Kursus Keterampilan Diri dan Personaliti Profesional l Kementerian Kesihatan Malaysia l 2 – 4 Julai 2019

Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional  pada 2 hingga 4 Julai 2019, bertempat di Starpoints Hotel, Kuala Lumpur.

Kursus Keterampilan Diri

Sekalung penghargaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan mengendalikan Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional  ini kepada para pengajar dan pegawai tadbir diplomatik  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan.

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan  keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan keterampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional KKM ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang merupakan para pengajar dan pegawai tadbir diplomatik memahami konsep dan mengaplikasikan etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.

Kursus Keterampilan Diri

Selain daripada itu, objektif Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional ini adalah seperti berikut:

  1. Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja. 

Kursus Keterampilan Diri

Kursus Keterampilan Diri

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Keterampilan Diri Dan Personaliti Profesional KKM ini :

  1. Secara keseluruhan kursus ini sangat baik dan memberi manfaat, tinggi ilmu pengetahuan dalam gaya keterampilan diri sebagai seorang profesional. Penceramah yang professional, cerdik, penyampaian yang jelas, mudah di fahami dan menarik – Aniza Mohd Zazuli – PSUK
  2. Penceramah menyampaikan ceramah dengan berkesan dan mudah difahami – Noor Razilah bt Md Radze – PSUK
  3. Penceramah sangat profesional dan berketrampilan – Salehudin Mat Yatim – Penolong Setiausaha Kanan
  4. Penceramah banyak berinteraksi dengan peserta – Norazita Bt Mohamad Talib – PSUK
  5. Sangat baik dan memberi manfaat –Izny Hanis bin Zainon – PSUK
  6. Baik – Zainah bt Mohd Yunos – PSUK
  7. Sangat membantu dalam meningkatkan/memperbaiki cara permakaian dan imej professional – Nazatul Sima binti Arum Suah – Pengajar/ PSUK
  8. Bagus – Amizam T. Ahmad – PSUK
  9. Penceramah sangat engaging dan mampu menarik minat dan perhatian peserta – Nik Azma Hanin bt Nik Ismail – PSU (M41)
  10. Menarik dan tidak membosankan – Nor Azlan bin Khasim – Akauntan
  11. Cemerlang – Mohd Sani Nawi – PSUK
  12. Baik, berketerampilan dan cemerlang dalam penyampaian ceramah – Hamzah bin Yan – Pengajar/PSUK
  13. Masa terhad. Bagi saya, keseluruhan baik dan lancar – Rowena Crispin – Pengajar/PSUK
  14. Baik – Roshidah Nor Mohd Nordin – PSU
  15. Penyampaian berkesan dan isi ceramah yang disampaikan mudah difahami – PSU
  16. Bagus – Nur Hanani bt Salamat – Pengajar
  17. Ceria, peramah – Josephine Erutgiam – Penolong Setiausaha Kanan

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, July 6th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments