun mungkin pada sesetengah lelaki, pemilihan dan pemadanan warna sut dan kasut ini agak sukar dan mengelirukan, namun apabila anda mengetahui peraturan warna-warna asas anda sebenarnya sudah boleh untuk bereksperimentasi dan lebih kreatif dalam padanan pemakaian. Inilah masanya untuk anda mencuba gaya yang berlainan dan cuba menyelongkar almari anda. Mana tahu kalau-kalau ada yang sesuai untuk sesi mix and match. Selamat mencuba!

Anda masih mahukan tips penampilan diri? Klik di sini untuk lebih lagi!

Friday, January 19th, 2018January 19, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *