Kursus Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) Pada 29 Julai 2019

Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial  pada 29Julai 2019, bertempat di dewan sebaguna UNISHAMS.

Kursus Pemantapan Imej

 

Sekalung penghargaan kepada pihak UNISHAMS atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Personal Image Branding ini kepada para pegawai dan pensyarah UNISHAMS.

Kursus Pemantapan Imej

 

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Kursus Pemantapan Imej

Kursus Pemantapan Imej

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Pemantapan Imej

Kursus Pemantapan Imej

 

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Pemantapan Imej

Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pegawai dan pensyarah  UNISHAMS  memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Selain daripada itu, objektif  Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial  ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

Kursus Pemantapan Imej

 

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Pemantapan Imej dan Etiket Sosial ini :

  1. Bagus – Siti Fazlina Osman – Pegawai Teknologi Maklumat
  2. Wide knowledge + enjoyable – Zalia Ismi binti Ibrahim – Penolong Pendaftaran
  3. Bagus bagi penambahan ilmu – Roshida Abdul Razak – Pembantu Tadbir
  4. Penceramah seorang yang berpengalaman dan banyak berkongsi pengalaman dengan peserta. Penyampaian yang jelas dan sangat menarik – Nurul Huda Basri – Juru Audit dalam
  5. Secara keseluruhannya program ini adalah sangat best dan memberi tambah nilai pada masa akan datang – Fizaini Mohamad – Akauntan
  6. Terbaik!!! – Nor Khomariah bt. Mokhtar – Setiausaha Pejabat
  7. Informatik – Syed Noor Yusoufuddin b. Syed Noor Affendi – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  8. Penceramah dapat menyampaikan informasi dengan jelas dan tersusun. Penceramah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang/perkara yang disampaikan – Khairul Anuar Azizan – Penolong Pendaftar
  9. Baik, Best – Nor Azah Azizan – Penolong khidmat pelanggan NK19
  10. Baik – Ira Faddila Mohd Yussof – Penolong Pedaftar
  11. Penceramah berkebolehan dalam memberi ceramah – Nazirah Abdul Raof – P/O
  12. Program dan penceramah yang amat memuaskan. Mudah difahami – Siti Nadzirah bt. Mohd Norizan – Pembantu Tadbir (P/O) N19
  13. Terbaik – Mohamad Alif Azreen b. Shafien @ Hassan – Penolong Pendaftaran NK41
  14. Terbaik dan berharap dapat join lagi kursus ini bersama Puan penceramah – Siti Nor ‘Aishah Nasiha bt. Abidin – Pembantu Tadbir
  15. Berpuas hati – Nurull Haida Mohamad Mokhtar – Pembantu Tadbir
  16. Exellent – Nurul Syahida Zaiton – Pembantu Tadbir
  17.  Full of Information – Aiman Zaki – Pusat Bahasa
  18. Terbaik – Mohd Shahid Azim bin Mohd Saufi – Pensyarah
  19. Baik memuaskan – Marshitah bt. Makhtiar @ Mahadzir – Pembantu Tadbir
  20. Sangat memuaskan – Mu’azah Md. Aziz – Pensyarah
  21. Nice – Nur Arifah – Pembantu siswazah
  22. Profesional dan tidak membosankan – Nor’aida binti Yaacob – Pembantu Tadbir Kanan
  23. Sangat bagus dan amat memberi manfaat dan ilmu untuk dipraktikkan – Sabariah jusoh – Pembantu Tadbir
  24. Baik – Mohd Hafiz bin Abd Wahab – Pembantu Pendaftar
  25. Exellent – Khairuluzam Sapari – Pegawai Sains Kanan
  26. Terbaik – Mohd Shahrizan Abdul Mutalib – Penolong Pendaftar
  27. Baik – Shahiza Arsad – Pensyarah
  28. Baik – Isma Hairani bt Ismail – Pembantu Tadbir
  29. Terbaik, komited – Ridzhar Hasnan O Fadzil – Pensyarah
  30. Baik , good – Munirah binti Zakaria @ Hamzah

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Tuesday, July 30th, 2019July 30, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.