6 Ciri Seluar Muslimah Yang Boleh Digayakan Ke Pejabat

SELUAR PEJABAT LEBIH FORMAL DAN KORPORAT 6 Ciri Seluar Muslimah Yang Boleh Digayakan Ke Pejabat

Fahami dahulu kesesuaian tempat kerja dan jenis pekerjaan yang dilakukan sebelum membuat keputusan untuk menggayakan seluar ke tempat kerja. Sekiranya perlu memakai seluar, perlu difahami bukan semua seluar boleh digayakan ke pejabat walaupun mengikut syariat.

Terlalu banyak fesyen seluar kerja yang ada di pasaran, namun benarkah potongan, warna dan fabrik yang digunakan ke pejabat memenuhi ciri-ciri seluar formal dan korporat?

Ciri-ciri seluar pejabat dan korporat haruslah mempunyai potongan yang kemas serta pilihan fabrik, warna dan corak yang tepat untuk menonjolkan imej profesional dan serius.

6 Ciri Seluar Muslimah Yang Boleh Digayakan Ke Pejabat

Kali ini saya kongsikan 6 ciri seluar muslimah yang boleh digayakan ke pejabat :

1. Kain untuk seluar pejabat adalah daripada fabrik ‘suiting’ yang dapat menyebabkan seluar pejabat kelihatan terletak kemas dan segak apabila memakainya. (Fabrik dari likra, jersey dan denim adalah tidak sesuai walaupun dijahit dalam potongan longgar)

2. Corak seluar pejabat yang dibolehkan adalah sama ada polos (plain), berjalur atau bertekstur.

3. Seluar hendaklah berwarna gelap dari kumpulan warna-warna korporat iaitu hitam, biru kelasi (navy blue), kelabu (dark grey atau charcoal) dan coklat.

4. Potongan seluar adalah longgar jenis klasik (tidak menunjukkan bentuk kaki).

5. Seluar yang mempunyai ‘pleated front’ (lipatan depan) di bahagian pinggang yang boleh memberikan ruang untuk bergerak dan bekerja dengan selesa, selain daripada tidak menampakkan tubuh yang berisi. Seluar ‘flat front’ (tiada lipatan di bahagian pinggang) hanya boleh dipakai oleh wanita bertubuh langsing atau berpinggang ramping.

6. Bagi wanita bertubuh genit dan rendah, potongan seluar yang terbaik adalah potongan ‘carrot’ atau kon, di mana ianya sesuai untuk menutup bahagian pinggul sehingga bahgaian atas peha agar tidak kelihatan bentuk sebenar bahagian tersebut. Potongan carrot ini juga boleh memberikan kesan tirus dan tinggi kepada wanita yang rendah tetapi berisi di bahagian pinggul dan peha.

Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi wanita yang perlu memakai seluar ke tempat kerja. Wanita muslimah perlulah konsisten dalam memelihara penampilan diri bukan sahaja di tempat kerja malahan di mana-mana sahaja. Elakkan memakai seluar yang ketat dan sendat, senteng, melekap hingga menampakkan bentuk kaki serta seluar yang diperbuat daripada fabrik yang jarang atau nipis yang boleh menayangkan tubuh wanita sehingga menaikkan berahi lelaki. Janganlah berpenampilan buruk dan keterlaluan kerana kita bertanggungjawab atas setiap penampilan yang kita tonjolkan.

Anda masih mahukan tips penampilan wanita korporat? Klik di sini untuk lebih lagi!

Tuesday, July 19th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments