Kursus Pengurusan Imej Profesional Dan Penampilan Diri Hospital Pakar KPJ Johor – Tim Perunding Imej Malaysia dilantik sebagai konsultan untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Imej Profesional Dan Penampilan Diri Hospital Pakar KPJ Johor selama 2 hari iaitu pada 14 hingga 15 Mac 2018 bertempat di Hotel Swiss In Johor Bahru. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen hebat anda selama dua hari memantapkan ilmu dan kemahiran dalam kursus ini. Para peserta yang terlibat adalah terdiri daripada kakitangan daripada pelbagai jabatan di Hospital Pakar KPJ Johor.
Melalui penampilan dan adab dalam komunikasi dan tingkah-laku, kita dapat memaparkan imej korporat yang positif dan ia memberi mesej yang tepat tentang diri kita dan organisasi yang kita wakili. Sama ada kita masih lagi memanjat tangga korporat atau sudah berada di puncak, cara kita berpakaian dan imej organisasi yang kita wakili sangat berkait rapat, dan ia adalah salah satu faktor yang penting yang akan menentukan reputasi diri kita dan organisasi kita.
Syarikat berbelanja secara besar-besaran untuk mendefinisikan imej korporat mereka, dalaman dan luaran, dengan menggunakan logo, warna, risalah, pengiklanan, kad perniagaan dan dekorasi di pejabat. Semua yang digunakan adalah untuk mempromosikan organisasi dan membentuk persepsi tertentu kepada pelanggan dan masyarakat. Namun, tahukah persepsi yang sebenar juga akan berlaku ketika pelanggan berurusan dengan sesiapa sahaja kakitangan di syarikat atau wakil syarikat.
Setiap kakitangan adalah duta yang menjadi sebahagian daripada produk cemerlang dan terbaik organisasi. Sama ada ia dirancang atau tidak, setiap jabatan/organisasi mempunyai imej tersendiri yang dilihat oleh orang ramai, dan organisasi yang berjaya telah mengetahui bahawa imej positif berlaku bukan begitu sahaja atau nasib. Ia merupakan hasil daripada perancangan, kerja keras, cara berfikir yang betul dan melakukan perkara-perkara baik secara konsisten. Setiap kakitangan dalam sesebuah organisasi tidak kira apa pun jawatan mestilah menunjukkan imej korporat yang sama dengan imej yang organisasi paparkan.
Bagaimana cara anda dipandang akan menentukan bagaimana cara organisasi anda dipandang. Cara organisasi dipandang akan memberi kesan dan pengaruh besar kepada jenama dan reputasi organisasi. Semua kakitangan dalam organisasi terutamanya kakitangan ‘front liner’ yang menjadi wajah organisasi perlu peka dan mengambil berat terhadap bagaimana para pelanggan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan mereka menilai diri mereka. Penilaian orang lain bukan hanya sekadar kepada profesionalisme dan kualiti cara kita bekerja.
Profesionalisme dapat dilihat semasa kerja dilakukan dan cara tugas dijalankan. Tiada siapa yang boleh merampas kepakaran, kelayakan profesional, pengetahuan ataupun pengalaman kita. Namun, maksud profesionalisme adalah lebih luas daripada kelayakan, pengetahuan dan pengalaman yang ada. Profesionalisme termasuklah juga imej keseluruhan yang kita tampilkan, Profesionalisme kelihatan bukan sahaja daripada segi intelektualiti, malah dari segi visual. Bagi menampakkan yang kita adalah seorang yang profesional, kita perlu memberi perhatian yang serius kepada gaya berpakaian. Pastikan orang yang berurusan dengan kita sedar dan nampak mesej yang kita adalah seorang yang profesional melalui penampilan kita. Pastikan diri kita berpenampilan sebagus kelayakan, kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan nilai-nilai positif yang ada dalam diri kita.
Kursus Pengurusan Imej Profesional Dan Penampilan Diri Hospital Pakar KPJ Johor ini memberikan 7 modul utama dalam ilmu ketrampilan dan personaliti diri profesional. Para peserta bukan sekadar diberikan kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik untuk membolehkan kemajuan mereka dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya, malah para peserta disuntik motivasi dalaman diri untuk membenihkan rasa perlu kepada penambahbaikan imej dan personaliti demi masa hadapan mereka serta melonjakkan pakej dan nilai diri mereka dan syarikat agar kekal relevan dan berkredibiliti dalam industri.
Alhamdulillah, semoga semua peserta yang hadir berjaya melakar kejayaan yang hebat dalam membina imej personaliti dan nilai profesional diri yang cemerlang seterusnya melonjakkan reputasi dan kredibiliti syarikat.
Kami Tim Perunding Imej Malaysia berharap agar setiap peserta yang menghadiri Kursus Pengurusan Imej Profesional Dan Penampilan Diri Hospital Pakar KPJ Johordapat mengaplikasikan segala ilmu yang dikongsikan dalam ini demi masa hadapan mereka dan syarikat. Kami juga mendoakan agar para peserta mampu menggunakan seluruh kelebihan dan potensi diri melalui ilmu yang diperolehi daripada kursus ini demi keuntungan dan reputasi syarikat, in sha Allah.
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!
Assalammualaikum..nama saya ain..ada lagi tidak program-program yang melibatkan keterampilan diri bagi bulan mei atau jun?