Kenali Jenis Fabrik Untuk Seluar Wanita : Perunding Imej Muslimah

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik Untuk Seluar Wanita

Entri kali ini Perunding Imej Muslimah mahu bawa anda untuk kenali jenis fabrik untuk seluar wanita – Fabrik seluar diperbuat dari pelbagai bahan mentah yang boleh diperolehi dari alam semulajadi atau buatan manusia atau campuran kedua-duanya sekali. Dengan mengenali jenis fabrik seluar wanita yang ada di pasaran, wanita mampu membuat pilihan yang lebih bijak untuk memilih seluar yang bersesuaian dengan keperluan dan kesesuaian personalitinya, masa serta acara atau jenis urusan yang perlu dihadiri.

Pasti setiap wanita menginginkan pemakaian seluar wanita yang selesa mengikut cuaca semasa. Jika pemilihan fabrik untuk seluar yang dipakai adalah tepat, pasti anda akan berasa yakin dalam menjaga penampilan imej diri anda. Oleh itu, jom Perunding Imej Muslimah mengenalkan kepada anda jenis fabrik untuk seluar wanita.

Kain Kapas atau Cotton

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik

Kain yang sangat mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim ini diperbuat daripada serat kapas yang dipintal menjadi benang sebelum ditenun. Tekstur lembutnya memberikan keselesaan berpanjangan. Sesuai dengan sifat kapas itu sendiri yang lembut dan menyerap dengan baik, kain kapas memberi efek penyejukan pada musim panas dan menyerap peluh dengan baik. Ketika cuaca sejuk, fabrik ini pula bertindak sebagai penebat haba bagi mengatasi kesejukan. Melihat kepada ciri-ciri fabrik ini sendiri, tidak hairanlah ia menjadi pilihan utama dalam pembuatan seluar.

Linen

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik

Dipanggil sebagai raja fabrik semula jadi, linen diperbuat daripada serat pokok flaks. Ia adalah serat semula jadi dan dianggap selamat untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan sebarang kegatalan atau alahan.  Linen digunakan dengan meluas untuk membuat banyak jenis pakaian, termasuklah seluar wanita.

Wool atau Kain Bulu

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik

Kain bulu dinamakan sempena nama bahan asas yang digunakan untuk membuat fabrik ini iaitu serat dari bulu haiwan. Selain serat dari bulu biri-biri, serat lain yang turut digunakan ialah serat cashmere dari kambing Kasymir, mohair dari kambing Anggora, Qiviut dari Muskoxen dan serat Angora dari arnab angora. Kain bulu dilengkapi dengan ciri-ciri seperti memanaskan, tidak mudah berkedut dan lusuh, ringan, tahan lama dan juga menyerap lembapan.

Denim

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik

Kain denim adalah kain kapas yang lasak. Seluar denim ini sesuai dipakai ketika bersiar-siar dan aktiviti lasak di luar. Ianya sering menjadi pilihan utama untuk wanita yang menginginkan gaya kasual dan santai. Kain denim tidak mudah rosak dan luntur warnanya, malah denim hanya memerlukan penjagaan yang agak minimal berbanding fabrik lain. Sudah tentunya denim amat digemari oleh wanita yang mempunyai personaliti ‘natural’, iaitu wanita yang gemarkan gaya ringkas, mudah dan minimalis.

Polyster

Perunding Imej Muslimah Kenali Jenis Fabrik

Secara lazimnya fabrik kain jenis polyster digunakan untuk dijadikan sebagai seluar slack lelaki. Dalam tahun 60 an, telah diperkenalkan seluar panjang bagi wanita sebagai item fesyen, membawa kepada era berseluar khususnya buat wanita berkerjaya. Tambahan pula, seluar slack yang diperkenalkan menjadikan wanita lebih tampak anggun  dan kemas. Penggunaan kain polyster telah mendapat permintaan tinggi kerana fabriknya yang tidak panas dan melekat.

Dengan mengenali jenis-jenis fabrik untuk dijadikan sebagai seluar wanita, ia akan memudahkan anda untuk menguruskan bagi mencuci, memakai mengikut acara dan tempat serta cuaca yang bersesuaian untuk memilih jenis fabrik ini. Bagi kaum wanita yang ingin memilih dan menjahit seluar bagi menjimatkan perbelanjaan, semoga tips ini dapat membantu anda.

Anda masih mahukan tips penampilan wanita korporat dari Perunding Imej Muslimah? Klik di sini untuk ketahui 6 ciri seluar wanita yang sesuai digayakan ke pejabat.

Tuesday, December 17th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments