Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Berkesan Akademi Kemahiran KEMAS – Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Akademi Kemahiran KEMAS untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Diri & Komunikasi Berkesan pada 14 & 15 November 2018, bertempat di Bilik Kuliah, Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak Darul Ridzuan.
Para peserta terbahagi kepada dua kumpulan pelatih, dan mereka dibahagikan mengikut giliran kursus hari pertama dan kedua. Pada hari pertama kursus ini disampaikan kepada pelatih daripada bidang jahitan pakaian lelaki, dan hari kedua bersama pelatih daripada jurusan kulinari.
Kursus Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Berkesan ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai kemahiran dalam meningkatkan ketrampilan diri dan komunikasi profesional. Kemahiran ini amat penting sebagai persediaan untuk mereka melangkah ke dalam industri, sama ada untuk memohon pekerjaan atau membuka perniagaan sendiri.
Pengisian modul adalah khusus untuk meningkatkan imej profesional para peserta dengan memahami konsep etiket sosial dengan betul, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil berketrampilan dan meyakinkan orang lain untuk berurusan dengan mereka.
Keterampilan diri dan personaliti seorang usahawan/pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada syarikat atau organisasi. Reputasi seorang usahawan/pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Personaliti yang profesional bagi seseorang sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan perniagaan dan organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.
Sekalung penghargaan kepada pihak Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Berkesan ini. Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input dan semangat yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Diri & Komunikasi Berkesan Akademi ini semoga bermanfaat dan digunakan sebaiknya untuk setiap peserta melonjakkan potensi diri dan kerjaya ke peringkat yang palin tinggi.
Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang amat baik daripada peserta-peserta yang hadir. Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Berkesan anjuran Akademi Kemahiran KEMAS ini:
- Kursus ini sangat menarik dan amat berguna untuk pelajar seperti kami yang baru mahu menceburi dunia luar yang meluas dan pelbagai karenah. – Astri Nur Azliyani Binti Abdullah -Pelatih.1.Kursus ini sangat menarik dan amat berguna untuk pelajar seperti kami yang baru mahu menceburi dunia luar yang meluas dan pelbagai karenah. – Astri Nur Azliyani Binti Abdullah -Pelatih.
- Program ini sangat berguna kerana ia telah mengajar kami tentang pemakaian yang betul.-Noor Syafiqah Binti Mohd Ruzuwan -Pelatih.
- Penceramah eorang penceramah yang sangat berbakat.-Nurull Afiza Binti Mohd Isa -Pelatih.
- Penceramah sangat sangat profesional/ peramah/ pemurah senyuman semasa memberi ceramah sekalipun mampu dan sempat lagi senyum.-Noraini Binti Ghazali -Pelatih.
- Pendapat saya tentang penceramah ini ialah sempurna! -Syakirah Binti Yusof -Pelatih.
- Sangat profesional, cara penyampaian beliau sangat bagus dan tidak membosankan.-Nur Eliana Hasni Binti Roslee -Pelatih.
- Sangat profesional dalam menyampaikan kursus ini.-Norazlina Binti Hamdi -Pelatih.
- Penceramah sangat peramah, kelakar dan pandai berceramah serta tidak bosan. -Nurfarliana Binti Kamalul Bahrin -Pelatih.
- Interesting and talented.-Nur Nabillah Binti Ali -Pelatih.
- Sangat berpuas hati dengan tutur cara penceramah dan penyampaian yang profesional.-Nor Atikah Binti Zakaria – Pelatih.
- Penceramah best dan sangat peramah.-Aina Nazhirah Binti Azhar -Pelatih.
- Pendapat saya tentang penceramah ini ialah sempurna dan penyampaiannya menyeronokkan .-Fatin Nur Farhana Binti Mohamad Ismail- Pelatih.
- Gaya penyampaian amat berkesan.-Nur Amira Binti Mohd Fozi -Pelatih.
- Sporting dan menyampaikan ceramah dengan jelas.-NurSyasyaIzzati Binti Ismail -Pelatih.
- Memang terbaik.-Nazratul Nisya Binti Mazalan -Pelatih.
- Cara penyampaian yang amat baik dan jelas.-Shahirah Binti Suhaili -Pelatih.
- Penyampaian dalam kursus ini mudah difahami.-Hani Hidayu Melati Binti Hamdan -Pelatih.
- Sangat mesra dan inovatif.-Ahamd Shamil Bin Puaat -Pelatih.
- Cara penyampaian sangat menarik.-NurSyazwani Binti Roslan -Pelatih.
- Penyampaian yang menarik dan jelas.-Afifah Dalila Binti Zainal Rozali -Pelatih.
- Penyampaian sangatlah menarik. Penjelasan sangatlah jelas.-Zuliaerne Nazira Binti Abdul Rahim -Pelatih.
- Sangat baik dan menyeronokkan. Penyampaian yang jelas dan menarik.-Siti Nadzirah Binti Wahie -Pelatih.
- Mudah memahami yang disampaikan.-Siti Intan Shafinaz Binti Abdullah -Pelatih.
- Sangat memahami.-Nur Fatin Anis Binti Zambery -Pelatih.
- Sangat efektif dan berguna.-Nurul Farhah Syasya Binti Sam-On -Pelatih.
- Sangat efektif.-Nafisah Binti Md Akhir -Pelatih.
- Sangat yakin dengan diri.-Nurul Atikah Binti Bahriza -Pelatih.
- Sangat bagus, penampilan diri yang cantik.-Nur Amalina Binti Mazlan -Guru.
- Baik dan jelas.-Nur Zawani binti Abdul Aziz -Pelatih.
- Sangat mudah difahami.-Nur Hazira Binti Zubir -Pelatih.
- Penceramah sangat jelas menyampaikan maklumat.-Nur Nabilah Binti Zainudin -Pelatih.
- Sangat peramah dan mudah memahami cara percakapan.-Amni Aqilah Binti Saamsol -Pelatih.
- Penyampaian yang disampaikan oleh penceramah sangat mudah difahami.-Nor Hashima Binti Amin Zahari -Pelatih.
- Sangat memahami melalui penyampaian beliau.-Nur Afiqah Binti Shafiee -Pelatih.
- Menarik.-Siti Anis Amira Binti Mohd Roslee -Pelatih.
- Bagus.-Nurul Syazwani Binti Muhammad -Pelatih.
- Profesional.-Juliana Binti Haris -Pelatih.
- Profesional.-Asmirah Binti Roslan -Pelatih.
- Jelas.-Kusyazmira Binti Kusaini -Pelatih.
- Best.-Muhammad Fakhruddin Bin Assaari -Pelatih.
- Sporting.-Nor Syahidah Binti Nasri -Pelatih.
- Menarik.-Nurin Najihah Binti Mohd Razi -Pelatih.
- Bersemangat.-Muhd Amir Arif Bin Samsuazaha -Pelatih.
- Terbaik.-Nor Emaliana Binti Mat Salleh -Pelatih.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!