Seminar Pembentukan Imej Dan Ketrampilan Diri KAKEP Pada 25 April 2018 – Sekalung penghargaan kepada Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan atas jemputan dan kepercayaan untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia mengendalikan seminar ini pada 25 April yang lalu bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Para peserta terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan, dan mereka turut menjemput wakil-wakil kakitangan awam daripada pelbagai kementerian dan jabatan lain.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan imej profesional dengan memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi dan etiket sosial dengan lebih efektif, yang mampu memberi impak kepada warga awam kementerian khususnya.
Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang professional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Program ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberansangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Seminar Pembentukan Imej Dan Ketrampilan Diri KAKEP ini.
- Pengisian yang menarik dan berinformatif. (Norpaeeza Che Pa, PTPO)
- Seminar yang sangat bagus! (Nur Daliillah Abu Jalil, Pembantu Tadbir W19)
- Kandungan seminar ini sangat bersesuaian dengan kakitangan awam. (Rosnani bt Hasan Basri, PT)
- Penceramah seminar ini berkaliber dan berpengalaman ! (Nurhadila Harun, Pembantu Tadbir)
- Banyak idea menarik diberikan, jelas dan ceria. (Rohani Mahmood, Pembantu Tadbir KEW)
- Amat berpuas hati dengan cara penyampaian penceramah (Ruzita Ahmad, PT)
- Tertarik ! Penceramah memberi informasi yang sangat berguna. (Rizaima Mohd Radzi, Pen. Akauntan)
- Terbaik ! (Tracy Mahadang, Pembantu Tadbir)
- Penceramah amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam penyampaian. (Norlaila, Pen. Akauntan)
- Bijak ! (Roszilawati Mohd Sarip, Pembantu Tadbir)
- Profesional ! (Amyliza, PA)
- Saya amat berpuashati dengan penyampaian penceramah. (Umikalthsom, Pembantu Tadbir N19)
- Kandungan seminar jelas ! (Suhamiza, P.A)
- Cemerlang. (Siti Nurshahidah, PTPO N19)
- Seminar ini sangat bagus (Suhana, PTPO)
- Menarik ! (Musaniah Mustafa, Pen. Pegawai Pentadbir)
- Menarik, sesuai dengan tajuk. (Noorshuhada, Penolong Akauntan)
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!