Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri Akademi Audit Negara | 25-27 September 2018

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri – Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri bagi Warga Akademi Audit Negara pada 25-27 September 2018 bertempat di Bilik Anggerik Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Akademi Audit Negara kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini.

Imej diri kita adalah lebih daripada apa yang kita lihat diri kita di cermin semata-mata. Imej diri kita adalah meliputi seluruh aspek tentang bagaimana kita mempersembahkan pakej diri kita kepada dunia. Imej diri kita adalah meliputi keseluruhan cara orang lain memandang kita. Imej termasuklah bagaimana cara  kita membawa diri. Ianya bukan semata-mata tentang jenis atau warna pakaian, aksesori atau kasut yang kita pakai. Perlu diingat kasut yang kita pilih dan pakai, ianya bukan dinilai hanya sekadar kasut, lebih daripada itu ia memberitahu atau menghantar mesej kepada orang lain tentang imej diri kita, tentang bagaimana kita menganggap diri kita penting, kerjaya kita penting, urusan itu penting dan orang yang sedang berurusan  dengan kita itu penting.

 

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Imej adalah pengumpulan isyarat dan komunikasi yang anda sampaikan, setiap masa. Imej termasuklah komunikasi nonverbal dan tidak hanya terhad kepada pakaian dan solekan seseorang. Komunikasi non verbal ini termasuklah cara anda berdiri, berjalan, duduk, cara anda memandang, bersalam, serta apa sahaja isyarat tubuh dan ekspresi wajah yang kita tonjolkan. Dalam dunia profesional, imej bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Imej adalah pakej diri termasuk etika kerja yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja, di mana ianya turut menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya.

Dalam Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri ini, Perunding Imej Malaysia telah membantu setiap peserta yang hadir untuk mendalami konsep pengurusan imej diri dan imej organisasi, iaitu aspek-aspek dalam ilmu imej dan etika kerja untuk para peserta menguruskan personaliti profesional mereka.

 

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Tahniah kepada pihak penganjur yang mengambil inisiatif mengadakan Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri  bagi Warga Akademi Audit Negara. Anda semua sangat hebat dan luar biasa!

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu warga Akademi Audit Negara memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan kaedah komunikasi secara formal dan tidak formal dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, berupaya memahami serta mengamalkan etiket serta protokol rasmi meja makan bagi majlis makan beradab dan majlis buffet, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika bersosial.

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.

 

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri

Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri ini berorientasikan pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para peserta. Peserta akan diminta untuk melakukan sendiri secara berkumpulan dan individu setiap gerak kerja yang diperlukan. Bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran, peserta turut melakukan aktiviti secara ‘hands on’ dengan beberapa latihan dan simulasi yang dirangka khusus berasaskan kumpulan dan individu berkenaan dengan nilai-nilai profesional serta cara penampilan yang sesuai untuk ke tempat kerja.

Selama 3 hari kursus berlangsung, terdapat sembilan modul pembelajaran yang dikongsikan dalam Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri ini, secara teori dan praktikal kepada semua peserta yang hadir dalam Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri ini. Antaranya ialah Modul Etiket Komunikasi Profesional, Modul Etiket Membina Perhubungan Profesional, Modul Etiket Konflik Di Pejabat, Modul Etiket Mesyuarat, Telefon Dan Internet, Modul Image Branding, Gaya Personaliti Diri dan lain-lain modul.

 

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Etika Kerja Dan Keterampilan Diri  ini :

  1. Pengetahuan yang luas dan kualiti penyampaian yang bagus. (Nik Nor Syahirah Binti Nik Harun, Penolong Juruaudit)
  2. Adalah berpengetahuan luas dan cara penyampaian yang menarik! (Sri An-Nisa, Juruaudit)
  3. Amat baik (Hamidah Binti Musa, Pembantu Tadbir)
  4. Terbaik! (Noor Hashimah Bt Mohd Rode, Penolong Juruaudit)
  5. Sangat bagus! (Norzaliza Ya, Penolong Juruaudit)
  6. Pengetahuan dan kepakaran yang cemerlang, penerangan dengan jelas. (Noor Hidayah, Pembantu Operasi)
  7. Mantap! (Muhammad Atif Bin Mohd Yusof, Penolong Pegawai Tadbir)
  8. Sangat cemerlang! (Hakimah Mohamed, Penolong Juruaudit W32)
  9. Penceramah adalah seorang yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran terhadap setiap topik yang disampaikan. (Nur Shuhada Jusoh, Pemeriksa Kilang)
  10. Penceramah berpengetahuan tinggi, berpengalaman! (Natasha Binti Abd Rahim, Setiausaha Pejabat N29)
  11. Sangat memuaskan, mesra dan mudah didekati. Cara penyampaian yang menarik (Muhammad Syamil Bin Khalid, Penolong Pegawai Penerangan)
  12. Menyeronokkan dan bermanfaat (Noraziah Murad, Juruaudit)
  13. Sangat bagus dan berpengetahuan tinggi. (Noorsaiza Binti Mat Saad, Penolong Juruaudit)
  14. Bagus dan mempunyai pengalaman yang luas mengikut bidang masing-masing. (Juliana Binti Shariman, Juruaudit)
  15. Menarik perhatian peserta, interaktif! (Aqila Abd Aziz, Penolong Juruaudit)
  16. Excellent! (Suhaimah Mohamed, Penolong Juruaudit W29)
  17. Amat baik. (Nor Aizan Bt Zainal, Pembantu Tadbir N19)
  18. Sangat bagus! (Lili Juliana Bt Kamaruddin, Penolong Juruaudit)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, October 1st, 2018
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments