Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat | LHDN | 22 November 2017

Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila dijemput oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Jalan Duta untuk mengendalikan Kursus Penampilan Profesional, Tampil Bergaya & Personaliti Hebat pada 22 November yang lalu di Avillion Admiral Cove.

Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat

Objektif program ini adalah untuk memantapkan imej dan personaliti para peserta yang terdiri daripada para pengurusan tertinggi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk tampil profesional sekaligus memahami ilmu mengenai pemakaian profesional dan imej korporat dalam membentuk personaliti hebat dan bergaya.

Mempunyai penampilan profesional dan bergaya dengan personaliti yang hebat adalah satu bonus dan pakej diri untuk seseorang ketua atau sesiapa sahaja yang berada dalam kedudukan hierarki yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Imej seorang ketua pastinya akan menjadi ikutan dan inspirasi serta sebagai panduan kepada staf dan semua ahli pasukannya. Imej dan penampilan seseorang yang menarik, hebat dan profesional pastinya akan membuatkan dirinya mudah diterima, diyakini dan dipercayai.

Selain daripada itu, seseorang yang mempunyai penampilan yang profesional dan bergaya serta hebat personalitinya, pastinya ramai yang ingin mendampingi dan mudah memberikan kerjasama.

Imej diri dan cara kita berpenampilan bukan sahaja akan mempengaruhi cara diri kita dipandang oleh orang lain, tetapi ia juga mampu mempengaruhi cara kita memandang diri kita sendiri.

Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat

Antara modul yang dikongsikan adalah asas grooming, gaya personaliti profesional, pengaruh warna dalam penampilan, ‘dress code’ serta teknik pemakaian mengikut acara, urusan dan majlis, teknik suaipadan pakaian dan teknik penampilan mengikut bentuk tubuh dan bentuk wajah.

  Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat    Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat    Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat

Kursus berlangsung dalam suasana ceria dan santai dengan penyertaan para peserta yang amat ‘sporting’ dan bersemangat sepanjang kursus. Kami pasti para peserta telah mempelajari teknik penampilan yang amat berguna untuk melonjakkan imej diri dan reputasi diri seterusnya menjadi ‘role model’ dan inspirasi kepada staf dan pasukan kerja mereka.

Tim Perunding Imej Malaysia ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput kami menyumbang ilmu dan terima kasih juga atas penyertaan hebat daripada semua peserta yang hadir.

Kursus Penampilan Profesional,Tampil Bergaya & Personaliti Hebat

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 30th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments