Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat | Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri | 15 – 16 April 2019

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat – Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput sebagai penyedia khidmat latihan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat pada 15 – 16 April 2019, bertempat di Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Timur (INTIM), Bukit Geliga Chukai, Terengganu. Alhamdulillah kami berpeluang berkongsi ilmu dan aktiviti-aktiviti menarik bersama 32 orang Setiausaha ICU JPM daripada seluruh Malaysia yang berkampung di sini selama 2 hari 1 malam.

Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini.

 Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

Setiausaha adalah kerjaya yang memerlukan pakej diri yang hebat. Seorang Setiausaha seringkali menjadi tumpuan utama di dalam sesebuah organisasi, disebabkan mereka adalah orang yang paling hampir dengan pengurusan tertinggi. Mereka menguruskan bos-bos yang mempunyai jawatan tinggi, yang terdiri daripada kalangan VIP dan VVIP, yang mempunyai kedudukan dan pengaruh besar dalam hierarki sesebuah organisasi.

Setiausaha juga merupakan front liner, atau barisan hadapan dan WAJAH sesebuah jabatan atau organisasi. Jawatan seorang Setiausaha boleh dikategorikan sebagai ‘high profile’, disebabkan lebih 70% tugasan mereka berurusan dengan pelanggan, tetamu, orang kenamaan dan juga staf dalaman daripada pelbagai peringkat.

Oleh kerana itu, sangat penting seorang Setiausaha sentiasa melonjakkan mutu perkhidmatan dan pakej interpersonal diri mereka secara menyeluruh, merangkumi kemahiran dalam ketrampilan diri, komunikasi profesional dan etiket sosial dan bisnes.

Di samping perlu cekap menjalankan tugasan harian mereka menguruskan majikan, amat penting untuk seorang Setiausaha memiliki kemahiran menguruskan masa dan mengetahui prioriti kerja,  sentiasa positif dalam menunaikan amanah dan memikul tanggungjawab yang diberikan , serta memiliki kemahiran menguruskan dalaman diri dan mengawal stres dengan baik.

Antara pengisian yang telah Tim Perunding Imej Malaysia  kongsikan kepada para setiausaha dalam kursus ini adalah menerokai dan mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini, cara mengenali personaliti serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha, bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat, berpengetahuan dan mahir dalam 12 etiket asas di tempat kerja, bagaimana mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran, teknik mengenalpasti potensi diri, kekuatan, kelemahan dan konsep keterbukaan minda serta kemahiran memahami profail diri dan bos serta cara mengendalikannya.

Kursus ini padat dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik, antaranya :

AKTIVITI MENGENALPASTI TUGAS, PRIORITI DAN CABARAN SETIAUSAHA 

Kursus Pemantapan Kerjaya SetiausahaKursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

AKTIVITI MENGENALPASTI PROFIL DAN MENGURUS BOS ANDA

                   Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                           Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                           

AKTIVITI BERKREDIBILITI DENGAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KOMUNIKASI

                  Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

AKTIVITI PEMANTAPAN IMEJ DAN KETRAMPILAN DIRI SETIAUSAHA

                Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                            Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                                                              

LAWATAN KE PEKAN KEMAMAN

                Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

               Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL :

Malam penghargaan kepada para Setiausaha yang banyak berjasa dan memberi sumbangan.
 Penyampaian sijil kepada para peserta yang telah berjaya mengikuti dan menamatkan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat yang berlangsung selama 2 hari 1 malam.

            Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                                                                         Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha                                                         Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

Terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di atas kepercayaan yang diberikan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus yang mengujakan ini. Setinggi penghargaan kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat.

Semoga segala input yang diperolehi dalam kursus ini bermanfaat dan menjadi satu titik tolak untuk setiap peserta semakin bersemangat untuk memantapkan kemahiran menguruskan kerjaya dan melonjakkan ketrampilan diri agar sentiasa mencapai kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi, in sha Allah.

Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Kerjaya Setiausaha Pejabat ini :

  1. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dan penceramah telah memberikan ceramah yang baik, mudah difahami dan fakta-fakta yang amat berkesan – Muniyuslinda Bt Mat Yusop – Setiausaha Pejabat
  2. Penyampaian jelas, penceramah berkarisma, bersemangat – Suhailly Zainal – Setiausaha Pejabat
  3. Penceramah mudah berinteraksi dengan para peserta – Asmalinda Binti Ismail – Setiausaha Pejabat
  4. Sangat bagus, mampu membantu memperbaiki diri saya menjadi lebih baik – Nur Syawal Asyikin – Setiausaha Pejabat
  5. Pengajaran yang diajar mudah difahami dan program ini berjalan lancar dan teratur – Elmi Shuazleen Bt Hussin – Setiausaha Pejabat
  6. Berpuas hati, sangat berkesan. Terima kasih – Masliza Hj Bakri – Setiausaha Pejabat
  7. Sangat jelas dengan penyampaian yang berkarisma – Norwahidah Baharuddin – Setiausaha Pejabat
  8. Intonasi suara yang jelas, penampilan yang menarik – Narisa – Pembantu Tadbir
  9. Penceramah bagus dan matlamat kursus berjaya dicapai – Hasniah Bt Ahmad – Setiausaha Pejabat
  10. Best – Ainna Najwa – Setiausaha Pejabat
  11. Semuanya menarik dan terbaik – Rosidah Bt Md Noor – Setiausaha Pejabat
  12. Penyampaian yang mudah difahami dan banyak maklumat – Noraszilah Binti Abd Azis – Setiausaha Pejabat
  13. Keseluruhan baik, terima kasih urusetia – Fuziah Binti Mohd Idris – Setiausaha Pejabat
  14. Bagus dan friendly – Khairul Bariyyah Hassan – Setiausaha Pejabat
  15. Pengisian yang bagus dan penyampaian jelas – Hasnidar Ferdiah Bt Abu Hassan – Setiausaha Pejabat
  16. Penyampaian yang jelas – Noraini Binti Ismail – Setiausaha Pejabat

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Wednesday, April 17th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments